Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat Page rasmi Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat adalah salah sebuah institusi tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Secara umumnya kurikulum Maahad ini mencakupi tiga adunan kurikulum yang berbeza iaitu kurikulum tahfiz al-Quran, kurikulum Diniah Azhari dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan...
20/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69! ๐ŸŽ‰

Unit Panitia Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin mengambil inisiatif mengadakan Edaran 69 Tandatangan sebagai sebahagian aktiviti penghayatan kemerdekaan dalam menyemai rasa cinta akan negara, menghargai jasa para pejuang dan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

โœจ 69 Tahun Merdeka โ€” Terus Bersatu, Terus Berjasa!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka!


๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”! ๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada saudara Ahmad Taqi...
17/08/2026

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”! ๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada saudara Ahmad Taqiuddin bin Aminuddin, pelajar Tingkatan 3 Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat atas kejayaan terpilih mewakili Skuad Ping Pong Kelantan ke Sukan Malaysia 2026 (SUKMA)

Satu pencapaian yang cukup membanggakan pada usia muda. Semoga terus istiqamah berlatih, diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk membawa nama Kelantan ke tahap yang lebih tinggi.

Selamat berjuang Taqiuddin! Gomo Kelate Gomo! ๐Ÿ’ช๐Ÿ“



๐ŸŒฟ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›: ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐—”๐—˜๐——๐—˜๐—ฆ, ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐ŸฆŸAlhamdulillah pada pagi tadi telah berlangsung program goton...
13/08/2026

๐ŸŒฟ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›: ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐—”๐—˜๐——๐—˜๐—ฆ, ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐ŸฆŸ

Alhamdulillah pada pagi tadi telah berlangsung program gotong-royong warga sekolah dalam usaha mencegah pembiakan nyamuk Aedes serta mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat dan kondusif. ๐Ÿงนโœจ

Program ini melibatkan semua warga sekolah yang bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran, memastikan tiada tempat yang berpotensi menjadi takungan air serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan bagi mencegah penularan demam denggi.

๐Ÿ’š ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ต, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜, ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต! ๐Ÿซ

Anjuran:
Unit 3K (Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan)


๐ŸŒน ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐— ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒนุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูSemoga seluruh calon Sijil Men...
06/08/2026

๐ŸŒน ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐— ๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒน
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Semoga seluruh calon Sijil Menengah Ugama (SMU) Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat diberikan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kefahaman yang jelas serta kemudahan dalam menjawab setiap soalan.

Ingatlah firman Allah SWT:

"๐˜ฟ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™จ๐™ž๐™–๐™ฅ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ ๐™–๐™ก ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™, ๐™ฃ๐™š๐™จ๐™˜๐™–๐™ฎ๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™˜๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฅ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ก๐™ช๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™ฎ๐™–"
(Surah At-Talaq: 3)

Teruskan berusaha dengan bersungguh-sungguh, perbanyakkan doa, solat hajat serta bertawakal kepada Allah SWT.

Kejayaan yang sebenar bukan hanya memperoleh keputusan yang cemerlang, bahkan menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan diredai Allah.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู„ุงูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹ุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹

"Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau permudahkan, dan Engkau mampu menjadikan yang sukar itu mudah apabila Engkau kehendaki."

ุจูุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุฌูŽุงุญู

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Selamat maju jaya buat semua calon SMU 2026 ๐Ÿคฒ๐Ÿ“šโœจ

๐—จ๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ, ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ & ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฐ ๐Ÿ“– ๐Ÿ“† 5 Ogos 2026 bersamaan 21 Safar 1448H Alhamdulillah, Program Usrah Guru, Staf & ...
05/08/2026

๐—จ๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ, ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—™ & ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฐ ๐Ÿ“–

๐Ÿ“† 5 Ogos 2026 bersamaan 21 Safar 1448H

Alhamdulillah, Program Usrah Guru, Staf & Pelajar Kali Ke-4 telah berjaya dilaksanakan pada 5 Ogos 2026 sebagai salah satu pengisian tarbiah berkala warga Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.

Usrah Guru dan Staf yang berlangsung di Bilik Gerakan telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hanifulfuad bin Hussin, Setiausaha Akhbar Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Sementara itu, Usrah Jamaie Pelajar diadakan di Masjid dan dipimpin oleh Ustaz Muhamad Khumene bin Abd Razak.

Program ini bertujuan menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuhkan ukhuwah serta meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan guru, staf dan pelajar.

Semoga pengisian yang disampaikan menjadi panduan dan motivasi untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu serta beramal soleh.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.



๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ...
30/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฎ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ peringkat Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat yang dianjurkan secara bersama oleh ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐— , ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป serta ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ง๐—ฆ๐—•๐—”.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐Ÿด ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป yang telah berjaya menyiapkan projek masing-masing dengan penuh komitmen, kreativiti dan semangat kerjasama.

Setiap projek yang dipersembahkan membuktikan keupayaan para pelajar mengaplikasikan konsep-konsep sains yang dipelajari di dalam bilik darjah ke dalam penghasilan projek yang inovatif dan bermakna.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berkarya dan mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Bagi kumpulan yang belum berjaya, jangan berputus asa. Dalam setiap pertandingan, kemenangan hanyalah satu pencapaian, namun pengalaman, ilmu, kemahiran menyelesaikan masalah, kreativiti dan semangat bekerjasama yang diperoleh sepanjang proses menghasilkan projek adalah kejayaan yang jauh lebih bernilai.

Teruskan berusaha dan jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Semoga program seperti ini terus menyemai minat terhadap bidang STEM serta melahirkan generasi yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan ilmu sains untuk manfaat masyarakat.

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด! ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐Ÿ“–๐ŸŽ“

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dan seti...
30/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima anugerah kecemerlangan di atas pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026.

Majlis penyampaian hadiah ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha, disiplin dan komitmen para pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih, di samping menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah.

Teruskan mengejar kecemerlangan dengan penuh iltizam, kerana setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan.

"Kecemerlangan Hari Ini, Kejayaan Masa Hadapan"

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kami mengucapk...
27/07/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kami mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM kepada semua calon SPM Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat

Semoga anak-anak pelajar diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hati, kecerdasan fikiran serta dipermudahkan urusan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan.

Good luck & bittaufiq wan najah!

Address

Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6097258979

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat:

Shortcuts

Share