Maahad Muhammadi Tumpat

Directions Website Contact the school

Maahad Muhammadi Tumpat Page Rasmi Maahad Muhammadi Tumpat (MMT). Sekolah di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK)

๐Ÿ“š KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) GURU ZON TUMPAT 2026 ๐Ÿ“šTarikh: 19 September 2026Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang...
24/09/2026

๐Ÿ“š KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) GURU ZON TUMPAT 2026 ๐Ÿ“š

Tarikh: 19 September 2026
Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang
Tempat: Maahad Muhammadi Tumpat

Telah berlangsung Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru Zon Tumpat 2026 pada 19 September 2026 bertempat di Maahad Muhammadi Tumpat. Program ini melibatkan warga pendidik Zon Tumpat dalam usaha memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kompetensi profesionalisme guru.

Program pada hari tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Datoโ€™ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Ahli Parlimen Tumpat; YB Haji Mohd Rusli bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu; YB Mohd Adanan bin Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran; serta YBrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Kursus ini menjadi platform kepada para guru untuk meningkatkan keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dengan lebih berkesan, di samping berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan.

Semoga pelaksanaan kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta serta menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, seterusnya menyumbang kepada usaha melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berkualiti.




18/09/2026
10.9.202614.9.2026PROGRAM JAYA WARIS TINGKATAN 4, 5 & 6 2026โ€œBersama Membina Masa Depan Cemerlangโ€Alhamdulillah, telah b...
18/09/2026

10.9.2026
14.9.2026
PROGRAM JAYA WARIS TINGKATAN 4, 5 & 6 2026

โ€œBersama Membina Masa Depan Cemerlangโ€

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jaya Waris
Tingkatan 4, 5 & 6 Tahun 2026 anjuran Unit Kecemerlangan, Maahad Muhammadi Tumpat pada 14 September 2026 (Isnin), bertempat di kelas masing-masing.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa calon Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 hadir ke sekolah bagi menerima slip keputusan Peperiksaan Percubaan anak masing2. Ia juga bermatlamat bagi meningkatkan motivasi dan kesedaran murid terhadap kepentingan kecemerlangan akademik di samping memberi panduan serta dorongan kepada murid dalam merancang strategi pembelajaran yang lebih berkesan. Selain itu, program ini turut menjadi medium untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah, guru, murid dan waris dalam usaha mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan prestasi murid. Melalui sokongan dan kerjasama semua pihak, diharapkan murid dapat membina keyakinan diri, meningkatkan pencapaian akademik serta mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran pendidikan pada masa akan datang.

๐ŸŒŸ Semoga program ini menjadi langkah bermakna dalam melahirkan generasi cemerlang, berilmu dan berakhlak, seterusnya mencapai kejayaan yang diimpikan.

โ€œIlmu hari ini, kejayaan esok untuk diri, keluarga dan negara.โ€

UNIT KECEMERLANGAN
MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT
Ilmu โ€ข Amanah โ€ข Amal โ€ข Ikhlas

,5DAN6

6 OGOS 2026 | KHAMISPROGRAM PENANDA ARAS KECEMERLANGAN SPMAlhamdulillah, hari ini menjadi satu detik bermakna buat Maaha...
07/08/2026

6 OGOS 2026 | KHAMIS

PROGRAM PENANDA ARAS KECEMERLANGAN SPM

Alhamdulillah, hari ini menjadi satu detik bermakna buat Maahad Muhammadi Tumpat (MMT) apabila berpeluang menjalinkan kerjasama strategik bersama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu menerusi Program Penanda Aras Kecemerlangan SPM.

Delegasi MMT diketuai oleh Yang Dipertua PIBG, YB. Haji Mohd Adanan bin Hassan. Hadir sama Ahli Jawatankuasa PIBG, Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum, AMKS serta sebahagian guru SPM. Kunjungan rasmi ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu ini bertujuan bagi mendapatkan perkongsian amalan terbaik, strategi pengurusan serta pendekatan yang dilaksanakan dalam usaha memperkukuhkan kecemerlangan akademik, khususnya pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program dimulakan dengan bacaan doa, diikuti tayangan video korporat sekolah serta ucapan alu-aluan daripada wakil kedua-dua institusi. Seterusnya, para peserta mengikuti sesi taklimat berkaitan pengurusan kecemerlangan sekolah yang disusuli dengan sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman secara dua hala.

