10/05/2026
10 Mei 2026 (Ahad)
Perhimpunan rasmi mingguan.
Perhimpunan rasmi hari ini dimuatkan dengan Program 5 minit Taklimat Keselamatan Sekolah yang disampaikan oleh Penolong Kanan HEM SKTJ, En. Muhamat Zin Bin Jusoh. Program ini dijalankan serentak melibatkan semua sekolah dalam PPD Tumpat.
Turut dimuatkan sebagai pengisian aktiviti perhimpunan pagi ini adalah penyampaian hadiah kepada peserta Perekodan AINS terbanyak bulan April dan Pertandingan Membaca Buku Cerita Tahun 1. Penyampaian hadiah ini di bawah seliaan Pusat Sumber Sekolah sebagai pengisian aktiviti Program Nilam yang telah dilancarkan awal tahun ini.
Tahniah dan syabas kepada semua warga SKTJ. Bersama kita jadikan SKTJ adalah institusi yang selamat untuk menimba ilmu.