Mpu1013 KK JULY 2023 - Kumpulan 2 : Scammers

Mpu1013 KK JULY 2023 - Kumpulan 2 : Scammers Mpu1013 : Kursus Penghayatan Etika & Peradaban

12/10/2023

SEPANG: Terpengaruh ajakan rakan untuk bekerja di luar negara dengan gaji lumayan menjadi detik permulaan mimpi ngeri seorang wanita apabila dikurung sindiket Love Scam di Myanmar sejak lebih setahun lalu.

https://www.kosmo.com.my/2023/08/26/wanita-hidap-fibroid-ditipu-kerja-dipaksa-jadi-scammer-di-myanmar/?utm_source=dlvr.i...
10/10/2023

https://www.kosmo.com.my/2023/08/26/wanita-hidap-fibroid-ditipu-kerja-dipaksa-jadi-scammer-di-myanmar/?utm_source=dlvr.it&fbclid=IwAR3B3COsH6pxnJOTTpyel02MbQ2RyAbUbVX0cTbkRpdSA4GgqA3KfFefpMU_aem_AW6nUEOp5UQesQsIVYnaaiTbNYu6fEzmcxITzYMB4kDITVRFj8qQHE_RazOqJMd4hqA&mibextid=Zxz2cZ

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia dipaksa menjadi sindiket scammer di Myanmar setelah ditawarkan pekerjaan sebagai penterjemah di Filipina, Jun lalu. Adik mangsa yang mahu dikenali Cik Lee, 42, berkata, kakaknya melancong ke China sebelum mengambil keputusan bekerja di Filipina selepas ditawa...

08/10/2023

📣 Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah ‘scammer’ yang memperdaya ramai mangsa.

📞 Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.



22/09/2023
20/09/2023
17/09/2023
17/09/2023

LANGKAH PENYELESAIAN JENAYAH PENIPUAN CINTA SIBER @ 'LOVE SCAMS' (290957)

Terdapat beberapa langkah penyelesaian yang boleh diambil bagi mengelakkan individu menjadi mangsa jenayah penipuan cinta siber atau sindiket ‘Love Scams’ ini. Antara langkah -langkah yang boleh diambil untuk menanganinya ialah :

1. Bersikap Terperinci atau Skeptikal: Sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan perkenalan atau perhubungan atas talian terutamanya kepada individu yang mudah meluahkan rasa cinta dan kasih secara mendalam walaupun baru memulakan perkenalan.

2. Sahkan Identiti : Jika terdapat sebarang keraguan, individu tersebut boleh meminta untuk orang yang diragui itu mengesahkkan identiti mereka dengan meminta maklumat yang lebih lanjut ataupun membuat panggilan video. Jika mereka membuat alasan atau menolak, individu itu perlulah dijauhi atas faktor keselamatan.

3. Mengadakan kempen kesedaran : Mengadakan kempen-kempen kesedaran dikalangan individu dan masyarakat sekitar tentang info penting jenayah terkini agar masyarakat sekeliling lebih peka dan dapat mengelakkan diri mereka dari menjadi mangsa penipuan jenayah penipuan cinta siber.

4. Penguatkuasaan undang-undang Perlindungan : Kerajaan mungkin perlu memperkukuhkan, menggubal atau meminda undang-undang sedia ada bagi memastikan hak pengguna sentiasa terjamin bagi menangani bentuk jenayah siber yang semakin berleluasa termasuklah penipuan cinta.

5. Melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan : Individu hendaklah melaporkan kepada pihak berwajib jika timbul keraguan dan mendapati diri mereka mungkin terlibat dengan jenayah seperti ini. Dengan tindakan ini juga, ia dapat membantu pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan tindakan lanjut agar jenayah ini dapat dibanteras sebelum menjebak individu yang lain.

6. Mendapatkan Khidmat Nasihat Pakar : Individu yang mungkin telah menjadi mangsa penipuan cinta siber hendaklah mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada pakar keselamatan siber ataupun penguatkuasa undang-undang bagi mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi diri mereka dan cara memulihkan emosi dan situasi kerugian yang telah dialami.

