31/05/2025
Salam Malaysia MADANI π²πΎβ€οΈ
Saya ingin merakamkan selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia Advance Care Responder (MACR) yang mewakili KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ke Pertandingan EMS Eropah 2025 yang akan berlangsung pada 2-4 Jun nanti di Stockholm, Sweden.
6 orang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) β Khairul Nasrullah, Muhamad Syahir, Muhammad Arif, Muhammad Zal Maula, Md Safwan Latif dan Zulfiftri β akan menggalas amanah negara dalam mempersembahkan kecekapan sistem respons kecemasan Malaysia di pentas antarabangsa.
Penyertaan ini bukan sahaja mengiktiraf kemahiran teknikal dan profesionalisme tinggi petugas kita, malah membuktikan bahawa Malaysia bersedia tampil sebagai peneraju dalam bidang perubatan kecemasan serantau dan global.
Teruskan perjuangan dengan penuh semangat! Kami semua berdiri teguh menyokong kalian. πͺππ