SK Tinambak Tuaran

SK Tinambak Tuaran SK Tinambak didirikan pada tahun 1961 dan mula digunakan pada 01.01.1962

Tahniah kepada En Jerry Justin atas perlantikan sebagai Penolong Kanan HEM di SK Pekan Tuaran. Setinggi-tinggi pengharga...
12/08/2026

Tahniah kepada En Jerry Justin atas perlantikan sebagai Penolong Kanan HEM di SK Pekan Tuaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada cikgu Jerry atas segala sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi cemerlang sepanjang berkhidmat di SK Tinambak.

Perpindahan ini adalah satu kehilangan besar buat kami, namun kami bangga dengan pencapaian cikgu Jerry untuk terus melangkah maju dan bekerja dengan cemerlang.

Kami mendoakan agar cikgu Jerry terus maju, dipermudahkan setiap urusan, murah rezeki, sentiasa sihat dan terus sukses di sekolah baharu.

Semoga silaturahim ini akan terus terjalin. Selamat bertugas di tempat yang baharu.

Jasa baik cikgu akan terus dikenang.

02.01.2008 - 12.08.2026

Terima Kasih cikgu.

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil.3/202612 Ogos 202612.30 - 4.30ptg
12/08/2026

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil.3/2026
12 Ogos 2026
12.30 - 4.30ptg

🏆TAHNIAH KUMPULAN ABAGOS! 🏆Dengan penuh rasa syukur dan bangga, warga SK Tinambak Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi tah...
16/07/2026

🏆TAHNIAH KUMPULAN ABAGOS! 🏆

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, warga SK Tinambak Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Abagos atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kategori Mangagung sempena Karnival BKD Peringkat Zon Tenghilan 2026.

Terima kasih kepada semua murid yang telah memberikan persembahan terbaik, guru-guru pembimbing yang berdedikasi, serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi lambang semangat, perpaduan dan kecintaan terhadap warisan budaya yang perlu terus dipelihara.

Syabas dan teruskan mengharumkan nama SK Tinambak Tuaran! 👏🎉

🎉 TAHNIAH WARGA SK TINAMBAK! 🎉Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan SK Tinambak atas kejayaan meraih T...
16/07/2026

🎉 TAHNIAH WARGA SK TINAMBAK! 🎉

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan SK Tinambak atas kejayaan meraih TEMPAT KELIMA dalam Pertandingan Water Rocket Challenge (SR) Peringkat Daerah Tuaran 2026 yang telah berlangsung pada 13 hingga 14 Julai 2026 di SK Pekan Kiulu.

Tahniah dan syabas kepada dua orang murid yang telah mengharumkan nama sekolah:

🏅 Cayden Winho Winsent
🏅 Adriella Cherish Anthonius

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, disiplin, kreativiti serta semangat kerjasama mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada Puan Nor Akmalina Binti Mohamad Rosidi, selaku guru pengiring, atas dedikasi, komitmen dan bimbingan yang diberikan sepanjang latihan dan pertandingan sehingga berjaya membawa pasukan SK Tinambak mencapai kejayaan di peringkat daerah.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Guru Besar SK Tinambak atas sokongan padu, dorongan dan komitmen berterusan dalam memperkasakan program kokurikulum serta pembangunan STEM di sekolah. Sokongan kepimpinan beliau menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan murid.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Tinambak untuk terus berusaha, berinovasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.



Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Bellarina Boyd kerana telah dinobatkan Johan dalam Pertandingan Sugandoi K...
10/07/2026

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Bellarina Boyd kerana telah dinobatkan Johan dalam Pertandingan Sugandoi Karnival BKD Peringkat Zon Tenghilan 2026.

Penghargaan ini turut dizahirkan kepada Pn Maida Josephine atas usaha dan komitmen dalam membimbing serta mencungkil potensi murid.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di masa akan datang dan diucapkan tahniah sekali lagi buat Guru Besar SK Tinambak & seluruh warga sekolah atas sokongan serta kejayaan.

SEKALUNG TAHNIAH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAANSeluruh warga Sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Guru Bes...
07/07/2026

SEKALUNG TAHNIAH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Seluruh warga Sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Guru Besar atas penganugerahan sebagai Pekerja Contoh Bulan Jun 2026 oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran yang telah disampaikan oleh Tuan Krishna Ks @ Mohd Fadzli bin Haji Abd. Rozan, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Pengiktirafan ini merupakan penghormatan yang amat bermakna atas komitmen, integriti, dedikasi serta kepimpinan berwawasan yang telah dizahirkan dalam melaksanakan amanah dengan penuh kecemerlangan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan keunggulan kepimpinan seorang pemimpin pendidikan, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan berfokuskan kecemerlangan.

Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan, memacu kecemerlangan organisasi serta memperkasakan kualiti pendidikan demi manfaat murid, sekolah dan masyarakat.

07/05/2026
Antara persediaan sambutan hari keluarga
05/12/2025

Antara persediaan sambutan hari keluarga

Address

Tuaran
89208

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 11:45
14:00 - 16:00

Telephone

+6088794830

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tinambak Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Tinambak Tuaran:

Shortcuts

Share

Category