07/10/2026
πΏ APRESIASI PRAKASA PENINGKATAN MUTU SEKOLAH BAWAH REFORMASI SEKOLAHπΏ
SK Taman Pelangi Indah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kepercayaan, sokongan dan peluang yang diberikan melalui Program Reformasi Sekolah.
Selaras dengan aspirasi reformasi pendidikan untuk meningkatkan kualiti dan kemenjadian murid, SK Taman Pelangi Indah telah melaksanakan Program Lestari ReVoks (Revolusi Kokurikulum Seindah) 2026 β βMelonjak Bakat, Melestarikan Alamβ sebagai salah satu inisiatif memperkasa kokurikulum dan potensi murid.
Program ini menggabungkan kokurikulum, kelestarian alam, pembelajaran bermakna, penggunaan GenAI, inklusiviti serta kolaborasi strategik melalui pelbagai aktiviti seperti Webinar Adiwira Samudera, Bina Insan, Program GenAI Maxis serta Kuiz & Video Adiwira.
π Lebih membanggakan, Program Lestari ReVoks turut membuka ruang penglibatan di peringkat antarabangsa dengan penyertaan dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei, selain mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan melebihi 20,000 peserta.
πΊ Webinar Adiwira Samudera p**a mencatatkan lebih 34,000 tontonan di YouTube rasmi sekolah, membuktikan jangkauan program yang bukan sahaja melibatkan warga sekolah, malah mampu memberi manfaat dan inspirasi kepada komuniti pendidikan yang lebih luas.
π― Dari aspek keberhasilan, pencapaian Gred A PAJSK turut meningkat daripada 69.4% kepada 93.8%, menjadi salah satu indikator positif hasil usaha yang dilaksanakan secara terancang, berfokus dan berterusan.
Sesungguhnya, Program Reformasi Sekolah KPM telah membuka ruang kepada sekolah untuk berani mencuba, berinovasi dan mencipta impak yang lebih besar.
Terima kasih KPM atas kepercayaan, sokongan dan peluang yang diberikan. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan dan melahirkan generasi murid yang holistik, kreatif, berdaya saing, celik teknologi serta prihatin terhadap kelestarian alam. π±π
Daripada reformasi, lahir transformasi.
Daripada usaha, tercipta impak.
Daripada sekolah, lahir generasi masa hadapan. β¨
π²πΎ SK Taman Pelangi Indah
πΏ Melonjak Bakat, Melestarikan Alam