Kemuncak program menyaksikan majlis menandatangani Letter of Understanding (LOU) antara Maahad Muhammadi Tumpat dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu. Dokumen tersebut telah ditandatangani oleh Yang Dipertua PIBG Maahad Muhammadi Tumpat, YB. Haji Mohd Adnan bin Hassan dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, YB. Haji Shahrizukirnain bin Abu Kadir sebagai manifestasi komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama, perkongsian kepakaran serta usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan jamuan makan.

Pihak Maahad Muhammadi Tumpat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu atas layanan mesra, kesudian menerima kunjungan kami serta berkongsi pelbagai amalan terbaik dan pengalaman yang telah menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

Semoga hubungan silaturahim yang terjalin serta kerjasama yang dimeterai melalui program ini akan terus diperkukuhkan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekali gus memberi manfaat yang berpanjangan kepada kedua-dua institusi demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan cemerlang.

โ€œBerkongsi Amalan Terbaik, Melakar Kecemerlangan SPM.โ€



27/05/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.

Setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas diberi ganjaran dan keberkatan oleh Allah SWT dan membawa ketenangan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga serta insan tersayang.

Dalam setiap pengorbanan ada hikmah, dalam setiap ujian ada kekuatan. Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat kita semua dan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada semalam.

Ikhlas daripada,
Pengarah & seluruh warga Yayasan Islam Kelantan

16/05/2026

๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐˜๐€๐๐‘๐’ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐†๐”๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Firman Allah SWT :

ู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูุจูŽุดูŽุฑู ุฃูŽู† ูŠูุคู’ุชููŠูŽู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู’ูƒูุชูฐุจูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽ ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ุจููˆูŽู‘ุฉูŽ ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽู‚ููˆู„ูŽ ู„ูู„ู†ูŽู‘ุงุณู ูƒููˆู†ููˆุง ุนูุจูŽุงุฏู‹ุง ู„ูู‘ูŠ ู…ูู† ุฏููˆู†ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽู„ูŽูฐูƒูู† ูƒููˆู†ููˆุง ุฑูŽุจูฐู‘ู†ููŠูู‘ูŠู†ูŽ ุจูู…ูŽุง ูƒูู†ุชูู…ู’ ุชูุนูŽู„ูู‘ู…ููˆู†ูŽ ุงู„ู’ูƒูุชูฐุจูŽ ูˆูŽุจูู…ูŽุง ูƒูู†ุชูู…ู’ ุชูŽุฏู’ุฑูุณููˆู†ูŽ

โ€œ๐˜›๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜•๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช, ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช: "๐˜๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ". ๐˜›๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช (๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ต๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข): "๐˜๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜บ๐˜ช๐˜ฏ (๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜›๐˜ข๐˜ข๐˜ญ๐˜ข - ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข), ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ด๐˜ช ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข.โ€

(Surah Ali Imran : 79)

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Guru tahun 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap insan mulia yang mendidik, membimbing dan membina generasi masa depan negara.

Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta semua guru di seluruh Malaysia atas komitmen, kesungguhan dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa. Sesungguhnya, jasa para guru amat besar maknanya dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing serta mampu memimpin masyarakat dengan nilai dan prinsip yang benar.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan merupakan murabbi, pendidik dan pembina peradaban ummah. Dalam kerangka Pendidikan Rabbani, setiap guru memikul amanah besar untuk membentuk pelajar yang seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru perlu menghubungkan ilmu dengan iman, memandu akal dengan wahyu serta membentuk sahsiah pelajar agar menjadi insan bertaqwa dan berakhlak.

Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan yang semakin mencabar, para guru hari ini berhadapan dengan pelbagai perubahan termasuk kemajuan teknologi, keperluan pembelajaran abad ke-21 dan cabaran sosial yang semakin kompleks. Justeru, guru perlu sentiasa bersedia, kreatif, inovatif dan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik. Saya yakin seluruh guru YIK khususnya, dan para pendidik di Malaysia amnya, mampu terus memainkan peranan besar sebagai tonggak utama dalam membina generasi masa hadapan yang cemerlang.

Sempena sambutan Hari Guru ini, saya ingin mengucapkan ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ kepada seluruh warga pendidik YIK dan semua guru di Malaysia. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan. Sesungguhnya, guru adalah insan istimewa yang menjadi nadi kekuatan pendidikan negara serta pembina masa depan ummah.

