14/09/2026
π’ MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
β³ Berbaki kurang 50 hari lagi sebelum berakhirnya sesi persekolahan Tahun 2026.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk bersama-sama membantu memastikan anak-anak:
β
Hadir ke sekolah setiap hari dan mengelakkan ketidakhadiran tanpa sebab yang munasabah.
π Sesi PdPc tetap dijalankan setiap hari seperti biasa. Setiap hari persekolahan amat penting bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran serta dapat menguasai kemahiran dan topik yang telah ditetapkan.
π Ibu bapa dan penjaga juga dimohon untuk:
β’ Memantau dan memastikan kerja rumah anak-anak disiapkan.
β’ Membuat semakan buku latihan dan buku aktiviti secara berkala.
β’ Memastikan anak-anak membawa buku dan peralatan pembelajaran yang diperlukan.
β’ Memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak untuk terus fokus sehingga akhir sesi persekolahan.
π€ Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa amat diperlukan agar anak-anak dapat terus belajar dengan baik, meningkatkan pencapaian akademik, membentuk disiplin yang positif serta menamatkan sesi persekolahan 2026 dengan cemerlang dan penuh kejayaan.
π Ayuh kita sama-sama pastikan setiap hari persekolahan dimanfaatkan sebaik-baiknya demi masa depan anak-anak.
βKehadiran Hari Ini, Kecemerlangan Esok.β
Terima kasih atas perhatian, sokongan dan kerjasama semua ibu bapa dan penjaga.
Unit Hal Ehwal Murid
SK ULU TIRAM