Sekolah Agama Suria Tuaran Sabah

Sekolah Agama Suria Tuaran Sabah Sekolah Agama Suria Di Hatiku

TRANSFORMASI TERAS AKADEMIK Sekolah Agama Suria terus melangkah ke hadapan menerusi Projek Intervensi Program Kelayakan ...
14/07/2026

TRANSFORMASI TERAS AKADEMIK
Sekolah Agama Suria terus melangkah ke hadapan menerusi Projek Intervensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang memfokuskan kepada:

๐Ÿ“š Bengkel Training of Trainers (ToT) Pedagogi Matematik Berimpak Tinggi
๐Ÿ’ป Bengkel Pedagogi PLC ICT Matematik
๐Ÿ’ก Program Math Smart
๐Ÿ“ฑ Modul Digital Sekolah

Program ini bertujuan memperkukuh profesionalisme warga pendidik, memperkasakan amalan pedagogi berimpak tinggi serta membudayakan inovasi dan pendigitalan dalam pendidikan. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, sekali gus menyokong kecemerlangan akademik murid secara menyeluruh.

Semoga setiap usaha yang dilaksanakan menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya pembelajaran yang lebih inovatif, berkesan dan cemerlang, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.


AlhamdulillahTahniah pasukan bola baling yang telah berjaya mendapat tempat Johan dalam kejohanan bola baling MSSD Tuara...
09/07/2026

Alhamdulillah

Tahniah pasukan bola baling yang telah berjaya mendapat tempat Johan dalam kejohanan bola baling MSSD Tuaran 2026.

Mohammad Adief Naufal bin Latin telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dan Arshad Humaidi bin mohd Hafiz merupakan penjaga gol terbaik bagi kejohanan kali ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Empat orang murid yang telah berjaya mewakili daerah Tuaran ke peringkat Negeri iaitu Khairy Mikail, Mohammad Adief Naufal, Arshad Humaidi dan Mohammad Arzaqi Rifdi.

Pihak Sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan Tahniahโœจ

โค๏ธ.

Alhamdulillah.Buat pertama kalinya Sekolah Agama Suria telah menghantar 1 pasukan boling tenpin ke MSSD Tuaran yang tela...
08/07/2026

Alhamdulillah.
Buat pertama kalinya Sekolah Agama Suria telah menghantar 1 pasukan boling tenpin ke MSSD Tuaran yang telah diadakan pada 01 Julai 2026 bertempat di KK Galaxy Bowl Centre Point.

Penyertaan sulung ini melibatkan 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.

Adik Nurkayyisa Mardhiyah binti Rosdy telah mendapat tempat ke-5 dalam acara individu.

Adik Nurkayyisa Mardhiyah binti Rosdy dan adik Zara Aleesya binti Zahirul Anwar telah mendapat tempat ke-4 bagi kategori beregu perempuan.

Pasukan perempuan telah mendapat tempat ke-4 secara keseluruhannya.

Pencapaian ini amat membanggakan pihak sekolah.

Tahniah diucapkan.

*ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡*Sekalung Tahniah diucapkan kepada:1. *Zara Annur Fasihah Binti Asrie* atas kejayaan mer...
17/06/2026

*ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡*

Sekalung Tahniah diucapkan kepada:

1. *Zara Annur Fasihah Binti Asrie* atas kejayaan meraih *Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tuaran*

2. *Mohamad Aqmar Asfa bin Mohammad Firdaus* atas pencapaian *Tempat Kelima dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Madani Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tuaran.*

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengasah bakat, meningkatkan keyakinan diri, dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Syabas dan teruskan mengharumkan nama *Sekolah Agama Suria Tuaran*.

Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada *ibu bapa* yang banyak memberi sokongan kepada anak-anak. Sesungguhnya komitmen yang ditunjukkan menjadi pembakar semangat kepada mereka.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada guru pembimbing yang telah bertungkus-lumus melatih dan membimbing murid-murid. Semoga kejayaan hari ini akan menjadi pembakar semangat murid-murid untuk mengapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

โค๏ธ

Tahniah Wira & Wirawati SAS๐Ÿ…Alhamdulillah. Sekalung tahniah diucapkan kepada atlet-atlet Sekolah Agama Suria atas pencap...
18/05/2026

Tahniah Wira & Wirawati SAS๐Ÿ…

Alhamdulillah. Sekalung tahniah diucapkan kepada atlet-atlet Sekolah Agama Suria atas pencapaian cemerlang dalam MSS Zon Sulaman 2026 bagi acara padang.

