Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran Laman Rasmi Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Tuaran

26/05/2026

~Takbir raya dari warga SRIAHT~

“Membina Generasi Al-quran”

~ Di sebalik takbir yang bergema,tersimpan seribu makna pengorbanan dan keikhlasan.Semoga Aidiladha kali ini mengajar ki...
26/05/2026

~ Di sebalik takbir yang bergema,
tersimpan seribu makna pengorbanan dan keikhlasan.
Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti reda, syukur dan kasih sesama insan ~

Selamat Hari Raya Aidiladha dari warga SRIAHT ❤️

“Membina Generasi Al-Quran”

Alhamdulillah. Tahniah buat 18 murid Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran yang mendapat tempat kelima dalam pertandinga...
23/05/2026

Alhamdulillah.

Tahniah buat 18 murid Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran yang mendapat tempat kelima dalam pertandingan Tuaran District Primary School Choral Speaking Competition.

Pertandingan ini melibatkan 5 buah sekolah di daerah Tuaran. Terima kasih kepada pihak penganjur SJKC Chung Hwa atas peluang dan pengalaman yang sangat bermakna.

Tahniah atas usaha dan komitmen guru dan murid dalam persembahan yang membanggakan. Syabas semua!

“Membina Generasi Al-Quran”

CHECKLIST ZULHIJJAH 1447 / 2026Marilah kita bersama-sama merebut kelebihan sepuluh hari terawal Zulhijjah yang merupakan...
22/05/2026

CHECKLIST ZULHIJJAH 1447 / 2026

Marilah kita bersama-sama merebut kelebihan sepuluh hari terawal Zulhijjah yang merupakan antara hari paling utama untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara amalan yang dianjurkan:
▪️ Memperbanyakkan puasa sunat
▪️ Memperbanyakkan zikir, takbir dan doa
▪️ Membaca al-Quran serta bersedekah
▪️ Melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan
▪️ Menghidupkan Hari Arafah dan hari-hari Tasyrik dengan amal soleh

Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan dikurniakan keberkatan, keampunan serta rahmat-Nya.

“Membina generasi Al-Quran”

🌸 SAMBUTAN HARI GURU 2026 🌸Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran tahun 2026 ...
19/05/2026

🌸 SAMBUTAN HARI GURU 2026 🌸

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh makna hasil kerjasama serta kendalian daripada para alumni sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua guru yang telah mendidik, membimbing serta mencurahkan ilmu tanpa mengenal penat lelah. Jasa dan pengorbanan guru akan sentiasa terpahat dalam hati setiap anak didik.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berterusan dan melahirkan generasi yang berjaya di dunia dan akhirat. Terima kasih cikgu, insan yang sentiasa sabar mendidik dan membentuk masa depan kami. 💐✨

📚 Slogan Hari Guru 2026:
“Guru Bitara,Nadi Negara”

“Membina Generasi Al-Quran”

15/05/2026
CERAMAH MOTIVASI 'LAKAR IMPIAN 1.0', PROGRAM KECEMERLANGAN SRIAHT 2026*📌 Tarikh / Hari : *08 Mei 2026 | 20 Zulkaedah 144...
13/05/2026

CERAMAH MOTIVASI 'LAKAR IMPIAN 1.0', PROGRAM KECEMERLANGAN SRIAHT 2026*

📌 Tarikh / Hari : *08 Mei 2026 | 20 Zulkaedah 1447H | Jumaat*
📌 Masa : *9.00 pagi*
📌 Tempat : *Dewan Al-Hafidz, SRIAHT*
📌 Peserta : *Murid Tahun 4, 5, dan 6*
📌 Penceramah : *En. Mohd. Jikiri bin Arabi (GBK SK Pekan Tenghilan)*

*Membina Generasi Al-Quran*

*[KEJOHANAN RAGBI RIMAU MSSD TUARAN 2026]*Assalamualaikum WBT. Telah berlangsung Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Tuaran tahun...
05/05/2026

*[KEJOHANAN RAGBI RIMAU MSSD TUARAN 2026]*

Assalamualaikum WBT.

