18/08/2022
Langsir Merdeka
Jendela yang tersenyum segar langsirnya,
menghayati semangat bumi warisan bertuah.
Hati syahdu seperti di pelabuhan yang aman
selalunya begitu kita hargai kemerdekaan!
Tiada rasa gementar, sangsi diri pun tiada,
kini sedamai itu bernafasnya bumi ibunda.
Di mana tapak dimula tempat segar berdiri
ke mana arah bahtera pastinya ke tulus hati
memang segala dirangsang menyanjung bangsa
rakyatnya diasuh supaya mencintai negara.
Setiap fajar begitu dihayati ufuk merdeka
kebahagiaan yang wajib kita membinanya.
A. Samad Said
Ogos 2002.