Keputusan membanggakan yang telah diraih:

๐Ÿฅ‡ Lompat Tinggi (Lelaki)
Khairy Mikhail Khairul Anuar โ€” EMAS

๐Ÿฅ‡ Lompat Jauh (Lelaki)
Khairy Mikhail Khairul Anuar โ€” EMAS

๐Ÿฅˆ Lompat Tinggi (Perempuan)
Ana Sumayyah Arham Saufi โ€” PERAK

๐Ÿฅ‰ Lompat Jauh (Perempuan)
Khadijah Marjawan โ€” GANGSA

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi atlet serta bimbingan padu semua guru. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Syabas dan teruskan kecemerlangan! ๐Ÿ’ชโœจ

๐ŸŒŸ *Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas!* ๐ŸŒŸDiucapkan kepada semua peserta Sekolah Agama Suria atas pencapaian cemerlang dal...
10/05/2026

๐ŸŒŸ *Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas!* ๐ŸŒŸ

Diucapkan kepada semua peserta Sekolah Agama Suria atas pencapaian cemerlang dalam *Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam (PEMANIS) 2026*.

โœจ Pencapaian ini membuktikan komitmen, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid dengan sokongan berterusan daripada guru serta ibu bapa. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

๐Ÿ“Œ *KEPUTUSAN PEMANIS PERINGKAT BAHAGIAN ZON BARAT SABAH TAHUN 2026*

๐Ÿ—“ Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ข Masa : 7.30 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat : Dewan SMK Petagas

๐Ÿ“– *Tilawah Al-Quran*
*Kategori : Perempuan*
๐Ÿฅ‰ Hanan Husna Binti Abdul Basit

๐Ÿ“– *Hafazan*
*Kategori : Lelaki*
๐Ÿฅ‡ Khairy Mikhail Bin Khairul Anuar

๐Ÿ‘ฆ Lelaki : 1
๐Ÿ‘ง Perempuan : 1
๐Ÿ“Š Jumlah : 2

โค๏ธ

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Suria Datuk Hajah Raya Erom merangkap Lembaga Pengelola Sekolah mengadakan majlis mera...
03/05/2026

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Suria Datuk Hajah Raya Erom merangkap Lembaga Pengelola Sekolah mengadakan majlis meraikan 3 orang guru pelatih dari IPG Kampus Kent yang akan menamatkan latihan mengajar mereka pada 08 Mei 2026.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Hajah Raya atas kesudian meraikan guruยฒ ini.

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Sekolah Agama Suria atas pencapaian dalam  Program Peng...
03/05/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Sekolah Agama Suria atas pencapaian dalam Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam (PEMANIS) Peringkat Daerah Tuaran 2026 Keputusan PEMANIS Peringkat 2 Daerah Tuaran Tahun 2026 (Sekolah Rendah) yang telah dilaksanakan pada 2 Mei 2026, (Sabtu) di SMK & SK Pekan Telipok Tuaran.

๐Ÿ’ชKejayaan ini adalah hasil usaha gigih murid, bimbingan guru serta sokongan padu ibu bapa. Semoga terus cemerlang dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. ๐ŸŒŸ

KEPUTUSAN PEMANIS PERINGKAT 2 DAERAH TUARAN TAHUN 2026 SEKOLAH RENDAH

๐Ÿ“*TILAWAH AL-QURAN*

*Kategori : lelaki*

1. Mohamad Aflah Bin Mohamad Ashraf 4๏ธโƒฃ

*Kategori : Perempuan*

1. Hanan Husna Binti Abdul Basit ๐Ÿฅ‡
2. Zara Annur Fasihah Binti Asrie ๐Ÿฅˆ
3. Nusaibah Binti Huzaime ๐Ÿฅ‰

๐Ÿ“*HAFAZAN*

*Kategori : lelaki*

1. Khairy Mikhail bin Khairul Anuar ๐Ÿฅ‡
2. Adam Harith bin Ahmad Khiril Azam ๐Ÿฅˆ
3. Muhammad Kazim Safwan bin Muchammad Akhbar 5๏ธโƒฃ

*Kategori : Perempuan*

1. Suffy Jacquelynna binti Khairul Anuar ๐Ÿฅˆ

Lelaki : 4
Perempuan : 4
Jumlah penyertaan murid : 8 orang

Tahniah.

โค๏ธ

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah (KOTSAS) 2026 Kejohanan ...
26/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah (KOTSAS) 2026 Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah (KOTSAS) 2026 di Sekolah Agama Suria Tuaran telah berlangsung dengan jayanya semalam dalam suasana yang penuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama daripada semua warga sekolah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh dedikasi, serta barisan guru, AJK pelaksana, ibu bapa dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penaja minuman rasmi kita, K2 Life Water, atas sumbangan yang sangat bermakna dalam menyokong kelancaran kejohanan ini. Sokongan ini amat dihargai dan memberi manfaat besar kepada semua peserta dan hadirin.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam melahirkan murid yang cergas, berdaya saing dan berakhlak mulia.

Life Water ็”Ÿๅ‘ฝๆณ‰ๆบ

Address

Tuaran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Suria Tuaran Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category