SMK Sungai Tiram

SMK Sungai Tiram Be the Best, Beat the Rest! - Bersama SeMeSTi Jaya!

Unit PSTP SEMESTI menjemput seluruh warga SEMESTI untuk bersama memeriahkan program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” ya...
22/04/2026

Unit PSTP SEMESTI menjemput seluruh warga SEMESTI untuk bersama memeriahkan program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” yang akan berlangsung secara serentak di seluruh kawasan sekolah ESOK pada jam 11:00pagi!

Dengan slogan “Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa”, bawakan BUKU KEGEMARAN ANDA DARI RUMAH (yang sesuai) ATAU PINJAMAN PERPUSTAKAAN ESOK dan kita bersama luangkan masa 10 minit membaca bersama-sama di mana-mana lokasi sekolah.

Itu je? Of course not! Krew Pengawas Pusat Sumber akan membuat rondaan videografi pada bila2 masa esok dan mana tahu, anda akan jadi pembaca bertuah untuk sedikit cenderahati jika anda boleh sharekan buku anda bersama kami! So make sure bawa buku bersama anda setiap masa esok dan show-off semangat membaca anda!

Layari laman web https://ppaj.johor.gov.my untuk info lebih lanjut.
Harap maklum, happy reading dan terima kasih!


-Unit Pengurusan Sumber Teknologi Pendidikan (PSTP) SEMESTI

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2025Satu lembaran telah ditutup, seribu peluang menanti di hadapan.Tahniah kepada semua ...
03/04/2026

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2025

Satu lembaran telah ditutup, seribu peluang menanti di hadapan.

Tahniah kepada semua calon SPM 2025 SMK Sungai Tiram atas usaha, kesabaran dan ketabahan sepanjang perjalanan ini. Keputusan hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada langkah yang lebih besar.

Teruskan melangkah dengan yakin, kerana setiap usaha pasti ada nilainya.
Kami bangga dengan anda semua! 💪










Assalamualaikum dan salam sejahtera.Majlis Penyerahan Slip SPM & Sijil Mata Pelajaran SPM Tahun 2025Makluman kepada semu...
30/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Penyerahan Slip SPM & Sijil Mata Pelajaran SPM Tahun 2025

Makluman kepada semua pelajar tingkatan 5 2025, keputusan SPM 2025 akan dikeluarkan pada 31 Mac 2026.

Pelajar dialu-alukan untuk menghadiri majlis penyerahan dan mengambil slip keputusan SPM 2025 di sekolah. Butiran adalah seperti berikut :-

Tempat : Dewan Selasih, SMK Sungai Tiram
Masa : 10.00 pagi - 12.30 Tengah Hari (Selasa)

Anda juga boleh menyemak keputusan SPM melalui :-

i. Secara Dalam Talian ( myresultspm.moe.gov.my )
ii. Secara SMS ( SPM NoKP AngkaGiliran - hantar ke 15888 )

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Sungai Tiram, En Mohd Suhaimi bin Mat Isa.Alhamdulilla...
25/02/2026

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Sungai Tiram,
En Mohd Suhaimi bin Mat Isa.

Alhamdulillah, majlis pelancaran Ihya’ Ramadan telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan penghayatan. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita meningkatkan keimanan, memperkukuh akhlak dan menyemai nilai kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.
Ramadan Kareem buat semua!










Sorotan penuh warna dari Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESTI🏅  Hari yang dipenuhi dengan semangat kesukanan, sorakan gemu...
23/02/2026

Sorotan penuh warna dari Kejohanan Olahraga Tahunan SEMESTI🏅

Hari yang dipenuhi dengan semangat kesukanan, sorakan gemuruh, dan usaha luar biasa daripada semua atlet. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit dan mempamerkan semangat juang yang hebat. Menang atau kalah, keberanian untuk mencuba dan berjuang hingga ke garisan penamat adalah kemenangan sebenar.

Ucapan tahniah istimewa buat Rumah Enggang atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan 🏆
Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada warga SEMESTI.

Terima kasih kepada para guru, jawatankuasa, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Tanpa komitmen dan usaha anda, acara penuh makna ini tidak mungkin terlaksana dengan begitu meriah.

Semoga semangat kesukanan, persahabatan, dan kenangan manis hari ini akan terus mekar dalam ingatan. Jumpa lagi di kejohanan akan datang!










Tahniah diucapkan kepada pelajar peserta pertandingan Merentas Desa MSSD Pasir Gudang 2026 walau ada yang masih belum hi...
23/02/2026

Tahniah diucapkan kepada pelajar peserta pertandingan Merentas Desa MSSD Pasir Gudang 2026 walau ada yang masih belum hilang penat setelah KOT26 pada hari sebelumnya!

Semoga terus maju dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum!


THE FINALS IS HERE!Set the date... KEMUNCAK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SUNGAI TIRAM 2026 bakal berlaku 11 Februari 2...
09/02/2026

THE FINALS IS HERE!

Set the date... KEMUNCAK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SUNGAI TIRAM 2026 bakal berlaku 11 Februari 2026 ini!!!

Semua dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada atlit-atlit muda SEMESTI dan sambil sorak, boleh santai makan-makan juga - jualan makanan dan permainan disediakan!!!

Jadi jangan lupa set pada kalendar 11hb ini! Jom meriahkan KOT2026 tahun ini!!

First of many (InsyaAllah)... Tahniah diucapkan kepada pelajar bola baling SEMESTI atas kejayaan meraih JOHAN Perlawanan...
09/02/2026

First of many (InsyaAllah)... Tahniah diucapkan kepada pelajar bola baling SEMESTI atas kejayaan meraih JOHAN Perlawanan Persahabatan Bola Baling 5 Penjuru minggu lepas!

Address

Jalan Ahmad Dasuki, Batu 16, Kg Mulia, Sungai Tiram
Ulu Tiram
81800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sungai Tiram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Sungai Tiram:

Shortcuts

Share

Category