15/01/2026
Nilai Akhlak Seorang Juara Bernama Luqman Eesa!
Subhanallah... hari ini Allah beri saya satu detik bermakna yang mencairkan hati. Pagi tadi, gangguan bekalan air menyebabkan paip di kawasan sekolah tidak mengalir air, pulih seperti sediakala dan air mencurah-curah deras melimpah dari bekas tadahan ke lantai. Rupa-rupanya, ada yang terlupa menutup paip selepas mencuba.
Tiba-tiba, terdengar suara bisikan kecil cilik yang bersungguh, "Ya Allah, kenapa tak tutup air ni? Membazir..." Sambil melipat sedikit kaki seluarnya.
Seorang anak murid comel, Luqman Eesa, keluar dari kelas seketika, dengan izin teacher, mungkin dia nak lepas hajat kot, bisik hati teacher… lantas menuju ke paip itu dan menutupnya rapat-rapat. Tanpa disuruh, tanpa diminta. Hanya kerana hati yang cakna dan rasa tanggungjawab terhadap nikmat Allah.
Saya teacher Farrah guru kelas Luqman Eesa yang ikut ke bilik air untuk melihat telatah anak-anak didik hari ini, terhenti di pintu kelas dan terkesima. Dalam diam, hati saya berbisik, "Ya Allah, bagusnya budak ni."
Luqman Eesa, awak hebat!
Bukan sekadar pintar dalam pelajaran, tetapi yang lebih penting, pintarnya akhlak, tingginya nilai diri. Inilah sebenarnya kejayaan sebenar yang kita impikan untuk anak-anak kita.
Tahniah buat ibu bapa dan keluarga Luqman Eesa. Didikan di rumah pasti sangat mantap. Anda berjaya melahirkan insan yang prihatin dan bertanggungjawab.
Semoga sikap mulia ini menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang lain. Jom kita bersama-sama jaga nikmat air, jaga kebersihan, dan yang paling utama—jaga akhlak kita setiap masa.