Perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia Library

  • Home
  • Malaysia
  • Kajang
  • Perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia Library

Perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia Library Selamat datang ke laman rasmi Facebook Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia!

Kami komited menyokong komuniti kampus melalui sumber terkini, perkhidmatan inovatif dan program ilmiah.

KUMPULAN METACREW PSAS MEMBENTANG PROJEK KIK BAGI ANUGERAH HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2025/2026Kumpula...
20/08/2026

KUMPULAN METACREW PSAS MEMBENTANG PROJEK KIK BAGI ANUGERAH HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2025/2026

Kumpulan MetaCrew, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia telah membentangkan projek inovasi bagi Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2025/2026 dengan tajuk MetaDash+FAsst: Sistem Pengurusan Strategik Repositori.

Projek MetaDash+FAsst merupakan inovasi pengurusan repositori yang menggabungkan MetaDash, iaitu platform pemantauan kerja secara berpusat dan masa nyata, dengan FAsst, yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam aliran kerja pengurusan metadata. Pendekatan ini membantu memperkemas proses pengarkiban dan pengurusan kandungan dalam Repositori Institusi UPM (UPM IR).

Antara impak utama projek ialah pengurangan proses input metadata daripada 24 kepada 10 langkah kerja, sekali gus membolehkan proses kerja dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efisien. Selain itu, tempoh pemprosesan metadata artikel berjaya dikurangkan daripada sekitar 17 minit 10 saat kepada 1 minit 37 saat, dengan penjimatan 15 minit 33 saat bagi setiap artikel. Produktiviti turut meningkat daripada maksimum 27 kepada 79 rekod artikel sehari, hampir tiga kali ganda berbanding kaedah sebelumnya.

Impak inovasi ini turut menyumbang kepada pencapaian sasaran koleksi yang lebih baik, apabila 9 kategori koleksi berjaya mencapai sasaran berbanding 7 kategori yang disasarkan, di samping membolehkan sasaran artikel dicapai dua bulan lebih awal.

Tahniah dan syabas kepada Kumpulan MetaCrew atas komitmen, kreativiti dan usaha berterusan dalam menghasilkan inovasi yang memperkukuh pengurusan repositori serta menyokong transformasi digital PSAS.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi berimpak tinggi dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

PSAS UKIR PENCAPAIAN JULUNG KALI Dua rekacipta inovasi hasil Pasukan KIK MetaCrew, PSAS, UPM berjaya didaftarkan sebagai...
20/08/2026

PSAS UKIR PENCAPAIAN JULUNG KALI

Dua rekacipta inovasi hasil Pasukan KIK MetaCrew, PSAS, UPM berjaya didaftarkan sebagai Hak Cipta di MyIPO pada 14 Ogos 2026 melalui Putra Science Park (PSP), UPM.

πŸ’‘ FAsst (Faharasat Assistant) Chrome Extension
πŸ’‘ MetaDash (Metadata Dashboard)

Kedua-duanya merupakan komponen utama projek:

πŸš€ MetaDash + FAsst: Sistem Pengurusan Strategik Repositori

Inovasi ini membantu mempercepatkan pengindeksan, memperkemas pengurusan metadata dan meningkatkan kecekapan pengurusan UPM Institutional Repository (UPM IR).

Syabas dan tahniah kepada seluruh Pasukan MetaCrew atas pencapaian membanggakan ini!

PSAS | Inovasi β€’ Digitalisasi β€’ Kecemerlangan

LAWATAN PELAJAR PASCA SISWAZAH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UPM KE PERPUSTAKAAN PERUBATAN VETERINAR (PPV)Serdang, 19 Ogos ...
20/08/2026

LAWATAN PELAJAR PASCA SISWAZAH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UPM KE PERPUSTAKAAN PERUBATAN VETERINAR (PPV)

Serdang, 19 Ogos 2026 – PPV telah menerima lawatan pelajar pasca siswazah dan pegawai dari Sekolah Pengajian Siswazah UPM seramai 45 orang. Mereka telah disambut oleh Puan Nurul Ainie Mokhtar dan Puan Noor Siti Aisyah Che Lah.

Mereka telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan di samping menunjukkan koleksi, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PPV.





πŸ“Š RESEARCH DATA EMPOWERMENT WORKSHOP SERIES πŸš€Ready to strengthen your research data skills?Don't miss the Research Data ...
17/08/2026

πŸ“Š RESEARCH DATA EMPOWERMENT WORKSHOP SERIES πŸš€

Ready to strengthen your research data skills?

