SK Sungai Tapang

SK Sungai Tapang Laman Rasmi SK Sungai Tapang
Tumpat Kelantan

๐Ÿ“š๐Ÿซ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! ๐Ÿซ๐Ÿ“šAssalamualaikum dan salam sejahtera.Setelah menikmati cuti pertengahan tahun yang penuh...
06/06/2026

๐Ÿ“š๐Ÿซ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! ๐Ÿซ๐Ÿ“š

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah menikmati cuti pertengahan tahun yang penuh bermakna, kini tiba masanya untuk kembali menyemarakkan semangat menuntut ilmu.

๐Ÿ”” Sekolah akan dibuka semula pada:
๐Ÿ“… 07 Jun 2026 (Ahad)

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran semua murid ke sekolah dengan azam dan semangat yang baharu. Pastikan semua kelengkapan sekolah disediakan, hadir tepat pada waktunya serta sentiasa menjaga disiplin dan sahsiah diri.

Semoga pengalaman sepanjang cuti menjadi kenangan indah dan sumber inspirasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

โœจ Kembali ke sekolah, kembali bersemangat!
โœจ Datang dengan impian, pulang dengan kejayaan!

Jumpa esok di sekolah! ๐Ÿ˜Š

SK Sungai Tapang
Usaha Tangga Jaya ๐Ÿ’™๐Ÿ’›





๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M โœจ๐ŸŒ™Dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan, seluruh warga SK Sungai Tapang mengucapkan S...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M โœจ๐ŸŒ™

Dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan, seluruh warga SK Sungai Tapang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua. ๐Ÿค๐Ÿ„

โ€œPengorbanan yang ikhlas akan melahirkan kekuatan jiwa dan kemanisan iman.โ€

Ikhlas daripada,
โœจ Warga SK Sungai Tapang โœจ


๐Ÿ“ข MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Warga SK Sungai Tapang mengucapkan selamat ber...
21/05/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Warga SK Sungai Tapang mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, ibu bapa dan penjaga sempena Cuti Pertengahan Tahun 2026 yang akan bermula pada 22 Mei 2026 (Jumaat) hingga 06 Jun 2026 (Sabtu).

๐Ÿ“š Sekolah akan dibuka semula pada 07 Jun 2026 (Ahad).

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga tersayang. Walau di mana berada, jagalah keselamatan, kesihatan serta teruskan amalan yang baik sepanjang cuti persekolahan. โœจ

Di kesempatan ini juga, warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SK Sungai Tapang dan masyarakat setempat. Semoga Aidiladha membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim sesama kita. ๐ŸŒ™๐Ÿ„

โ€œCuti diisi dengan ceria,
Keselamatan jangan dilupa,
Kembali nanti penuh semangat,
Menimba ilmu demi cita-cita.โ€

Sekian, terima kasih.
SK Sungai Tapang
โ€œUsaha Tangga Jayaโ€

20/05/2026

Sambutan Hari Guru di SK Sungai Tapang pada 20 Mei 2026.

Sekitar Sambutan Hari Guru 20 Mei 2026 (part 1)๐ŸŽ“โœจ Semalam menjadi kenangan, pagi tadi tercipta seribu memoriโ€ฆ โœจ๐ŸŽ“Majlis S...
20/05/2026

Sekitar Sambutan Hari Guru 20 Mei 2026 (part 1)

๐ŸŽ“โœจ Semalam menjadi kenangan, pagi tadi tercipta seribu memoriโ€ฆ โœจ๐ŸŽ“

Majlis Sambutan Hari Guru 2026 peringkat SK Sungai Tapang berlangsung dengan penuh warna-warni, gelak tawa dan rasa penghargaan yang sukar diungkapkan. Dari sukaneka, nyanyian, persembahan hinggalah detik-detik santai bersama warga sekolah โ€” semuanya menjadi memori indah yang akan terpahat dalam hati. ๐ŸŒˆโค๏ธ

Terima kasih buat semua guru yang sentiasa menjadi cahaya ilmu, pembimbing kehidupan dan inspirasi anak bangsa. Pengorbanan dan jasa kalian tidak mampu dibalas dengan kata-kata. ๐ŸŽ๐Ÿ“š

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SK Sungai Tapang. ๐Ÿ’โœจ





20/05/2026

Ragam guru sempena Sukaneka Sambutan Hari Guru di SK Sungai Tapang pada 20 Mei 2026.

