12/05/2026
🌍 Earth Day 2026 🌱
Alhamdulillah, program Sambutan Earth Day 2026 anjuran 🌼 Tadika Kindle As Safa 🌼 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta menanam sikap cintakan bumi sejak usia kecil.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti briskwalk go green, gotong-royong membersihkan kawasan, dan aktiviti kitar semula .Murid-murid juga diberi pendedahan tentang amalan menjaga kebersihan dan cara mengurangkan pencemaran demi memastikan persekitaran yang lebih hijau dan sihat. 🍃
Semoga program ini dapat memberi manfaat dan menjadi amalan berterusan dalam kehidupan seharian anak-anak. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang telah memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. 💚