Don't miss the Research Data Empowerment Workshop Series:

πŸ”Ή Google Sheets Workshop (10 September 2026)
Learn to organise and manage data efficiently.

πŸ”Ή Data Visualisation Using Microsoft Power BI (17 September 2026)
Turn data into clear, interactive and meaningful visualisations.

πŸ”Ή Questionnaire Data Analysis Using SPSS: From Data Entry to Meaningful Insights (24 September 2026)
Learn how to analyse and interpret questionnaire data using SPSS.

✨ Learn the tools. Strengthen your skills. Empower your research.

πŸ“’ Save the dates and register now!

Jaga minda, tenangkan jiwa.  Koleksi buku biblioterapi menanti anda di PSAS.Take care of your mind. Find peace for your ...
17/08/2026

Jaga minda, tenangkan jiwa. Koleksi buku biblioterapi menanti anda di PSAS.

Take care of your mind. Find peace for your soul. Explore our Bibliotherapy Collection at PSAS.

"

πŸ“’ KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PSAS 2026Suara anda penting untuk kami! πŸ’¬Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) menjemput an...
13/08/2026

πŸ“’ KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PSAS 2026

Suara anda penting untuk kami! πŸ’¬
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) menjemput anda untuk menyertai Kajian Kepuasan Pelanggan (KKP) 2026.
Kongsikan pengalaman dan pandangan anda bagi membantu kami meningkatkan kualiti perkhidmatan PSAS.
πŸ“± Imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan untuk menyertai kajian.
[https://forms.gle/CatSyts5sXWzaKqs6]

Terima kasih atas maklum balas anda! πŸ’™

SuaraAndaPenting

πŸ“Œ PERISTIWA HARI INI (13 OGOS 2018)Pada 13 Ogos 2018, UPM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mal...
13/08/2026

πŸ“Œ PERISTIWA HARI INI (13 OGOS 2018)

Pada 13 Ogos 2018, UPM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malayan Flour Mills Berhad (MFMB).

MFM telah bersetuju membiayai sistem rumah tertutup ayam broiler untuk Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian bernilai anggaran RM500,000. Kerjasama ini bertujuan mengukuhkan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Unggas serta meningkatkan perkhidmatan rangkaian industri dan komuniti. πŸ”πŸ€

- Bahagian Arkib dan Warisan Universiti, PSAS.

πŸ“Œ PERISTIWA HARI INI (13 OGOS 1983)Sejarah tercipta pada 13 Ogos 1983 apabila Ijazah Bacelor Sains (Perikanan) dianugera...
13/08/2026

πŸ“Œ PERISTIWA HARI INI (13 OGOS 1983)

Sejarah tercipta pada 13 Ogos 1983 apabila Ijazah Bacelor Sains (Perikanan) dianugerahkan buat julung kalinya oleh D.Y.M.M. Tuanku Canselor semasa Majlis Konvokesyen Ke-7 UPM.

Anugerah ini diberikan kepada kumpulan ulung graduan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera sebagai simbolik perkembangan bidang pendidikan perikanan negara. πŸŽ“πŸŸ

- Bahagian Arkib dan Warisan Universiti, PSAS.

✨ You’re Invited! ✨ Join us for Malaysia National Webinar on SCOPUS via Zoom! πŸ’» πŸ“… Friday, 14 August 2026 & 4 September 2...
11/08/2026

✨ You’re Invited! ✨
Join us for Malaysia National Webinar on SCOPUS via Zoom! πŸ’»

πŸ“… Friday, 14 August 2026 & 4 September 2026
πŸ•°οΈ 11:00 AM – 12:00 noon
🌐 Platform: Zoom Meeting

Don’t miss out β€” register now! πŸŽ‰
πŸ‘‰ Register here: https://elsevier.zoom.us/webinar/register/WN_lEqS1gnrRDuXgi0t1Q3bEQ #/registration

See you there! πŸ™Œ

Kadangkala, jawapan yang kita cari ada dalam sebuah buku. Jom terokai koleksi biblioterapi di PSAS.Sometimes, the book y...
11/08/2026

Kadangkala, jawapan yang kita cari ada dalam sebuah buku. Jom terokai koleksi biblioterapi di PSAS.

Sometimes, the book you need finds you at just the right time. Discover our Bibliotherapy Collection at PSAS.

"

Address

Kajang

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:30
Tuesday 08:30 - 22:30
Wednesday 08:30 - 22:30
Thursday 08:30 - 22:30
Friday 08:30 - 22:30
Saturday 08:30 - 22:30
Sunday 08:30 - 15:30

Telephone

+60133855880

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia Library posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia Library:

Shortcuts

Share