Pondok Nurhana

Pondok Nurhana Kompleks pendidikan ugama

Sempena bulan yang mulia ini kami menyeru anda, sumbangan/infaq/wakaf untuk membina Pondok Nurhana bagi tujuan pengajian...
21/03/2023

Sempena bulan yang mulia ini kami menyeru anda, sumbangan/infaq/wakaf untuk membina Pondok Nurhana bagi tujuan pengajian ugama anak-anak di kawasan setempat dan juga dari negeri luar. Tapak cadangan pembinaan pondok adalah di Kg Pak Jah, Tumpat, Kelantan.

1.5 juta RM diperlukan untuk pembangunan Pondok Nurhana.

Pondok Nurhana adalah sebuah pondok berkonsepkan wakaf yang ditubuhkan hasil daripada wakaf tanah seluas 1.5 ekar oleh seorang hamba Allah.

Ustaz Yusri Bin Abd Karim merupakan tonggak kepada penubuhan Pondok Nurhana, beliau merupakan pengasas Pondok Nurul Hasanah di Kuala Selangor. Penubuhannya bermula sebagai sebuah maahad tahfiz yang kemudian semakin mendapat tempat oleh masyarakat dengan pengisian kuliah agama. Kini pondok Nurul Hasanah yang didirikan beliau telah dikenali dan kejayaannya dalam melahirkan produk graduan yang berkualiti

Pengenalan Tapak Pembinaan.

Dana sumbangan/infaq/wakaf yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan Pondok Nurhana.

• pusat pentadbiran
• billik mesyuarat dan bilik guru
• perpustakaan
• bilik kuliah pelajar
• dewan tertutup
• dewan serbaguna
• hostel kediaman pelajar
• kuaters kakitangan
• kafeteria
• surau
• infra

SSM Pondok Nurhana : KT0543249K

Sumbangan/infaq atau wakaf boleh dibuat kepada akaun bank berikut atas nama PONDOK NURHANA

▶️ Bank Muamalat AC No : 03020002353712
▶️ Maybank Isamic AC No : 5530-1064-5755

Sijil wakaf akan disediakan atas permintaan.

Semoga sumbangan/infaq/wakaf anda dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya anak-anak yang bakal belajar disini, insyaAllah.

Pertanyaan lanjut boleh tekan whatsapp di bawah👇👇👇

[ REBUT PELUANG SELAGI BERNAFAS ]• KEMULIAAN BULAN MUHARRAMFirman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 36 :إِنَّ عِدَّةَ...
04/08/2022

[ REBUT PELUANG SELAGI BERNAFAS ]

• KEMULIAAN BULAN MUHARRAM

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 36 :

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ

Maksudnya : “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).”

Mengikut para ulama, maksud “empat bulan yang dihormati” merujuk bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah, dan Zulhijjah. Muharram adalah bulan pertama dalam Takwim Hijrah.

Muharram bermaksud ‘Diharamkan’ iaitu Allah melarang kita dari melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

-

• KEISTIMEWAAN BULAN MUHARRAM

Bulan Muharram mengingatkan umat Islam mengenai dua hal penting :

⏺️PERTAMA :
Bulan ini adalah satu dari empat bulan yang dimuliakan dan yang diagungkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, sebagai bulan haram.

⏺️KEDUA :
Bulan Muharram adalah tahun baru umat Islam yang dikenali dengan peristiwa besar Hijrah Rasulullah SAW daripada Kota Makkah ke Yathrib.

