Tuisyen Miss Mid

Tuisyen  Miss Mid Tuisyen Miss Mid menawarkan perkhidmatan tuisyen online dan fizikal (Tahun 1 - Tingkatan 5). Fokus kepada Matematik , Sains, Fizik dan Kimia.

Sesi PnP direka khusus berdasarkan subjek dan tahap pelajar .

BELAJAR BETUL BETULKelas pertama Miss Mid selalunya akan dimulakan dengan tazkirah pendek.Bukan bebelan cuma nasihat pen...
25/06/2025

BELAJAR BETUL BETUL

Kelas pertama Miss Mid selalunya akan dimulakan dengan tazkirah pendek.
Bukan bebelan cuma nasihat penuh kasih sayang untuk adik2 TMM memaksimakan waktu belajar dengan Miss Mid.
Jangan malu nak bertanya.
Jangan malu kalau tak faham juga walau Miss Mid dah terangkan.
Sebabnya,Miss Mid percaya dan yakin;
" Lain padang, lain belalang"
Kaedah penyampaian untuk setiap murid itu tidak semestinya sama.

Itu sebabnya waktu Master Pendidikan di UKM , Miss Mid pilih Kurikulum dan Pedagogi. Sebab Miss Mid belajar kejuruteraan sewaktu degree , tak belajar kaedah pedagogi.
Banyak yang Miss Mid belajar walaupun cuma Master 2 tahun. Tak sabar hendak mengamalkan apa hang telah dipelajari.

Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

Nak join Tuisyen Miss Mid, boleh call nombor dibawah 👇👇😊😊

MISS MID KEMBALI LAGILama sebenarnya menyepi Miss MidAlhamdulillah, ada sahaja parents yang mesej bertanya tak buat Tuis...
24/06/2025

MISS MID KEMBALI LAGI

Lama sebenarnya menyepi Miss Mid
Alhamdulillah, ada sahaja parents yang mesej bertanya tak buat Tuisyen lagi ke ?
Miss Mid seronok sangat sebenarnya bila dapat pertanyaan sebegitu.
Kenapa Miss Mid lama menyepi?
Sebab utama Miss Mod fokus untuk menghabiskan Master Miss Mid selain belajar menyesuaikan diri untuk menggalas tugas sebagai Research Officer di UTP.
Alhamdulillah, November lepas Miss Mid telah berjaya menggenggam segulung ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum&Pedagogi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM .
Alhamdulillah juga projek konsultansi di UTP sudah hampir ke penghujung, jadi Miss Mid ada waktu untuk membuka semula Tuisyen Miss Mid.
Imsha Allah, dalam minggu ini akan mulakan gerak kerja untuk mewarwarkan kelas yang akan dibuka Julai inj.
Tolong doakan semuanya berjalan lancar ya

Miss Mid

Antara kelas terawal Tuisyen Miss MidMatematik Darjah 2Semua pakai topi pelindung atas kepalaKelas tuisyen waktu PKPRind...
02/07/2024

Antara kelas terawal Tuisyen Miss Mid
Matematik Darjah 2
Semua pakai topi pelindung atas kepala
Kelas tuisyen waktu PKP
Rindu sungguh dengan suasana ini
Bukan suasana PKP, mintak simpang
Tapi rindu dengan suasana budak-budak datang ke rumah untuk menuntut ilmu
Semua yang dalam gambar ini rasanya dah Darjah 5 atau Darjah 6, sebab campur usia.

