SMK Badin Tuaran

SMK Badin Tuaran FACEBOOK RASMI:
SMK BADIN TUARAN
PETI SURAT 149, 89208 TUARAN, SABAH. Info rasmi sekolah, aktiviti & hebahan terkini. Prancis Airon. Di S.M.K.

Ditubuhkan sejak 1967.
✉️ [email protected] | ☎️ 088-788357 Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh yang bernama Orang Kaya Kaya Badin. Tokoh ini dikatakan telah banyak berjasa kepada penduduk sekitar Tuaran. Asasnya Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran telah wujud semenjak tahun 1967. Namun pada masa tersebut sekolah ini dikenali sebagai Government Junior Secondary School, Tuara

n. Sekolah ini beroperasi dan menumpang di bangunan sekolah Rendah Pekan Tuaran. Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 47 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 9 orang. Menurut catatan sejarah, pengetua pertama sekolah ini ialah En. Menjelang tahun 1973 selaras dengan pertambahan bilangan pelajar maka bangunan Sekolah Kebangsaan Chen Sin yang berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tuaran terpaksa dipinjamkan bagi menenpatkan pelajar tingkatan satu dan kelas peralihan. Pada tahun 1974 tapak bangunan tetap Sekolah Menengah Badin siap dibina, atas keperihatian pihak kerajaan terhadap kepentingan pelajar kaum bumiputera. Perbelanjaan pembinaan bangunan S.M.K. Badin telah menelan belanja sebanyak RM1.5juta. Blok-blok bangunan yang telah siap dibina adalah 2 buah bangunan Asrama, (blok bangunan lelaki dan perempuan), bangunan Sri Malinja, bangunan Sri Andalas dan bangunan yang menempatkan koperasi dan kantin sekolah. Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan pelajar telah bertambah melebihi seribu orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 90% terdiri dari kaum bumiputera. Manakala tenaga pengajarnya adalah seramai 40 orang. Tingkatan-tingkatan yang ditawarkan di sekolah ini adalah tingkatan satu hingga tngkatan lima. Tahun demi tahun bangunan telah bertambah bagi menampung sejumlah pelajar yang kian meningkat. Maka pada tahun 1985, dua buah bangunan telah dibina iaitu Sri Wangi dan Bangunan Kilat. Walau bagaimanapun, bangunan Sri Wangi hanya dapat berfungsi sepenuhnya pada tahun 1987. Pada masa tersebut, sekolah ini telah mula mengadakan dua sesi persekolahan. Sesi persekolahan pagi adalah terdiri daripada tingkatan 3, 4, dan tingkatan 5. Manakala sesi petang p**a melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2. Bilanagan tenaga mengajar adalah seramai 60 orang. Pada tahun 1997, satu lagi perubahan yang dilakukan di sekolah ini ialah kelas tingkatan 6 telah dibuka, dan menyebabkan kelas tungkatan 3 telah dipindahkan ke sesi petang. Ini bermakna kelas sesi pagi terdiri daripada tingkatan 4, 5, 6 bawah dan 6 atas. Manakala sidang petang terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3. Terdapat banyak perubahan yang berlaku pada tahun 2003 sehingga tahun 2006. Yang pertama ialah pembinaan Anjung Gemilang, makmal komputer, ruang legar dan surau. Bangunan Kilat p**a telah dirobohkan. Badin terdapat 33 buah taman. Antaranya ialah taman Orkid, taman 3k, taman Patriotik, taman Kasih Resos, taman Sains dan taman Minda LK.

20/08/2026

MAJLIS PENGHARGAAN MANTAN JPTE & WATIKAH PELANTIKAN JPTE BAHARU BERJAYA DILAKSANAKAN

Selesai sudah majlis penghargaan dan penyampaian watikah pelantikan yang bertempat di Bilik Nyala. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, barisan Pentadbir, guru-guru, serta semua ahli JPTE yang hadir memeriahkan majlis.

Terima kasih atas segala khidmat bakti buat mantan ahli JPTE, dan selamat bertugas buat barisan kepimpinan JPTE yang baharu!
: BADIN HEBAT, BADIN FLY HIGH! :.

20 OGOS 2026  |  PLC : ANALISIS DATA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 - SMK BADIN SMK Badin terus komited memperkasa kecem...
20/08/2026

20 OGOS 2026 | PLC : ANALISIS DATA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 - SMK BADIN

SMK Badin terus komited memperkasa kecemerlangan akademik melalui analisis data, perkongsian profesional dan intervensi yang strategik.

Sesi PLC bersama Encik Anuar bin Ag Ismail, Pegawai Cemerlang SISC+ PPD Papar, memberi fokus kepada analisis pencapaian murid berdasarkan data Peperiksaan Percubaan SPM 2026.

Perkongsian ini menjadi platform untuk mengenal pasti kekuatan, jurang pencapaian serta merangka strategi dan intervensi yang lebih berfokus demi meningkatkan prestasi murid dalam menghadapi SPM 2026.
: Badin Hebat, Badin Fly High! :.

20 OGOS 2026  |  SLOT MOTIVASI TINGKATAN 5 BERSAMA CIKGU NORHAYATI BINTI ABDUL HAKIM, GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL“Jangan ...
19/08/2026

20 OGOS 2026 | SLOT MOTIVASI TINGKATAN 5 BERSAMA CIKGU NORHAYATI BINTI ABDUL HAKIM, GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

“Jangan Berputus Asa: Terus Hadir, Terus Berjuang”

MESYUARAT PERSIAPAN PROGRAM INSPIRIA-X AI: BICARA KAJIAN TINDAKANSatu sesi perbincangan dan penyelarasan telah diadakan ...
18/08/2026

MESYUARAT PERSIAPAN PROGRAM INSPIRIA-X AI: BICARA KAJIAN TINDAKAN

Satu sesi perbincangan dan penyelarasan telah diadakan sebagai persediaan menjelang pelaksanaan INSPIRIA-X AI: Bicara Kajian Tindakan – “From Idea to Impact”.