-

• HARI ISTIMEWA DALAM BULAN MUHARRAM

Selain daripada dua perkara di atas, terdapat juga hari yang istimewa di bulan ini, iaitu hari kesepuluh dalam bulan Muharram juga dikenali sebagai ‘Asyura’. Istimewanya kerana terdapat saranan Nabi Muhammad SAW yang menyatakan amalan berpuasa sunat pada hari Asyura. Terdapat sebuah hadis dari Saidina Ibnu Abbas :

مَا عَلِمْتُ أَنَّ رَسُولَ ﷺ صَامَ يَوْمًا يَطْلُبُ فَضْلَهُ عَلَى الْأَيَّامِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ وَلَا شَهْرًا إِلَّا هَذَا الشَّهْرَ

Maksudnya : “Aku tidak ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada satu hari dan mencari-cari kelebihan yang ada padanya daripada hari-hari yang lain melainkan pada hari ini (hari Asyura) dan tidak juga pada satu bulan melainkan pada bulan ini (Ramadan).”
[HR Imam Muslim : 1132]

-

• PUASA ASYURA : KEFARDUAN YANG DIMANSUHKAN

Perlu diketahui bahawa puasa pada hari Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum difardukan puasa Ramadan. Apabila puasa Ramadan difardukan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun, ia tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut.

Malahan berpuasa pada hari Asyura mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Dinyatakan dalam sebuah hadis :

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ ﷺ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ

Maksudnya : “Aku (Ibnu Abbas) tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini – iaitu hari ‘Asyura –”
[HR Imam Bukhari : 2006]

Komentar hadis ini daripada Imam Ibnu Hajar al-Asqalani :

أَنَّ يَوْمَ عَاشُورَاءَ أَفْضَلُ الْأَيَّام للصَّائِم بعد رَمَضَان

Maksudnya : “Ini menunjukkan bahawa puasa Asyura lebih baik berbanding hari-hari lain untuk berpuasa selepas Ramadan.”
Kemudian al-Hafiz Ibnu Hajar menambah komentarnya lagi :

وَقَدْ رَوَى مُسْلِمٌ مِنْ حَدِيثِ أَبِي قَتَادَةَ مَرْفُوعًا إِنَّ صَوْمَ عَاشُورَاءَ يُكَفِّرُ سَنَةً وَإِنَّ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ وَظَاهِرُهُ أَنَّ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ أَفْضَلُ مِنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ وَقَدْ قِيلَ فِي الْحِكْمَةِ فِي ذَلِكَ إِنَّ يَوْمَ عَاشُورَاءَ مَنْسُوبٌ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ وَيَوْمَ عَرَفَةَ مَنْسُوبٌ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ فَلِذَلِكَ كَانَ أَفْضَلَ

Maksudnya : “Dan Imam Muslim telah meriwayatkan hadis Saidina Abu Qatadah secara Marfu', bahawa puasa Asyura menghapuskan dosa-dosa setahun (yang lalu) dan puasa hari Arafah menghapus dosa dua tahun (tahun lalu dan tahun kini). Secara zahirnya, hadis Imam Muslim ini menunjukkan bahawa puasa pada hari Arafah lebih afdhal berbanding puasa pada hari Asyura. Dikatakan hikmahnya adalah kerana puasa Asyura dinisbahkan kepada Nabi Musa AS manakala puasa Arafah p**a dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, puasa Arafah lebih afdhal.”

-

• PENUTUP

Kesimp**annya, marilah kita sentiasa bermotivasi melaksanakan kebaikan setiap hari. Di samping itu, di saat kita melaksanakan amalan soleh ini, kita perlu memantapkan lagi mutu setiap amalan. Insha-Allah, kita mendapat keberkatan dan kelebihan dalam perjalanan hidup. Daripada Saidina Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: “Berpuasa pada hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.”
[HR Imam Muslim : 1162]

🔴 RUJUKAN :
فتح الباري لابن حجر - المجلد 4 - الصفحة 249 - جامع الكتب الإسلامية
ابن حجر العسقلاني، 1379 هـ، فتح الباري لابن حجر، مجلد 4، صفحة 249، دار المعرفة - بيروت، 1379


26/08/2021
Alhamdulillah. Kerja kerja menambun tanah bermula hari ini
18/08/2021

Alhamdulillah. Kerja kerja menambun tanah bermula hari ini

18/08/2021

Address

Kg Pak Jah
Tumpat
16200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Nurhana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pondok Nurhana:

Shortcuts

Share

Category