Langkah-langkah dalam menangani jenayah penipuan cinta siber @ 'Love Scams' ini hendaklah dikenalpasti dan haruslah diambil tindakan jika seseorang individu itu mendapati dirinya berpotensi atau mungkin telah terjebak didalam jenayah tersebut. Antaranya ialah melaporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh diambil bagi mengelakkan individu lain turut terjebak dalam jenayah penipuan cinta siber @ 'Love Scams'.

KESAN JENAYAH PENIPUAN CINTA SIBER @ 'LOVE SCAMS' (290957)‘Love Scams’ atau jenayah penipuan cinta siber telah memeberi ...
17/09/2023

KESAN JENAYAH PENIPUAN CINTA SIBER @ 'LOVE SCAMS' (290957)

‘Love Scams’ atau jenayah penipuan cinta siber telah memeberi banyak kesan atau impak negatif terhadap individu, masyarakat mahupun negara kita. Antara kesan-kesan ‘Love Scams’ atau jenayah penipuan cinta siber yang dapat kita lihat ialah :

1. Masalah Emosi : Jenayah penipuan cinta siber ini boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi yang teruk kepada mangsa apabila mereka mengetahui bahawa mereka sebenarnya telah dikhianati dan seterusnya menjadi marah, kecewa dan kesedihan yang juga mampu membawa kepada kemurungan terhadap mangsa.

2. Kerugian Kewangan : Mangsa sering mengalami kerugian dari segi kewangan kerana modus operandi jenayah cinta siber ini selalunya melibatkan wang. Penjenayah mungkin akan meminta mangsa untuk mengirimkan wang kepada mereka atas pelbagai sebab contohnya seperti perbelanjaan perjalanan untuk mereka berjumpa, kecemasan atau pembiayaan perubatan. Dengan itu juga mangsa mungkin akan membuat pinjaman, menjual aset mereka atau mengeluarkan wang simpanan mereka untuk membantu penjenayah tersebut.

3. Isu Kepercayaan : Jenayah seperti ini juga boleh menghancurkan kepercayaan seseorang individu itu terhadap individu atau dikalangan masyarakat yang lain. Ini adalah kerana mangsa mungkin akan mengalami kesukaran untuk mempercayai seseorang dan mungkin sentiasa berada dalam keraguan akibat daripada trauma yang dialaminya.

4. Mengganggu Institusi Keluarga dan Masyarakat : Kadangkala mangsa jenayah ini adalah terdiri daripada individu atau masyarakat yang telah pun mempunyai keluarga. Perkara ini semestinya akan membawa kepada perpecahan dalam keluarga dimana apabila mangsa telah ‘hanyut’ dan terpedaya, hubungan suami atau isteri juga akan menjadi renggang. Ini mungkin terjadi kerana mangsa yakin bahawa hubungan ‘cinta palsu’ yang terjalin itu adalah lebih indah.

5. Menjejaskan Keselamatan Negara : Ini adalah dimana negara kita kini telah menjadi salah sebuah negara yang paling teruk terjejas keselamatannya akibat daripada penipuan internet yang berleluasa seperti jenayah penipuan cinta yang melibatkan jenayah komersil dimana penjenayah membuat penipuan demi mengaut keuntungan daripada mangsa dalam bentuk wang ataupun seksual.

Jenayah ini telah memberi banyak impak-impak negatif terhadap individu, masyarakat mahupun negara kita, Malaysia. Dengan itu, kita hendaklah sentiasa berwaspada tentang sebarang tanda amaran jenayah ini serta mengambil iktibar atas kes-kes yang berlaku agar tidak 'terpancing' dalam jenayah 'Love Scams'.