Insha Allah, soon Tuisyen Miss Mid akan mulakan perjalanan baru.
Kita buka kelas tuisyen di rumah Seri Iskandar.
Allahumma Yassir Wa'la Tua'ssir
♥️♥️♥️

Berita baik untuk warga Daerah Bagan Datuk dan sekitarnya. PERKESO bersama Politeknik Bagan Datuk akan menganjurkan ‘FIE...
22/05/2024

Berita baik untuk warga Daerah Bagan Datuk dan sekitarnya.
PERKESO bersama Politeknik Bagan Datuk akan menganjurkan
‘FIESTA PERKESO PRIHATIN BERSAMA POLITEKNIK BAGAN DATUK’

*Tarikh : 1 Jun 2024 (Sabtu)*
*Tempat : Politeknik Bagan Datuk*
*Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang*

Rebut peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti berikut:
🟠 Temu Duga Mingguan MYFuturejobs;
🟠 Booth pameran pelbagai Jabatan/Agensi
🟠 Taklimat Dan Bicara Santai Pelbagai Jabatan/Agensi
🟠 Jualan Usahawan/Food Truck/Lembaga Koko
🟠 Derma Darah & Saringan Kesihatan Percuma
🟠Lori Minuman Percuma (Oligo)
🟠Santai Sukan Kayak/Indoor games
🟠 Jualan Agro Madani
🟠Cabutan Bertuah

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pengisian program:
https://rb.gy/909muw

Ayuh beramai-ramai rebut peluang ini dan jumpa anda di sana!



MASTER UNLOCKED 😍Alhamdulillah bulan Januari hari itu habis sudah siap penulisan dan hantar semua tugasan akhir Master d...
02/03/2024

MASTER UNLOCKED 😍

Alhamdulillah bulan Januari hari itu habis sudah siap penulisan dan hantar semua tugasan akhir Master di UKM.
Alhamdulillah keputusan semester akhir pun dah keluar dua minggu lepas
Baru sempat nak berkongsi disebabkan tuntutan kerja yang banyak sangat dua minggu ini.
Alhamdulillah Alhamdullilah Alhamdulillah
Segala puji dan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Pengasih
Disebalik ketakutan pada awal-awal dahulu sama ada otak ini masih mampu atau tidak untuk menanggung beban pengajian Master Penddikan
Masa hantar permohonan untu menyambung pengajian, keadaan fizikal masih tidak lagi sekuat ini, tangan masih berbalut dan mata masih lagi ada kesan luka dan pendarahan tetapi titipan kata semangat guru-guru di Intesaber jadi pendorong (sebab waktu itu sedang menjadi guru ganti di Intesaber)
Alung senyap-senyap isi permohonan ke UKM dan UPSI juga tanpa pengetahuan Ummi sebab takut Ummi Mawati Lubis menaruh harapan
Takut permohonan gagal sebab pointer waktu degree bukan tinggi mana dan pengalaman kerja yang tak berkaitan lansung dengan pendidikan.
Alhamdulillah diterima masuk dan disebalik pelbagai dugaan (Insya Allah cerita di perkongsian lain) berjaya juga menghabiskan 4 semester di UKM.
Alhamdulillah, walaupun perlu membahagikan masa dengan pelbagai tuntutan ( bekerja dan mengajar di Tuisyen Miss Mid) , dua semester pertama Allah beri rezeki untuk merasa pointer 4.0
Alhamdulillah, walaupun pada mulanya risau untuk menggalas tanggungjawab yang baru di UTP, Allah berikan lagi rezeki untuk mengekalkan A dan A- dalam transkrip akademik
Sudah tentu kesyukuran yang amat sangat bila diuji dengan neuropathic pain yang pasang surut datangnya , bila pendarahan (hyphema) dalam mata datang balik sebab terlalu banyak membaca tetapi hati seorang hamidah masih kentak untuk tetap terus melangkah menghabiskan perjuangan yang telah dimulai.

Pointer 3.96 ini Alung tujukan untuk Ummi yang tak pernah lelah memberi semangat , mendengar keluhan, mendengar bebelan Alung tentang isu-isu pendidikan ( akhirnya kami ada topik yang boleh dibincangkan sebelum ini masa ambil mekanikal bila nak cerita je Ummi akan kata Ummi tak faham lah nak) dan yang tak pernah jemu buatkan air kopi dan buat kudapan untuk Alung sepanjang kelas atau semasa membuat tugasan.

