10/08/2026
KURSUS YOUNG GUARDIANS (YG) 2026 MELABUHKAN TIRAI π
Kursus Young Guardians (YG) 2026 yang berlangsung pada 7β8 Ogos 2026 di DβTuaran Homestay telah selesai dengan jayanya. Program anjuran Pasukan Young Guardians bersama Unit Kurikulum, SM Sains Sabah ini melibatkan 64 orang murid dan 17 orang guru, dengan fokus memperkasakan kepimpinan akademik melalui pendekatan βMurid Membimbing Muridβ (Peer Tutoring).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Rokiah binti Abdullah, Pengetua SM Sains Sabah, atas sokongan, bimbingan dan kepercayaan yang diberikan. Lebih bermakna, Puan Pengetua turut bersama sepanjang program berlangsung, memberikan suntikan semangat kepada guru-guru dan anak-anak Young Guardians.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Khairul Anuar bin Rahman, atas bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang berterusan dalam memastikan pelaksanaan program Young Guardians berjalan dengan baik.
Terima kasih kepada guru-guru Young Guardians atas komitmen, kerjasama dan pengorbanan dalam menjayakan kursus ini.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada PIBG SM Sains Sabah atas sumbangan dan sokongan yang diberikan serta Sabah Credit Cooperation Tuaran Sabah Credit Corporation atas sumbangan dan kesudian bersinergi bersama dalam menjayakan program ini.
Semoga Young Guardians terus memimpin, membimbing dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan, seterusnya menyemarakkan budaya kecemerlangan di SM Sains Sabah. π
SMESH! Soaring High! π