22/09/2026
PENCARIAN TOKOH NILAM DAERAH TUMPAT 2026
"Membaca Membina Masa Depan, NILAM Membudayakan Minda"
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Membaca adalah jambatan ilmu dan teras utama dalam membina modal insan yang berpengetahuan, berdaya saing serta berkeperibadian tinggi. Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dengan bangganya menganjurkan Program Pencarian Tokoh NILAM Daerah Tumpat 2026. Program ini merupakan medan terbaik untuk mengiktiraf dan memupuk minat membaca yang mendalam dalam kalangan murid-murid di seluruh daerah Tumpat.
Pertandingan ini akan berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 26, 27 dan 28 Oktober 2026 (Isnin hingga Rabu) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di CoE @ PKG Pasir Pekan. Jadual pelaksanaan mengikut kategori adalah seperti berikut:
26 Oktober 2026 (Isnin): Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah & Sekolah Rendah)
27 Oktober 2026 (Selasa): Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah & Sekolah Rendah)
28 Oktober 2026 (Rabu): Kategori Prasekolah (NILAM Cilik) & Kategori Bahasa Arab (SMKA / SMUA / YIK)
Saya menyeru dan mengajak seluruh warga sekolah, para pentadbir, guru-guru, serta ibu bapa untuk terus memberikan sokongan padu dan dorongan kepada anak-anak kita agar menyertai serta menonjolkan potensi terbaik mereka. Semoga usaha murni ini berupaya melahirkan generasi yang cemerlang, berilmu, dan berinspirasi demi kemajuan negara.
Selamat maju jaya kepada semua peserta!
Ikhlas daripada,
EN ROZEMAN BIN DIN B.S.K. A.S.K.
Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat