22/12/2025
Assalamualaikum anak-anak yang cerdik lagi hebat. Selamat bercuti dan pastikan sentiasa menjaga keselamatan serta kesihatan diri masing-masing. Hari ini papa ingin kongsikan beberapa perkara untuk manfaat bersama.
Kita sering tertanya-tanya...KENAPA KITA TIDAK BERMOTIVASI. Kita nak sangat cemerlang tetapi kita sukar bertindak untuk jadi cemerlang.
KENAPA KITA TIDAK BERMOTIVASI
1. Tiada matlamat yang jelas
Sematkan dalam fikiran anak-anak apa yang anak-anak ingin
capai. Biar ianya jelas dan boleh dibaca. Kalau boleh tampalkan
di dinding-dinding supaya boleh dilihat setiap masa.
2. Tidak menilai diri
Biasakan untuk menilai diri sendiri. Pastikan hari ini kita menjadi
lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.
3. Tidak mengenal kehebatan diri
Allah kurniakan kepada setiap manusia kekuatan dan kelemahan.
Kenali kehebatan diri masing-masing. "Polish" kehebatan diri biar
lebih bersinar.
4. Tidak tahu cara untuk dorong diri
Kadang-kadang kita terlalu lemah. Mudah terasa hati. Mudah
"koyak" perasaan. Anak-anak mesti kuat. Jangan bergantung
kepada orang lain untuk mendorong anak-anak. Bangkit untuk
menjadi murid yang boleh berdikari.
5. Dikuasai pemikiran yang negatif
Anak-anak mesti sentiasa berfikiran positif. Apa sahaja yang
berlaku dalam kehidupan kita mesti ada jalan penyelesaian.
Jangan terlalu banyak alasan sehinggakan anak-anak menjadi
seorang murid yang malas.
6. Imej diri yang negatif - kita tidak perlu kaya untuk berpakaian kemas. Cukup sekiranya pakaian bersih dan terurus. Sentiasa menjaga kebersihan untuk menonjokan imej yang positif.
7. Dipengaruhi oleh persekitaran
Anak-anak tidak ada kekuatan untuk menjadikan persekitaran
kita selamat sepanjang masa. Tetapi anak - anak punyai kuasa
untuk tidak dipengaruhi. Katakan TIDAK kepad rokok, dadah
serta kawan-kawan yang jahat.
8. Tidak berdoa
Sentias solat dan berdoa. Mohon keampunan serta petunjuk dari
Allah. Insyallah...Allah akan sentiasa bersama hambaNya yang
beriman.
9. Tidak tahu urus diri
Anak-anak mestilah tahu dan pandai mengurus diri masing-
masing. Bermula dari bangun tidur, pastikan ianya teratur dan
bijak mengurus masa.
10. Bodoh sombong
Anak-anak mesti belajar untuk menerima teguran dari orang
yang lebih dewasa. Jangan sekali-kali melawan nasihat ibu dan
bapa.