Kelas Ngaji al Quran Uptown Tumpat

Kelas Ngaji al Quran Uptown Tumpat Pusat Pembelajaran Al Quran teknik Al Baghdadi

30/11/2021

Ajar Anak Baca al-Quran
=========
1. Sekiranya kita mempunyai masa dan kesempatan, ajarlah anak kita membaca al-Quran. Kerana itu adalah aset yang paling berharga buat kita setelah kita meninggal dunia nanti. Atau paling kurang, ajarkanlah anak kita membaca al-Fatihah, kerana itulah surah yang akan dibaca sepanjang hidupnya. Sabda Rasulullah:

مَنْ عَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ كَانَ لَهُ ثَوَابُهَا مَا تُلِيَتْ

“Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat dari Kitab Allah Azza wa Jalla (iaitu al-Quran), maka baginya pahala selama ayat itu dibaca.” (al-Silsilah al-Sahihah)

2. Bayangkan andai anak kita masih membaca ayat yang telah kita ajarkan kepada mereka, maka pahala tersebut akan mengalir dan kita nikmati sekalipun kita telah meninggal dunia.

3. Ini kerana, ilmu yang kita ajarkan kepada mereka masih tetap mengalir ganjarannya setelah kita meninggal. Ini selaras dengan hadis yang disebutkan oleh Baginda Nabi:

إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya, kecuali tiga perkara. Iaitu, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (HR Muslim)

4. Bukan itu sahaja, mengajarkan orang lain membaca al-Quran dianggap sebagai profesion yang paling mulia. Bukan semua kita mampu untuk mengajar orang lain, tetapi setidak-tidaknya, ajarlah anak kecil kita menghafaz surah Qul Huwallahu Ahad. Sabda Rasulullah:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القرآنَ وَ عَلَّمَهُ

“Orang yang paling baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain). (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

20/11/2021

Kesan Meninggalkan al-Quran
=========
1. Setiap Muslim hendaklah menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidupnya. Setiap hari dibaca sebagai peringatan dan diteladani mutiara di dalamnya melalui bimbingan hadis Nabi dan huraian para ulama.

2. Rasulullah menegaskan bahawa al-Quran akan memberi syafaat kepada umatnya di akhirat kelak. Di dunia p**a, al-Quran berupaya membimbing manusia daripada terpesona dengan kerosakan tipu daya kehidupan. Sabda Rasulullah:

الْقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ ومَاحِلٌ مُصَدَّقٌ ، فَمَنْ جَعَلَهُ إمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ قَادَهُ إِلَى النَّارِ

“Al-Qur’an adalah pemberi syafa’at yang diberi syafa’at. Al-Quran juga adalah pembela yang dibenarkan. Barangsiapa yang menjadikannya di depannya (panduannya) maka ia akan membimbingnya ke syurga dan barangsiapa yang meninggalkannya maka ia akan membawanya ke neraka.” (HR Ibn Hibban)

3. Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)

4. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat. Kata al-Sa’di:

فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة

“Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang banyak, ilmu yang lebat, iman yang berterusan, hidayah turut bertambah dan bimbingan dalam perkara agama. Atas dasar itu Allah meletakkan (mendengar al-Quran ini) sebagai sesuatu yang berupaya menyebabkan seseorang beroleh rahmat.

5. Dan rugilah mereka yang tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan. Mereka bukan sahaja berpotensi untuk tersesat dalam kehidupan dunia malah rugi di akhirat kelak. Jadikan al-Quran sebagai tatapan bacaan harian, pedoman yang perlu diteladani dan ditadabbur setiap hari.

Dapatkan juga buku Tadabbur al-Quran secara ringkas dalam buku berjudul Mengapa Allah Mencela Orang Yang Solat di pautan di bawah:
https://bit.ly/3k377rc
https://bit.ly/3k377rc
https://bit.ly/3k377rc

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/11/2021

How often do you read Allah’s message to you?

27/08/2021

KELEBIHAN MENCINTAI AL-QURAN
1. Tidak nyanyuk sampai tua.
2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.
3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.
4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.
5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.
6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.
Ustaz Abdullah Mahmood
Majalah Anis.

Jom baca al Quran 🤲
26/08/2021

Jom baca al Quran 🤲

TIPS UNTUK SERONOK BACA AL QURAN
1. Pastikan mempunyai bacaan yang baik. Baca dengan bertajwid.
2. Pilih waktu yang menenangkan seperti sebelum atau selepas subuh, selepas maghrib dan juga isyak.
3. Bersihkan diri daripada segala sebab yang boleh menyebabkan susah untuk berbuat ketaatan seperti maksiat. Jaga mata. Jaga lidah.
Orang yang biasa melihat maksiat,mana mungkin boleh berlama lamaan melihat Al Quran.Begitu juga dengan orang yang tidak menjaga lidahnya.
4. Perbuatan yang baik dengan perbuatan tidak baik, sama sekali tidak akan bergabung sekali. Maka kau harus memilih.
5. Paksa sehingga timbul rasa tidak sempurna hari tersebut tanpa Al Quran.
Terus berusaha.

Kredit : Islam Cahaya Hidup

25/08/2021

💗

21/04/2021
03/04/2021

BELAJAR QURAN SEBELUM TERLAMBAT
Mungkin ini antara masa nya
yang Allah berikan untuk saya
melangkah dengan SOPnya
ke kelas Quran Uptown Tumpat
Mask di muka
senitiser di guna
SOP di utama
penjarakkan di jaga
Lama ku tunggu
Ingin mahir membaca quranmu
yang turun kepada nabiku
untuk ku baca selalu
Kini di buka
ku tunggu sekian lama
sebab waktuku entah bila
Akan ku manfaatkan sepenuh masa
Ramadhan akan tiba
kami menanti dengan hiba
langkah pahlawan penuh bergaya
untuk menimba ilmu tercinta
Tiada yang kupinta
melaikan redho yang Maha Esa
teman kubur gelap gelita
"Quran" datang sebagai pembela
Mudahan ku punya masa
kerana jaya tak kenal usia
Cuma perlukan langkah mula
insyallah.. di pandu sehingga berjaya

Kelas Quran Al Baghdadi Tumpat

wasap.my/60193387966/Info+Kelas


Address

No. 45, Jln. Setia 4
Tumpat
16200

Telephone

+60193387966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Ngaji al Quran Uptown Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category