KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik

KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik Kafa Darul Furqoon adalah sebuah kelas KAFA di bawah pengurusan JAWI W.P.Labuan.

Kelas di tubuhkan pada Tahun 2013 dan menggunakan balairaya sebagai premis Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

 #  Lawatan Sambil Belajar Bersama KAFA PREMIS ZON 1*Muzium Labuan*Taman Burung*Chimney W.P. Labuan
26/06/2024

# Lawatan Sambil Belajar Bersama KAFA PREMIS ZON 1
*Muzium Labuan
*Taman Burung
*Chimney W.P. Labuan

MAJLIS MINI IHTIFAL ZON 1 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada PENYERTAAN  semua PESERTA!! #...
23/06/2024

MAJLIS MINI IHTIFAL ZON 1 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada PENYERTAAN semua PESERTA!!

# # PESERTA NASYID

MAJLIS MINI IHTIFAL ZON 1 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pemenang!! # #  Majlis ...
23/06/2024

MAJLIS MINI IHTIFAL ZON 1 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pemenang!!

# # Majlis Berlangsung Part 1

MAJLIS MINI IHTIFAL ZON 1 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pemenang!! # #  Majlis ...
23/06/2024

MAJLIS MINI IHTIFAL ZON 1 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pemenang!!

# # Majlis Penutupan

Kmi warga pendidik dri kelas KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa...
16/05/2024

Kmi warga pendidik dri kelas KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga bersama murid2 atas pemberian hadiah..semoga Allah merahmati tuan puan semua..Aamiin
Kami sebagai tenaga pengajar hanya mengharapkan kejayaan anak-anak murid di dunia dan akhirat..semoga segala ilmu yg guru2 berikan dapat membantu murid2 dalam beribadah kepada Allah dan menjalankan tugas sebagai seorang hamba yang beriman..Aamiin ya Rabbal Aalamin🤲🏻

Terima kasih semua🥰

Majlis Sambutan Hari Guru Bersama murid KELAS KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik
16/05/2024

Majlis Sambutan Hari Guru Bersama murid KELAS KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik

Hari Jumaat Banyakkan Berselawat========1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan...
13/08/2021

Hari Jumaat Banyakkan Berselawat
========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah ﷺ:

وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم

“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” (Sunan Abu Daud - dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan padandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)

3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi ﷺ. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi.

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Amalkanlah sunnah Baginda Nabi sebagai tanda kasih kepada Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

10/08/2021

Salam Ma'al Hijrah 1443H

Mari kita hayati ringkasan sejarah Hijrah Rasulullah SAW.

Kematian: Peringatan Buat Diri Kita=======Kita semua akan mati. Dan berita-berita kematian yang datang kepada kita seaka...
09/08/2021

Kematian: Peringatan Buat Diri Kita
=======
Kita semua akan mati. Dan berita-berita kematian yang datang kepada kita seakan satu mesej peringatan buat kita. Dalam al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Firman Allah:

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu." (Surah Ali Imran: 185)

Kematian: Peringatan Buat Diri Kita
=======
1. Kita semua akan mati. Dan berita-berita kematian yang datang kepada kita seakan satu mesej peringatan buat kita. Dalam al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Firman Allah:

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu." (Surah Ali Imran: 185)

2. Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah mengaitkan kematian dengan amalan kebajikan yang kita lakukan. Ia mengingatkan kepada kita tentang apakah amalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi kehidupan di hari akhirat kelak.

3. Sebab itu para salaf terdahulu sangat bimbang tentang bagaimana pengakhiran hidup mereka. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, golongan Salaf sangat bimbang akan perihal bagaimana kematian mereka nanti. Hadith yang diungkapkan oleh Nabi ﷺ tentang kematian yang buruk (su’ al-khatimah) menyebabkan mereka sentiasa berdoa agar meninggal dalam keadaan yang baik. Sabda Rasulullah ﷺ:

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya amalan itu (dinilai) pada pengakhirannya.”

4. Ata’ al-Khaffaf sering ternampak Sufyan al-Thawri dalam keadaan menangis. Apabila ditanya, apakah yang membuatkan kamu menangis? Sufyan menjawab: “kerana aku bimbang bagaimana pengakhiran hidupku nanti.”

Tahukah kita siapa Sufyan al-Thawri? Menurut Imam al-Zahabi, Sufyan adalah “Penghulu Ulama di zamannya.” Imam Ahmad bin Hanbal p**a menggambarkan peribadi Sufyan sebagai “Tokoh yang memenangi hatiku.” Sufyan al-Thawri adalah Imam Hadith yang tersohor. Menurut Yahya al-Qattan: Sufyan al-Thawri lebih tinggi kedudukannya dari Imam Malik. Namun, walau tinggi ilmu dan kedudukan Sufyan al-Thawri, beliau masih lagi menangis setiap malam kerana bimbang akan bagaimana kematian yang akan dilalui.

5. Malik bin Dinar diriwayatkan bangun sepanjang malam. Beliau memegang janggutnya sambil berkata: Wahai tuhanku, sesungguhnya engkau telah mengetahui siapakah penghuni syurga dan neraka. Maka dimanakah Malik akan ditempatkan?

Tahukah kita siapa Malik bin Dinar? Beliau adalah tokoh al-Quran yang zuhud. Pernah belajar dengan sahabat Nabi yang tersohor iaitu Saidina Anas bin Malik. Malik bin Dinar juga adalah guru kepada Hasan al-Basri. Al-Zahabi menyifatkan beliau sebagai antara guru kepada ulama salaf yang terdahulu. Walaupun diiktitiraf mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi salaf, Malik bin Dinar masih sangat risau akan bagaimana penghujung kehidupannya nanti.

6. Selain menyediakan bekalan amalan yang akan dibawa untuk berjumpa dengan Allah, adakah kita merancang tentang pengurusan harta dan wasiat. Adakah kita akan meninggalkan keluarga dengan bebanan hutang? Tahukah kita bagaimana Saidina Abdullah bin Umar berpesan melalui sabda Rasulullah tentang wasiat dan pengurusan harta sebelum meninggal. Begitu juga Sa’d ibn Abi Waqas yang meninggalkan harta agar keluarganya tidak kesusahan sesudah kematian.

Benarlah kata hukama, cukuplah mati sebagai peringatan yang menginsafkan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Kenapa Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2020 & 2021 diteruskan ?Lanjutan pertanyaan-pertanyaan, pandangan dan cadangan ...
10/07/2021

Kenapa Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2020 & 2021 diteruskan ?

Lanjutan pertanyaan-pertanyaan, pandangan dan cadangan yang diterima oleh JAKIM berhubung isu UPKK tahun 2020 dan 2021, isu PdPR KAFA dan isu-isu berkaitannya, maka JAKIM terbitkan Soalan-soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Bagi Calon Tahun 2020 Dan 2021 Yang Disekalikan Susulan Penularan Pandemik COVID-19.

Semoga bermanfaat.


Address

Balairaya Kampung Gersik Lama
Victoria
87000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFA Darul Furqoon Balairaya Kg.Gersik:

Shortcuts

Share