Pejabat TNCPI Universiti Putra Malaysia

Pejabat TNCPI Universiti Putra Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat TNCPI Universiti Putra Malaysia, Education, Universiti Putra, Universiti Putra.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) komited di dalam menerajui kecemerlangan
agenda penyelidikan dan inovasi merentasi semua bidang pengajian.

10 Ogos – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Sesi Townhall University Driven R...
17/08/2026

10 Ogos – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Sesi Townhall University Driven Research Programme (UDRP) bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat TNCPI.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi itu bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai hala tuju penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha memperkasa ekosistem inovasi dan akademik universiti.

Sesi townhall tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), yang tampil memberi penjelasan terperinci mengenai hala tuju penyelidikan UPM. Program diteruskan dengan pengisian demonstrasi Sistem Research Altmetrics & Impact for Scholarly Excellence (RAiSE) yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Perancangan dan Pengurusan Data Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

Diharapkan perbincangan dan pendedahan yang diberikan dapat memberi suntikan semangat baharu buat para penyelidik dalam memacu kecemerlangan akademik UPM di peringkat global.



-------------------------------------------
Ikuti perkembangan terkini Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM dengan melayari:
Website: https://tncpi.upm.edu.my/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/ptncpi.upm
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/ptncpi.upm

πŸ“’ RESPONSIBLE CONDUCT OF RESEARCH (RCR) – 3RD SERIES IS HERE! πŸ“’Looking to navigate ethical grey areas in your research? ...
17/08/2026

πŸ“’ RESPONSIBLE CONDUCT OF RESEARCH (RCR) – 3RD SERIES IS HERE! πŸ“’

Looking to navigate ethical grey areas in your research? Join us for an interactive, dialogue-driven, two-day program designed to dive deep into real-life cases of research misconduct, ethical dilemmas, and researcher integrity.

Event Details:
πŸ“… Date: 9th - 10th September 2026
⏰ Time: 8:00 AM – 4:30 PM
πŸ“ Venue: Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM

✨ Why Join?

Fully interactive sessionsβ€”not just sit-and-listen lectures!
Tackle real-world case studies with fellow researchers.
Earn a Certificate of Completion (must attend both days).

⚠️ Eligibility & Capacity:
Open to all researchers (excluding Postgraduate students and Postdoctorals).

Seats are limited to ensure quality engagement!
πŸ“Œ Organised by: Research Scholar Unit, Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation), UPM
🀝 Co-organised by: Young Scientists Network – Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM)

πŸ”— Register Now:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScCing8hpO0senGXaHt2_LqqS0METv1JEVq5ZWuTsqlazwSNw/viewform?usp=sharing&ouid=113528692658232436320

πŸ“ž For inquiries:
Contact Ms. Syafiqah at 03-97691293 or email [email protected]

14 Ogos 2026 - Penghargaan Tahniah dan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Pusat Tanggungjawab Atas Semangat Inovasi Diberi...
14/08/2026

14 Ogos 2026 - Penghargaan Tahniah dan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Pusat Tanggungjawab Atas Semangat Inovasi Diberikan!

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 24 Pusat Tanggungjawab yang telah menunjukkan komitmen cemerlang dengan menyertai Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan dan Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) bersempena Sambutan HKIP UPM Tahun 2025-2026 yang telah berlangsung pada 3 hingga 6 Ogos 2026 baru-baru ini.

Penyertaan aktif dari pelbagai Fakulti, Pusat, Bahagian, dan Institut mencerminkan kesungguhan warga UPM dalam membudayakan inovasi dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ke arah yang lebih efisien dan berimpak tinggi.

Usaha dan dedikasi anda amat kami hargai. Jumpa anda di kemuncak Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2025-2026 pada 17 November 2026 untuk pengumuman pemenang!


-------------------------------------------
Ikuti perkembangan terkini Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM dengan melayari:
Website: https://tncpi.upm.edu.my/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/ptncpi.upm
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/ptncpi.upm

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 4 dan Rangkuman Penutup: Sesi Pembentangan HKIP UPM 2025-2026Alhamdulillah, maraton 4 hari S...
14/08/2026

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 4 dan Rangkuman Penutup: Sesi Pembentangan HKIP UPM 2025-2026

Alhamdulillah, maraton 4 hari Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan dan Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) HKIP UPM 2025-2026 yang berlangsung dari 3 hingga 6 Ogos 2026 di Auditorium Rashdan Baba telah selamat melabuhkan tirainya.

