21/05/2026
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam PKK Cemerlang
| 22 Mei 2026 |
[ UCAPAN TAHNIAH KEPUTUSAN UPU ]
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menerima tawaran kemasukan UPU ke institusi pengajian tinggi.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, pengorbanan serta doa yang tidak pernah putus. Semoga peluang yang diperoleh menjadi langkah permulaan untuk mencapai cita-cita serta melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Semoga semua pelajar terus maju dengan penuh semangat, keyakinan dan azam yang tinggi dalam menempuh alam pengajian yang baharu.
Sekian, terima kasih.
“MENJULANG ASPIRASI”
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Kota Kinabalu
18/05/2026
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam PKK Cemerlang
[ SELAMAT BERCUTI WARGA PKK ]
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan mahasiswa PKK sempena berakhirnya sesi pengajian semester ini.
Gunakanlah waktu cuti ini sebaiknya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Harapan kami agar seluruh warga siswa dan siswi sentiasa mengutamakan keselamatan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Semoga anda semua pulang dengan selamat dan kembali semula ke kampus dengan semangat serta azam yang lebih positif.
Sekian, terima kasih.
“MENJULANG ASPIRASI”
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Kota Kinabalu
06/02/2026
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam PKK Cemerlang
[SEKALUNG PENGHARGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU SESI 2025]
| 6 FEBRUARI 2026 |
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Mohamad Lukmanur Bin Majid atas komitmen, dedikasi dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan sepanjang berkhidmat sebagai Exco Kebajikan dan Sosial Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sesi 2025.
Segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan dalam menjaga kebajikan pelajar, menyelaras bantuan serta inisiatif sokongan, dan memastikan kesejahteraan serta keharmonian mahasiswa sentiasa terpelihara amatlah dihargai, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih prihatin dan sejahtera.
Semoga segala jasa dibalas dengan keberkatan, dipermudahkan setiap langkah, dan terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Terima kasih atas bakti yang tidak ternilai, jasamu sentiasa dikenang.
Sekian, terima kasih.
“MEMACU KECEMERLANGAN”
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Kota Kinabalu
06/02/2026
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam PKK Cemerlang
[SEKALUNG PENGHARGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU SESI 2025]
| 6 FEBRUARI 2026 |
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Marziahtul Fazila Binti Abus atas komitmen, dedikasi dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan sepanjang berkhidmat sebagai Exco Kebajikan dan Sosial Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sesi 2025.
Segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan dalam menjaga kebajikan pelajar, menyelaras bantuan serta inisiatif sokongan, dan memastikan kesejahteraan serta keharmonian mahasiswa sentiasa terpelihara amatlah dihargai, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih prihatin dan sejahtera.
Semoga segala jasa dibalas dengan keberkatan, dipermudahkan setiap langkah, dan terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Terima kasih atas bakti yang tidak ternilai, jasamu sentiasa dikenang.
Sekian, terima kasih.
“MEMACU KECEMERLANGAN”
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Kota Kinabalu
06/02/2026
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam PKK Cemerlang
[SEKALUNG PENGHARGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU SESI 2025]
| 6 FEBRUARI 2026 |
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Solomon Farrell Anak Reynolds atas komitmen, dedikasi dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan sepanjang berkhidmat sebagai Exco Integrasi Nasional Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sesi 2025.
Segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, mengeratkan hubungan antara kaum dan budaya, serta menyelaras program yang berteraskan keharmonian dan semangat integrasi nasional amatlah dihargai, sekali gus mewujudkan suasana kampus yang lebih inklusif, bersatu padu dan saling menghormati.