Telah berlangsung Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Tuaran tahun 2026 di padang IPGM Kampus Kent Tuaran. Kejohanan yang berlangsung pada 28 Mei 2026 telah disertai oleh pasukan Al-Hafidz Warrior yang terdiri daripada murid-murid tahun 4,5 dan 6 SRIAHT.

Alhamdulillah, Al-Hafidz Warrior telah mendapat pingat gangsa dalam kejohanan ini apabila telah mendapat 2 kemenangan dan 3 kekalahan sepanjang sehari kejohanan ini berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan Al-Hafidz Warrior atas pencapaian yang cemerlang ini.

Terima kasih diucapkan kepada para guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan buat pasukan Al-Hafidz Warrior.
: Membina Generasi Al-Quran :.

Alhamdulillah, sesi lawatan kerja oleh Tuan Inspektor Fazrezan bin Abdul Hamid, Sub Inspektor Wan Nasiruddin bin Pa'Wan ...
02/05/2026

Alhamdulillah, sesi lawatan kerja oleh Tuan Inspektor Fazrezan bin Abdul Hamid, Sub Inspektor Wan Nasiruddin bin Pa'Wan Teh, dan Kopral A. Razak bin Suliman, daripada Cawangan Khas PDRM IPD Tuaran ke Sek. Ren. Islam Al-Hafidz Tuaran pada jam 10.00 pagi, 30 Mei 2026 (Khamis) berjalan dengan baik, mesra dan harmoni.

Profil sekolah, guru, kakitangan, murid dan laporan kewangan iaitu dapatan pendapatan, kos perbelanjaan bulanan dan sumbangan telah dibentangkan oleh Mudir Ustaz Abdul Hafiz bin Yusop.

Pihak Cawangan Khas IPD Tuaran berpuas hati dgn penerangan dan penjelasan yang telah diberikan oleh Mudir SRIAHT dan melantik Kpl A. Razak sebagai PPS SRIAHT atas permintaan pihak sekolah.

Pihak sekolah dinasihatkan untuk menjaga kepercayaan yang telah diberikan oleh masyarakat untuk tidak terlibat dengan aktiviti politik, ajaran sesat, serta apa-apa sentimen negatif yang boleh menganggu-gugat keharmonian masyarakat setempat.

Setelah makan tengah hari, pegawai dan anggota dibawa melawat kawasan sekolah, kelas, dan beramah mesra bersama guru, murid dan kakitangan, sebelum pulang ke IPD Tuaran lebih kurang jam 1.30 petang.

*[KEJOHANAN RAGBI RIMAU SELUPOH7S PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026]*Assalamualaikum WBT. Pada 25 & 26 April 2026, Sekolah...
27/04/2026

*[KEJOHANAN RAGBI RIMAU SELUPOH7S PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026]*

Assalamualaikum WBT.

Pada 25 & 26 April 2026, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran (SRIAHT) telah menyertai Kejohanan Ragbi Rimau Selupoh7s Peringkat Kebangsaan tahun 2026 di padang IPGM Kampus Kent, Tuaran. SRIAHT telah menghantar pasukan Al-Hafidz Warrior untuk bertanding pada pertandingan Ragbi Rimau bawah 12 tahun.

Al-Hafidz Warrior yang dibarisi oleh 12 orang murid dari kelas tahun 4,5, dan 6 telah muncul sebagai pemenang tempat ketiga pada peringkat kumpulan dan sekali gus layak ke peringkat Separuh Akhir Bowl. Saingan sengit di antara kedua pasukan pada peringkat separuh akhir dan pasukan Al-Hafidz Warrior unggul sebagai pemenang setelah wisel penamat dibunyikan. Namun, mereka harus akur apabila tewas di tangan lawan pada saingan peringkat akhir, dan seterusnya dinobatkan sebagai Naib Johan Bowl pada kejohanan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mewakili SRIAHT pada kejohanan ini.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur kejohanan, barisan pengadil dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan dan dukungan kepada The Warriors.

Semoga pembangunan sukan ragbi rimau semakin pesat di bumi SRIAHT khasnya dan tanahair Sabah amnya.
: Membina Generasi Al-Quran :.

Address

Tuaran
89208

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share