Hari terakhir pembentangan telah dilengkapkan dengan persembahan inovasi berimpak tinggi daripada PTJ berikut:

🌟 PTJ Pembentang Hari Ke-4:

Fakulti Kejuruteraan (FK)
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM)
Pusat Pengayaan dan Kemakmuran (CEP)
Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Barisan panel penilai atas kepakaran, masa, ketelitian, serta teguran dan cadangan membina sepanjang 4 hari sesi penilaian berlangsung. Tidak dilupakan juga Sekretariat Program atas komitmen tinggi, pengurusan cemerlang, dan kordinasi lancar dari hari pertama hingga akhir

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang?

Keputusan rasmi bakal diumumkan pada kemuncak Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2025-2026 pada 17 November 2026 nanti. Tahniah kepada semua warga UPM yang telah menjayakan program ini! 🌟



-------------------------------------------
Ikuti perkembangan terkini Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM dengan melayari:
Website: https://tncpi.upm.edu.my/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/ptncpi.upm
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/ptncpi.upm

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 2: Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan & Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) HKIP UPM...
14/08/2026

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 2: Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan & Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) HKIP UPM 2025-2026

Kemeriahan dan kehangatan Sesi Pembentangan HKIP UPM 2025-2026 diteruskan lagi pada hari kedua, 4 Ogos 2026 bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Pejabat TNCPI UPM.

Pelbagai penyelesaian kreatif, penambahbaikan sistem, serta idea InQ yang berimpak tinggi telah dipertengahkan oleh pembentang bagi memperkasa kecekapan operasi dan perkhidmatan UPM.

🌟 PTJ Pembentang Hari Kedua:

Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
Institut Kajian Perladangan (IKP)
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS)
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSSAAS)
Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM)
Fakulti Kejuruteraan (FK)

Tahniah kepada semua PTJ atas usaha gigih dan pembentangan yang cukup padu pada Hari Ke-2.



-------------------------------------------
Ikuti perkembangan terkini Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM dengan melayari:
Website: https://tncpi.upm.edu.my/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/ptncpi.upm
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/ptncpi.upm

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 1: Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan & Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) HKIP UPM...
14/08/2026

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 1: Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan & Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) HKIP UPM 2025-2026

Sesi pembentangan bersempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2025-2026 telah rasmi membuka tirainya pada 3 Ogos 2026 bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Pejabat TNCPI UPM.

Hari pertama telah menyaksikan semangat dan komitmen tinggi daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam membentangkan hasil inovasi perkhidmatan serta cetusan idea bernilai demi memantapkan kualiti perkhidmatan universiti!

🌟 PTJ Pembentang Hari Pertama:

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)
Fakulti Kejuruteraan (FK)
Fakulti Sains (FS)
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)
Fakulti Sains (FS)
Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM)
Pejabat Naib Canselor
Fakulti Kejuruteraan (FK)
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS)
Pusat Antarabangsa (i-PUTRA)
Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyempurnakan pembentangan dengan cemerlang pada Hari Pertama.



-------------------------------------------
Ikuti perkembangan terkini Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM dengan melayari:
Website: https://tncpi.upm.edu.my/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/ptncpi.upm
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/ptncpi.upm

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 3: Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan & Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) HKIP UPM...
14/08/2026

14 Ogos 2026 - Sorotan Hari 3: Sesi Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan & Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) HKIP UPM 2025-2026

Sesi pembentangan HKIP UPM 2025-2026 melangkah ke hari ketiga pada 5 Ogos 2026 di Auditorium Rashdan Baba, Pejabat TNCPI UPM dengan pelbagai lagi pembentangan berkualiti tinggi.

Gandingan idea mantap merangkumi digitalisasi perkhidmatan, fasiliti sokongan, dan kebajikan pelajar telah berjaya menarik perhatian serta maklum balas membina daripada panel penilai.

🌟 PTJ Pembentang Hari Ketiga:

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM)
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM)
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
Fakulti Ekologi Manusia (FEM)

Syabas dan tahniah kepada semua wakil PTJ Hari Ke-3 atas keyakinan dan dedikasi yang ditunjukkan!



-------------------------------------------
Ikuti perkembangan terkini Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM dengan melayari:
Website: https://tncpi.upm.edu.my/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/ptncpi.upm
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/ptncpi.upm

08/08/2026
08/08/2026

Selamat berjuang atlet UPM!

Address

Universiti Putra
Universiti Putra
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat TNCPI Universiti Putra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category