PIBG SK Termunong Tuaran

PIBG SK Termunong Tuaran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PIBG SK Termunong Tuaran, School, Peti Surat 615, Tuaran.

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PEMBUKAAN SEKOLAH 2026 ✨Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana anjuran SK Termunong ...
08/01/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PEMBUKAAN SEKOLAH 2026 ✨

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana anjuran SK Termunong bersama PIBG SK Termunong Tuaran telah berjaya dilaksanakan pada 08 Januari 2026 dengan penuh semangat kerjasama 🤝
👏 Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan sangat membanggakan. Komitmen padu daripada warga sekolah dan ibu bapa telah mewujudkan persekitaran sekolah dan kelas yang bersih, ceria dan kondusif untuk sesi persekolahan baharu.
🌱 Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru dan pihak yang terlibat. Semoga semangat gotong-royong ini terus subur demi kecemerlangan anak-anak SK Termunong.

💙 PIBG SK Termunong Tuaran
Bersama Membina Kecemerlangan Sekolah

https://www.facebook.com/share/p/17eooJAUkj/

19/10/2025
Suasana Majlis Silaturrahim AJK PIBG dan Guru SK Termunong yang diadakan di Borneo Mangrove Tuaran pada 21hb Disember 20...
21/12/2024

Suasana Majlis Silaturrahim AJK PIBG dan Guru SK Termunong yang diadakan di Borneo Mangrove Tuaran pada 21hb Disember 2024.

PIBG dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke majlis silaturrahim ini. Melalui majlis ini, kita boleh bersama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan ibu bapa.

Semoga ukhwah yang terjalin kekal buat selamanya (y)



Mesyuarat Persiapan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Termunong TuaranPada 2 Disember 2024, Mesyuarat Persiapan Sam...
02/12/2024

Mesyuarat Persiapan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Termunong Tuaran

Pada 2 Disember 2024, Mesyuarat Persiapan Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat SK Termunong Tuaran telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Murni Madran, Penolong Kanan Pentadbiran SK Termunong Tuaran. Turut hadir ialah Encik Hasranizam Bin Haji Kiran, Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Zulkhairi Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum, serta barisan AJK PIBG.

Mesyuarat bertujuan membincangkan persediaan dan atur cara sambutan yang dirancang untuk menceriakan para murid. Antara agenda utama adalah memastikan kelancaran program, penglibatan semua pihak, serta pengisian aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Gambar-gambar sekitar mesyuarat:

1. Ucapan pembukaan oleh Puan Murni Madran

2. Diskusi interaktif antara pihak pentadbiran dan PIBG

3. Cadangan aktiviti oleh Encik Hasranizam Bin Haji Kiran

4. Penglibatan aktif barisan AJK PIBG dalam perbincangan

Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak mencerminkan kesungguhan dalam menjayakan Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat SK Termunong Tuaran, yang pastinya akan memberi kenangan manis kepada murid-murid.

Kredit Gambar: En Jumar

22/11/2024

Penyerahan sumbangan sekolah dan PIBG kepada Adik Norsyahrul Ikhbal yang akan bertanding dalam Kejohanan X-Ragbi Kebangsaan Komodo 7s 2024 yang akan diadakan di Padang SM La Salle Kota Kinabalu bermula 23hb sehingga 24hb November. Pihak Sekolah dan PIBG SK Termunong Tuaran mendoakan kejayaan buat Adik Norsyahrul Ikhbal dalam kejohanan tersebut. Admin akan cuba menyiarkan siaran langsung pertandingan yang melibatkan adik Ikhbal.

03/08/2024

Penyerahan sumbangan sekolah dan PIBG kepada Adik Adrianah Shakieyrah yang akan bertanding dalam 6th International Heros Taekwondo Cup 2024 yang akan diadakan di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur bermula 29 Julai sehingga 2 Ogos. Pihak Sekolah dan PIBG SK Termunong Tuaran mendoakan kejayaan buat Adik Adrianah dalam kejohanan tersebut.

Address

Peti Surat 615
Tuaran
89208

Telephone

+6088791755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Termunong Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PIBG SK Termunong Tuaran:

Shortcuts

Share

Category