11/03/2026
“Anak saya ni tak boleh duduk diam langsung… hantar tadika nanti kacau satu kelas ke?”
Ramai ibu ayah terus cop anak 3 tahun yang aktif sebagai “hyper” atau “nakal”.
Padahal, untuk umur 3 tahun, bergerak itu FITRAH.
Yang salah selalunya bukan anak.
Yang tak kena ialah bila kita harap dia duduk statik macam orang dewasa.
Bezakan dua perkara ni:
Anak yang fitrah aktif:
– s**a berlari, panjat, lompat
– susah duduk lama, tapi boleh fokus bila tangan dan badan buat “kerja”
– bila penat, boleh reda dan ikut arahan
Anak yang betul-betul ada isu lain p**a biasanya:
– s**ar langsung fokus walaupun aktiviti menarik
– kacau orang lain tanpa henti
– tak boleh langsung ikut arahan ringkas walaupun diulang banyak kali
Di Brainy Bunch, kami anggap tenaga anak 3 tahun sebagai aset, bukan masalah.
Sebab tu kelas Montessori memang dibina untuk anak yang perlu bergerak.
Dalam kelas, mereka:
– jalan atas garisan, bawa tray, angkat dan susun blok
– tuang air, lap tumpahan, sapu lantai kecil, siram pokok
– ulang alih apparatus dari rak ke meja dan kembali semula
Semua ni ialah movement yang bagi outlet sihat untuk tenaga dia, sambil latih fokus, koordinasi, dan kawalan badan.
Outdoor time p**a bukan sekadar “lepaskan budak”.
Ada lari, lompat, merangkak, seimbangkan badan, main berkump**an.
Bila otot besar puas bekerja, masa masuk kelas dia jauh lebih senang duduk dan ikut aktiviti.
Ramai ibu ayah terkejut bila lepas beberapa bulan, cikgu lapor:
“Awak punya anak ni sebenarnya sangat bagus fokus bila buat kerja tangan.”
Sama anak yang di rumah tak berhenti melompat atas sofa.
Anak 3 tahun aktif bukan alasan untuk TANGGUH tadika.
Selalunya, dialah yang paling banyak dapat manfaat bila diberi environment yang betul untuk salurkan tenaga.
Daftarlah anak ke tadika sekarang, umur 3 tahun masa paling sesuai. Pendaftaran kita dibuka sepanjang tahun.