๐ŸŒธ PROGRAM MENUJU KE ALAM REMAJA 2026 ๐ŸŒธPada 18 Mei 2026, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Sungai Tapang di bawah Cikgu Azmi...
18/05/2026

๐ŸŒธ PROGRAM MENUJU KE ALAM REMAJA 2026 ๐ŸŒธ

Pada 18 Mei 2026, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Sungai Tapang di bawah Cikgu Azmi telah menganjurkan Program Menuju Ke Alam Remaja bersama INTIMATE khusus buat murid perempuan Tahun 4, 5 dan 6. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan penjagaan diri, keyakinan diri serta persediaan menghadapi alam remaja dengan lebih positif dan berilmu. โœจ

Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan termasuk ceramah, aktiviti berkumpulan dan kuiz interaktif yang memberi manfaat kepada para peserta. Terima kasih kepada pihak INTIMATE atas kerjasama dan sumbangan sampel pad kepada semua peserta. ๐Ÿ’–

Semoga program ini memberi kesedaran dan ilmu yang bermanfaat kepada semua murid yang terlibat. ๐ŸŒท






๐Ÿ“š Program Bimbingan Berterusan (PBB) PAPR PPKI SK Sungai TapangAlhamdulillah, pada 18 Mei 2026 Program Bimbingan Berteru...
18/05/2026

๐Ÿ“š Program Bimbingan Berterusan (PBB) PAPR PPKI SK Sungai Tapang

Alhamdulillah, pada 18 Mei 2026 Program Bimbingan Berterusan (PBB) PAPR PPKI SK Sungai Tapang telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran Puan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran serta barisan pentadbir sekolah juga semua guru-guru pendidikan khas. Ini penting bagi mendengar perkongsian ilmu daripada Ketua Pentaksir Kawasan Daerah Tumpat bersama Pentaksir Kawasan.

Program ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman serta memantapkan pelaksanaan pentaksiran agar lebih sistematik dan berkesan demi meningkatkan kualiti pendidikan khas di sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan khas. ๐ŸŒŸ๐Ÿ“–




๐ŸŒธ Sekuntum bunga, sejuta penghargaan. ๐ŸŒธPada hari ini, 17 Mei 2026, warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tapang merakamkan set...
17/05/2026

๐ŸŒธ Sekuntum bunga, sejuta penghargaan. ๐ŸŒธ

Pada hari ini, 17 Mei 2026, warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tapang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pasaraya Supermas Tumpat atas tanda ingatan sempena sambutan Hari Guru 2026 dengan penyerahan kuntuman bunga kepada semua guru SK Sungai Tapang. ๐Ÿ’

Sesungguhnya penghargaan kecil yang penuh makna ini amat menyentuh hati dan menjadi simbol kasih serta penghormatan buat insan pendidik yang sentiasa menabur bakti tanpa jemu.

โ€œGuru bukan sekadar mengajar, tetapi menyentuh kehidupan dan mencipta masa depan.โ€ โœจ

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga hubungan baik antara komuniti dan sekolah terus mekar seperti indahnya bunga yang diberi. ๐ŸŒท






โšฝ๐Ÿ† Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sungai Tapang atas kejayaan muncul Johan MSS Bola Sepa...
17/05/2026

โšฝ๐Ÿ† Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sungai Tapang atas kejayaan muncul Johan MSS Bola Sepak Zon Pengkalan Kubor 2026!

Majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Tapang, Pn. Jamilah Binti Bongsu sebagai tanda penghargaan atas semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para pemain, guru-guru serta barisan jurulatih.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat daerah selepas ini. Warga SK Sungai Tapang sentiasa mendoakan agar pasukan terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

โ€œMelangkah sebagai juara, berjuang dengan penuh semangat!โ€ ๐Ÿ’ชโšฝ๐Ÿ…

Address

Kampung Sungai Tapang
Tumpat
16200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Tapang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category