Mesyuarat ini membincangkan persiapan, perjalanan serta penyelarasan program yang bakal mengangkat budaya kajian tindakan, inovasi dan pemanfaatan AI dalam kalangan warga pendidik.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Voo Hon Min @ Amin, Pengetua SMK Badin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Anasari Paulus, Puan Noreha, Penolong Kanan Petang, Encik Nurramdzan Ahmad Malindo, Penyelaras merangkap penceramah program, serta Puan Debby Syazia Dewi Aliyudin, SISC+ Bahasa Inggeris PPD Tuaran.

Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara SMK Badin Tuaran dan Persatuan Wanita PPD Tuaran (PEWANIS) dalam memperkasa amalan kajian tindakan daripada idea kepada impak.

Semoga program ini menjadi platform perkongsian ilmu yang bermakna dalam membantu para guru mengenal pasti masalah sebenar dalam PdP, membina idea penyelesaian, merancang intervensi yang berimpak, menganalisis data serta menghasilkan kajian tindakan yang berkualiti.
: BADIN HEBAT. BADIN FLY HIGH :.

18 OGOS 2026  |  SLOT MOTIVASI PAGI KEPADA CALON SPM DARIPADA PENOLONG KANAN KOKURIKULUMFormula 5S: Rahsia Mencapai Keja...
17/08/2026

18 OGOS 2026 | SLOT MOTIVASI PAGI KEPADA CALON SPM DARIPADA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Formula 5S: Rahsia Mencapai Kejayaan Hakiki

Kejayaan tidak datang secara kebetulan, ia bermula dengan strategi dan amalan yang betul. Terapkan amalan 5S ini dalam kehidupan seharian anda:

▪️Sendiri berubah ke arah kebaikan – Kejayaan sebenar bermula dari dalam diri. Jadilah versi terbaik diri anda setiap hari.

▪️Sikap positif – Minda yang positif membuka jalan dan membolehkan anda melihat peluang di sebalik setiap cabaran.

▪️Strategi untuk berjaya – Niat tanpa perancangan hanyalah angan-angan; susun langkah dan bertindak secara bijak.

▪️Sayangkan masa – Masa adalah aset paling berharga. Manfaatkan setiap detik untuk perkara yang memberi nilai.

▪️Sungguh-sungguh dalam berusaha – Berikan komitmen sepenuh hati. Usaha yang gigih tidak akan pernah mengkhianati hasil.
: BADIN HEBAT, BADIN FLY HIGH! :.

SIMPOSIUM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BESTARI GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kep...
17/08/2026

SIMPOSIUM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BESTARI GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Izzuddin Redzuan, murid Tingkatan 4 STEM A dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Badin, atas kejayaan terpilih menyertai Simposium Pembimbing Rakan Sebaya Bestari Generasi Madani Peringkat Kebangsaan 2026.

Pemilihan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila Izzuddin berjaya terpilih sebagai 1 daripada 10 peserta terbaik daripada 240 peserta selepas mengikuti Kursus PRS selama 3 hari di peringkat Negeri Sabah.

📅 17 – 19 Ogos 2026
📍 Ayer Keroh, Melaka

Simposium yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini menjadi wadah untuk menggilap bakat, memperkukuh nilai kepimpinan, membina kemahiran sosial serta mencabar keupayaan murid dalam membentuk karakter dan jati diri Generasi Madani.

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin kepada Izzuddin untuk terus melangkah lebih jauh, menjadi pemimpin muda yang berani, yakin dan mampu memberi impak positif kepada rakan sebaya serta komuniti sekolah.
: BADIN HEBAT, BADIN FLY HIGH! :.

TAHNIAH BUAT WARGA SMK BADIN! Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Tuan Pengetua, barisan pentadbir ...
15/08/2026

TAHNIAH BUAT WARGA SMK BADIN!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Tuan Pengetua, barisan pentadbir serta seluruh warga SMK Badin atas komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan dalam meningkatkan mutu sekolah.

Tahniah atas pemilihan SMK Badin sebagai salah sebuah sekolah bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035: Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah Bawah Reformasi Sekolah.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan kerana sekolah telah menepati kriteria yang ditetapkan dalam Penataran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti (SK@S) dan Reformasi Pendidikan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah dengan lebih yakin, bersatu hati dan beriltizam memberikan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah dan anak-anak didik.
: BADIN HEBAT, BADIN FLY HIGH! :.

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS SABAH KALI KE-14 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan pengalaman y...
14/08/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS SABAH KALI KE-14 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan pengalaman yang manis.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh kontijen Pendidikan Khas SMK Badin yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang kejohanan. Bukan sekadar mengejar kemenangan, setiap langkah, usaha dan keberanian yang ditunjukkan telah membuktikan bahawa tiada batasan usaha untuk mencipta kejayaan.

Terima kasih juga kepada guru-guru, PPM, MBPK serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan penyertaan kontijen SMK Badin.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah, membina keyakinan dan terus menyemarakkan semangat untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
: BADIN HEBAT, BADIN FLY HIGH! :.

Address

Peti Surat 149
Tuaran
89208

Telephone

+6088788357

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Badin Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Badin Tuaran:

Shortcuts

Share

Category