PUNCA-PUNCA JENAYAH PENIPUAN CINTA SIBER @ LOVE SCAMS (290957)Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca jenayah penipu...
16/09/2023

PUNCA-PUNCA JENAYAH PENIPUAN CINTA SIBER @ LOVE SCAMS (290957)

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca jenayah penipuan cinta siber atau lebih dikenali dengan ‘Love Scams’ semakin menjadi-jadi dan isu ini juga adalah merupakan salah satu masalah sosial yang semakin membimbangkan dinegara kita ini. Diantara faktor atau punca jenayah penipuan cinta siber atau ‘Love Scams’ ialah :

1. Kelemahan Emosi : Penjenayah biasanya akan menjadikan individu yang kesunyian dan terdesak untuk mencari pasangan sebagai sasaran utama mereka kerana individu seperti ini lebih mudah dieksploitasi perasaan mereka seterusnya terpedaya dengan penipuan tersebut.

2. Kecanggihan Teknologi : Kelajuan jaringan internet, kecanggihan teknologi dan akses-akses internet yang mudah tanpa kawalan ke seluruh negara adalah merupakan salah satu faktor yang mendorong jenayah ini semakin berleluasa di negara kita. Sebagai contoh, wujudnya banyak laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan untuk mencari jodoh secara atas talian dan kemudahan berinteraksi secara terus di pelbagai platform seperti Facebook dan Instagram.

3. Kurang Pengetahuan dan Kesedaran : Faktor kurang kesedaran mengenai isu-isu seperti ini dikalangan masyarakat dan juga pengetahuan yang kurang tentang taktik-taktik yang biasa digunakan dalam jenayah penipuan cinta siber ini juga boleh menyebabkan mangsa lebih mudah terpedaya dengan tipu helah penjenayah tersebut.

4. Pemalsuan Identiti : Fungsi kerahsiaan maklumat pengguna yang telah disediakan dalam perkhidmatan internet juga telah memberi kelebihan kepada penjenayah untuk memalsukan maklumat diri dan identiti mereka sekaligus menyukarkan mangsa untuk mengidentifikasikan kesahihan maklumat tersebut.

5. Memanipulasikan Kepercayaan : Penjenayah akan sering meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan mangsa agar dapat membina hubungan yang dikira kukuh serta memberi hadiah-hadiah kecil kepada mangsa bagi memperolehi lagi kepercayaan mereka sehinggakan mangsa sanggup memberikan apa yang penjenayah mahu kerana terlalu percaya.

Adalah penting untuk kita sentiasa peka dalam mengenalpasti punca dan taktik jenayah penipuan cinta siber atau 'Love Scam' yang kini semakin lama semakin berleluasa sebelum kita sendiri menjadi mangsa penipuan jenayah ini.

Akibat menjadi mangsa penipuan kewangan atau wang boleh menjadi sangat merosakkan dan emosi. Berikut ialah beberapa pera...
10/09/2023

Akibat menjadi mangsa penipuan kewangan atau wang boleh menjadi sangat merosakkan dan emosi. Berikut ialah beberapa perasaan yang mungkin anda rasai jika anda menjadi mangsa penipuan kewangan:

