02/05/2023
Assalamualaikum kpd semua ibu bapa / penjaga.
Berikut adalah perkara-perkara yang memerlukan tindakan dan keprihatinan pihak ibu bapa selaras dengan garis panduan KPM berkaitan cuaca panas dan pencegahan penularan Covid-19 :
1. Ibu bapa memastikan anak-anak tidak terdedah kpd cuaca panas melebihi 35 darjah celcius ketika berada di bawah pengawasan ibu bapa. Ini bertujuan utk mengelakkan risiko anak-anak mengalami strok haba dan implikasi yg lain.
2. Ibu bapa sentiasa memberi perhatian kpd tahap kesihatan anak-anak dan memastikan mereka sihat sebelum hadir ke sekolah.
3. Jika anak-anak bergejala seperti demam, batuk dan sebagainya, ibu bapa perlu memastikan anak-anak membuat ujian kendiri Covid-19 atau rujuk ke klinik / hospital.
4. Jika anak-anak positif Covid-19, mereka TIDAK PERLU HADIR ke sekolah tetapi mesti memaklumkan guru kelas dengan memberi "screenshot" Home Surveillance Order (HSO) pada MySejahtera.
5. Jika murid bergejala ringan tetapi keputusan ujian negatif Covid-19, murid boleh hadir ke sekolah tetapi MESTI memakai pelitup muka dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
6. Jika ibu bapa merasakan anak-anak tidak sihat, ibu bapa tidak perlu menghantar anak ke sekolah. Tetapi perlu memaklumkan SEGERA kpd guru kelas dan membawa anak-anak mendapatkan rawatan di klinik / hospital.
7. Ibu bapa diminta MEMASTIKAN anak-anak membawa AIR MINUMAN (air kosong) ke sekolah utk mengelakkan "dehidrasi" kesan cuaca panas. Murid-murid juga boleh membeli air minuman di koperasi atau kantin sekolah.
8. Pemakaian pelitup muka di sekolah tidak wajib tetapi SANGAT DIGALAKKAN dan ibu bapa bolehlah membekalkan pelitup muka kpd anak masing-masing sebagai langkah pencegahan.
9. Murid-murid juga tidak digalakkan bermain atau berada di kawasan tidak berbumbung untuk mengelakkan kesan cuaca panas semasa waktu rehat.
10. Ibu bapa mengingatkan anak-anak bahawa pihak sekolah melaksanakan amalan "budaya mesra tanpa sentuh" iaitu TIDAK BERSALAM sebagai salah satu langkah pencegahan penularan Covid-19 di sekolah.
11. Bagi kes murid didapati bergejala ketika berada di sekolah, ibu bapa perlu memberi kebenaran pihak sekolah membuat Ujian Kendiri Covid-19 di sekolah, ataupun ibu bapa datang ke sekolah untuk mengambil anak dan menguruskan ujian Covid-19 dan rawatan di klinik / hospital.
12. Sebagai tambahan, ibu bapa juga diminta memastikan anak-anak dalam keadaan bersedia utk hadir ke sekolah dan mematuhi peraturan-peraturan terutamanya berkaitan penampilan diri seperti pakaian seragam yg lengkap, rambut, kuku dan sebagainya.
Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya utk memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjaga ketika berada di sekolah.
Kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa sangat diharapkan agar dapat memberi kebaikan kpd anak-anak kita. Insha Allah.
Terima kasih.
Pengurusan Pentadbiran,
SRA Nurul Hidayah, Layang-Layangan