01/05/2026
KEJAYAAN JKM KSJ DALAM PERTANDINGAN TOP BIDDER 2026 🎉
Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ)
atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Top Bidder 2026 UTM Kuala Lumpur anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni.
Penyertaan kali ini telah membuahkan hasil yang amat membanggakan dengan beberapa pengiktirafan, antaranya:
🥈 Tempat Kedua – Kampung Innovathon
🥉 Tempat Ketiga – Jiwa Merdeka
🏅 Tempat Kelima – Unity League Cup
🏅 Tempat Keenam – CSR Alam Sekitar
🏅 Tempat Kelapan – Fiesta 2026
🏅 Tempat Kesepuluh – University Global TOT
Pencapaian ini mencerminkan keupayaan mahasiswa KSJ dalam merangka dan membentangkan program berimpak tinggi yang selari dengan aspirasi pembangunan pelajar serta keperluan komuniti. Ia juga membuktikan kekuatan budaya kerja berpasukan, kreativiti dan kepimpinan dalam kalangan warga kolej.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak impak pada masa hadapan.
KSJ – Membina Idea, Mencipta Impak.