1. Kerugian Kewangan: Yang paling jelas ialah kerugian kewangan. Jika anda melakukan penipuan sedemikian, anda boleh kehilangan sejumlah besar wang. Ini boleh membawa kepada masalah kewangan yang serius.
2. Kebimbangan dan Tekanan: Menjadi mangsa penipuan boleh membawa kepada tahap kebimbangan dan tekanan yang tinggi.Anda mungkin berasa cemas, marah, atau terlalu tertekan kerana anda berasa dikhianati.
3. Malu dan Terhina: Ramai orang yang menjadi mangsa penipuan berasa malu dan berasa seperti telah jatuh ke dalam perangkap penipu. Mereka mungkin malu untuk bercakap tentang pengalaman mereka dengan orang lain.
4. Ketidakpercayaan: Selepas ditipu, anda mungkin menjadi lebih ragu-ragu terhadap tawaran atau maklumat yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali atau sumber yang tidak diketahui. Ini boleh merosakkan kepercayaan anda kepada orang lain.
5. Kesukaran mendapatkan semula dana: Dalam sesetengah kes, memulihkan dana yang hilang melalui penipuan adalah sangat sukar atau bahkan mustahil. Ini boleh menjadi sangat sukar untuk anda dari segi kewangan.
6. Membuang Masa dan Tenaga: Selain daripada wang, anda mungkin juga telah membuang banyak masa dan tenaga yang berharga untuk menangani akibat penipuan ini, seperti: B. dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan atau mengambil tindakan undang-undang.
7. Digital Insecurity: Jika maklumat peribadi anda dicuri dalam penipuan, anda mungkin berasa tidak selamat secara digital dan takut maklumat peribadi anda akan disalahgunakan.
8. Hilang Kepercayaan pada Orang Lain: Kerana pengalaman buruk dengan penipu, anda mungkin sukar untuk mempercayai orang lain dan malah kehilangan kepercayaan terhadap banyak tawaran atau peluang yang sebenarnya sah.

Ingat: Bukan salah anda bahawa anda menjadi mangsa penipuan. Penipu selalunya sangat mahir dalam memanipulasi orang dan mencipta situasi yang kelihatan sah. Langkah pertama selepas menjadi mangsa penipuan ialah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan bercakap dengan seseorang yang boleh memberi anda sokongan emosi dan nasihat undang-undang. Selain itu, anda boleh belajar untuk melindungi diri anda daripada penipuan masa hadapan dengan menjadi lebih berhati-hati dan berhati-hati tentang tawaran yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.

Penipuan kewangan boleh datang dari sumber yang berbeza dan mempunyai motif yang berbeza. Berikut adalah beberapa punca ...
10/09/2023

Penipuan kewangan boleh datang dari sumber yang berbeza dan mempunyai motif yang berbeza. Berikut adalah beberapa punca biasa penipuan kewangan:
1. Keinginan untuk Keuntungan Pantas: Banyak penipuan dilakukan oleh orang yang ingin mengaut keuntungan cepat tanpa sebarang usaha yang jujur. Mereka menipu orang lain dengan tawaran pelaburan palsu, pelan lumayan atau peluang perniagaan palsu.
2. Phishing: Penipuan pancingan data biasanya dilakukan melalui e-mel palsu, mesej teks atau tapak web yang menyamar sebagai institusi kewangan atau syarikat yang sah. Penjenayah cuba mendapatkan maklumat peribadi seperti nombor kad kredit atau kata laluan akaun bank.
3. Skim Ponzi: Dalam skim Ponzi, keuntungan dibayar kepada pelabur sedia ada menggunakan wang pelabur baru. Sistem sedemikian akhirnya akan gagal kerana tiada wang akan mengalir ke syarikat yang sah.
4. Pelaburan palsu: Penipu sering menawarkan pelaburan palsu dengan janji pulangan yang tinggi. Mereka mungkin mendakwa bahawa pelaburan itu selamat atau menawarkan peluang perniagaan yang menjanjikan sedangkan sebenarnya ini tidak berlaku.
5. Loteri Palsu atau Hadiah: Jenis penipuan ini melibatkan mesej atau panggilan telefon yang memberitahu anda bahawa anda telah memenangi loteri atau hadiah besar. Untuk menerima ganjaran, anda mungkin diminta membayar yuran atau memberikan maklumat peribadi.
6. Penipuan Cinta: Penipuan cinta sering berlaku di platform media sosial atau tapak temu janji dalam talian.Penipu berpura-pura jatuh cinta dengan mangsa mereka dan kemudian meminta wang atas pelbagai sebab, seperti sebab kesihatan atau kewangan.Menjual barang tiruan atau tidak wujud: Sesetengah penipu menjual produk atau perkhidmatan palsu atau malah gagal menghantar barang selepas pembayaran diterima.

Address

Tuaran
89208

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 KK JULY 2023 - Kumpulan 2 : Scammers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share