Akhir kata, marilah kita terus beristiqamah, bersemangat dan komited dalam melaksanakan amanah yang mulia ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan para guru sentiasa diberkati Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ

โ€œ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐š๐๐ข ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐šโ€
โ€œ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐‘๐š๐›๐›๐š๐ง๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐šโ€

Ikhlas daripada,

๐‡๐‰ ๐’๐‡๐€๐Œ๐’๐”๐‹ ๐๐ˆ๐ ๐€๐๐” ๐๐€๐Š๐€๐‘
Pengarah
Yayasan Islam Kelantan

26.4.26 | AHADTelah berlangsung dengan jaya pada pagi ini Program Transformasi Minda Pelajar di Dewan Terbuka Maahad Muh...
26/04/2026

26.4.26 | AHAD

Telah berlangsung dengan jaya pada pagi ini Program Transformasi Minda Pelajar di Dewan Terbuka Maahad Muhammadi Tumpat.

Pihak sekolah telah menjemput Al Fadhil Ustaz Kamarjan bin Abdul Rahman, Pengetua Maahad Sains Tok Guru sebagai penceramah pada pagi ini.

Diharap semoga para pelajar Maahad Muhammadi Tumpat dapat mengutip segala nasihat dan pengajaran yang dilontarkan oleh Al Fadhil Ustaz Kamarjan melalui perkongsian kisah perjalanan pengajian beliau hingga ke alam pekerjaan.

Ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Kamarjan atas kesudian untuk hadir dan berkongsi ilmu kepada warga Maahad Muhammadi Tumpat.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.



Sama sama kita doakan agar Al Fadhil Ustaz Nik Manzur diberi kesihatan dan kesembuhan.ุงู„ู„ู‡ู… ุงุดูู‡ ุดูุงุก ู„ุง ูŠุบุงุฏุฑ ุณู‚ู…ุงุงู„ู„ู‡ู…...
23/04/2026

Sama sama kita doakan agar Al Fadhil Ustaz Nik Manzur diberi kesihatan dan kesembuhan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุดูู‡ ุดูุงุก ู„ุง ูŠุบุงุฏุฑ ุณู‚ู…ุง
ุงู„ู„ู‡ู… ุงู…ูŠู†

๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง, ๐“๐š๐ง๐๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐˜๐ˆ๐Š

Pengarah Yayasan Islam Kelantan bersama Timbalan-timbalan Pengarah serta Penolong Pengarah (Khidmat Guru) telah berkesempatan menziarahi Ustaz Nik Manzur, guru di Maahad Muhammadi Tumpat yang kini sedang diuji dengan jangkitan kuman yang menyerang pembuluh darah dalam perut.

Turut hadir dalam ziarah ini ialah Pengetua Maahad Muhammadi Tumpat serta Ustaz Tajuddin, guru di sekolah yang sama.

Dalam suasana penuh empati dan keprihatinan, Pengarah turut menyampaikan sumbangan hasil derma kilat yang telah dikumpulkan daripada seluruh warga pejabat Yayasan Islam Kelantan serta sekolah-sekolah di bawah YIK. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung kos rawatan beliau.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat Ustaz Nik Manzur, mengangkat segala kesakitan sebagai penghapus dosa, serta memberikan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama terus mendoakan dan sentiasa memberikan sokongan kepada beliau. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat beliau.

23.4.2026 | Khamis Perbincangan Hala Tuju Pembelajaran Pelajar Tingkatan 4 2026Hari ini telah berjaya diadakan satu prog...
23/04/2026

23.4.2026 | Khamis

Perbincangan Hala Tuju Pembelajaran Pelajar Tingkatan 4 2026

Hari ini telah berjaya diadakan satu program penting iaitu Perbincangan Hala Tuju Pembelajaran Pelajar Tingkatan 4 2026. Ibu bapa pelajar dijemput hadir untuk menerima keputusan Peperiksaan Penilaian 1 2026.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua Maahad Muhammadi Tumpat. Seterusnya majlis memberi peluang kepada para ibu bapa untuk bertanya soalan, memberi idea serta berkongsi apa apa buah fikiran untuk digunakan bersama dalam memacu kecemerlangan pelajar.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada para pelajar yang mencatat kehadiran penuh sepanjang sesi persekolahan bermula hingga hari ini.

Warga Maahad Muhammadi Tumpat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang terlibat atas komitmen dan kesudian menghadiri majlis ini. Kami juga menghargai idea dan cadangan yang dilontarkan. Semoga langkah kecil ini membuahkan natijah yang gemilang suatu hari nanti.



Address

Kg Sedar
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Muhammadi Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Muhammadi Tumpat:

Shortcuts

Share

Category