Sekolah Menengah St Anne Labuan - SAC

Sekolah Menengah St Anne Labuan - SAC Sekolah Menengah St Anne merupakan sebuah sekolah menengah mubaligh perempuan di Wilayah Persekutuan Labuan.

St Anne High School is a secondary mission convent school located at the Federal Territory of Labuan.

Pertandingan Genta Suara Generasi Madani 2026 Peringkat Labuan.
18/06/2026

Pertandingan Genta Suara Generasi Madani 2026 Peringkat Labuan.

πŸŽ‰ Sambutan RIMUP Pesta Kaamatan dan Gawai Peringkat SM St. Anne Tahun 2026 πŸŽ‰Pada 16 Jun 2026, warga SM St. Anne telah be...
17/06/2026

πŸŽ‰ Sambutan RIMUP Pesta Kaamatan dan Gawai Peringkat SM St. Anne Tahun 2026 πŸŽ‰

Pada 16 Jun 2026, warga SM St. Anne telah bersama-sama memeriahkan Sambutan RIMUP Pesta Kaamatan dan Gawai dalam suasana penuh warna-warni, harmoni dan semangat perpaduan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau Borneo Princess yang berjaya mencungkil bakat serta menyerlahkan keunikan budaya masyarakat Borneo. Selain itu, persembahan nyanyian dan tarian yang juga melibatkan murid-murid SM St. Anne.

Majlis turut dimeriahkan dengan hidangan makanan tradisional Borneo yang disediakan untuk para tetamu, sekali gus memberi peluang kepada semua untuk mengenali dan menghargai warisan budaya yang kaya dan unik.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga sambutan seperti ini terus menjadi platform untuk memupuk perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Selamat Hari Gawai! 🌾

PERTANDINGAN KALIGRAFI TULISAN PEN DAN KARANGAN BAHASA CINA 2026 (ZON LABUAN)Sekolah telah menghantar beberapa orang mur...
15/06/2026

PERTANDINGAN KALIGRAFI TULISAN PEN DAN KARANGAN BAHASA CINA 2026 (ZON LABUAN)

Sekolah telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai Pertandingan Kaligrafi Tulisan Pen dan Karangan Bahasa Cina Tahun 2026 (Zon Labuan) yang dianjurkan oleh Persatuan Teochew Labuan pada 12 April 2026.

Penyertaan murid sekolah telah membuahkan hasil yang membanggakan dengan pencapaian cemerlang dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori Kaligrafi Tulisan Pen, murid Meira Evangeline Christopher (2A3) telah berjaya merangkul Johan, manakala Heiley Wong Yan Xi(1A2) dan Lowena Liaw Siaw Rui (4A3) masing-masing memperoleh Naib Johan bagi kategori menengah rendah dan menengah atas.

Dalam kategori Pertandingan Karangan Bahasa Cina, Poh Pei Yu (4A3) telah berjaya dinobatkan sebagai Johan, manakala Lowena Liaw Siaw Rui(4A3) memperoleh Naib Johan.

Kejayaan ini membuktikan komitmen dan kesungguhan murid dalam menguasai Bahasa Cina serta menyerlahkan bakat mereka dalam bidang penulisan dan seni kaligrafi. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru pembimbing dan mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah melalui pencapaian yang membanggakan ini.

πŸš€ MAJLIS PELANCARAN HARI TVET DAN STEMarvelous peringkat SM ST. ANNE tahun 2026 πŸš€Dengan penuh semangat dan inspirasi, Ma...
15/06/2026

πŸš€ MAJLIS PELANCARAN HARI TVET DAN STEMarvelous peringkat SM ST. ANNE tahun 2026 πŸš€

Dengan penuh semangat dan inspirasi, Majlis Pelancaran Hari TVET dan STEMarvelous Peringkat SM St. Anne Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Puan Mary Anita Abah, Pengetua SM St. Anne.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada minat dan kreativiti murid dalam bidang TVET, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), seterusnya melahirkan generasi yang inovatif, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

27/05/2026
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Labuan pada 20/5/2026 b...
22/05/2026

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Labuan pada 20/5/2026 bertempat di Dewan Terbuka, Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Atlet sukan Golf.

1. Adele Orianna Davy Paul
2. Qistina Alya Binti Mohd Nadzrie

Atlet sukan BADMINTON

1. Dhaniah Arina
2. Elisha Yap

✨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan tarian SM St. Anne atas kejayaan meraih JOHAN dalam Pertandingan Tarian Ka...
22/05/2026

✨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan tarian SM St. Anne atas kejayaan meraih JOHAN dalam Pertandingan Tarian Kategori Rampaian Tradisional Melayu! πŸ†πŸ’ƒ

Dan tahniah juga kepada peserta bagi kategori etnik kreatif yang mendapat tempat keempat.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, disiplin, semangat berpasukan dan dedikasi yang tinggi daripada semua peserta serta guru pembimbing. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.

Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! 🌟

!SMStAnne


Selamat bertanding dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta yang mewakili SM St. Anne dalam Pertandingan Tar...
21/05/2026

Selamat bertanding dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta yang mewakili SM St. Anne dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Negeri WP Labuan.

Semoga setiap langkah tarian dipenuhi keyakinan, semangat dan kerjasama yang mantap. Berikan persembahan terbaik dan terus harumkan nama sekolah.

Terbang tinggi, melangkah penuh gemilang! βœ¨πŸ’ƒπŸ•Ί

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Forum Remaja Madani SM St. Anne atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Per...
19/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Forum Remaja Madani SM St. Anne atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Forum Remaja Madani Peringkat akhit yang telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan semangat kerjasama yang cemerlang daripada para peserta serta guru pembimbing. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.



Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Forum Remaja Madani SM St. Anne yang akan mewakili sekolah ke...
17/05/2026

Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Forum Remaja Madani SM St. Anne yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Forum Remaja Madani Peringkat Akhir Negeri Sabah pada 18–20 Mei 2026. 🎀✨

Peserta yang terlibat:
🌸 Nur Saira
🌸 Dayang Ellzy
🌸 Sofeana Hyzee
🌸 Nur Aqilah
🌸 Lana Aelviella

Guru pembimbing:
🌸Puan Siti Khazanah Binti Abd. Manaf

Semoga diberikan keyakinan, kelancaran serta memperoleh kejayaan yang membanggakan sekolah. Teruskan melangkah dengan penuh semangat, ilmu dan keberanian. πŸ’ͺ✨

β€œUsaha, doa dan semangat berpasukan adalah kunci kejayaan.” 🌟

!SMStAnne

Address

Victoria

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 16:45

Telephone

+6087412955

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah St Anne Labuan - SAC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share