Alhamdullilah, Master Unlocked.
Insya Allah, mohon doa semua semoga urusan Alung untuk konvo Master tahun ini dipermudahkan.

Next, misi topi bulat

LANGKAH PERTAMA DI SERI ISKANDARAlhamdulillah Langkah pertama yang mudahHabis sahaja hantar tugasan Master semester 3 te...
18/08/2023

LANGKAH PERTAMA DI SERI ISKANDAR

Alhamdulillah
Langkah pertama yang mudah
Habis sahaja hantar tugasan Master semester 3 terus berkira-berkira untuk memulakan semula Tuisyen Miss Mid
Agak terpinggir sebab kalut menyeimbangkan waktu dan peranan sebagai pelajar dengan pekerjaan baru.
Tengah merangka dan menyusun strategi apa yang perlu dilakukan untuk memulakan kelas
Sekali ternampak pertanyaan di dalam Group Seri Iskandar untuk mencari guru peribadi.
Dengan niat sekadar mencuba nasib, tak sangka temuduga yang paling cepat setakat ini.
Dalam masa tak sampai 15 minit terus ditawarkan menjadi guru peribadi bagi 3 mata pelajaran terus . (Matematik, Sains dan English)
Terima kasih Ibu Sara kerana memberikan kepercayaan kepada Miss Mid untuk mengajar Sara. ♥️♥️

Semoga langkah pertama yang kecil ini akan menjadi langkah-langkah besar nanti 🙏🙏🙏




.

Tahun 2021 Miss Mid diberi peluang untuk kembali berbakti di sekolah lamaSekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam....
07/07/2023

Tahun 2021 Miss Mid diberi peluang untuk kembali berbakti di sekolah lama
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam.
Menjadi guru ganti bagi mata pelajaran Sains, Matematik , Kimia dan Matematik Tambahan
Nampak sukar tetapi Alhamdulillah berkat ilmu guru - guru Miss Mid dahulu, dapatlah disampaikan dan ditambah dengan pengalaman sebagai pelajar kejuruteraan dan bekerja di industri, sedikit sebanyak memberi kelainan dalam cara penyampaian
Baru-baru ini apabila result SPM keluar , dan mendapat mesej seperti ini dari bekas pelajar adalah sesuatu yang menggembirakan.
Sebenarnya tidak sukar untuk menguasai ilmu Matematik Tambahan.
Masih ingat lagi kata hikmah dari guru Matematik Tambahan Miss Mid sewaktu di sekolah, GC Cikgu Azizah Kamar : Add Math ini awak nampak susah sebab awak masih tak matang. Matang bila awak tahu kaedah mana yang paling sesuai untuk sesuatu permasalahan. Untuk matang, awak kena buat banyak latihan. Waktu itu Miss Mid memang tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Tetapi setelah bergelar pelajar kejuruteraan, baru Miss Mid faham dan mengerti apa yang Cikgu Azizah katakan. Dan benar seperti kata Cikgu , bila awak masuk Universiti, Add Math itu senang sahaja bagi awak.

Tips tambahan : Masa kelas ni, pertama kali yang Miss Mid ajar bukan teori dan formula tetapi fungsi dan aplikasi sbg contoh koordinat dalam kehidupan. Tunjuk dan terangkan bagaimana ia digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Dan guna contoh yang paling relatable bagi mereka. Dalam kes ini Miss Mid guna waze dan game COD. Ada benefit juga video game dalam kehidupan

Tamat sesi perkongsian
Jom sambung buat kelas Tuisyen Miss Mid yang lama tertangguh disebabkan sibuk dengan tugasan2 Master .

🌹*PENGAMBILAN QURAN ONLINE CLASS*🌹Perlukan guru Al-Quran dan Iqra' personal? Malu untuk belajar secara berkumpulan? Nak ...
29/05/2023

🌹*PENGAMBILAN QURAN ONLINE CLASS*🌹

Perlukan guru Al-Quran dan Iqra' personal?
Malu untuk belajar secara berkumpulan?
Nak belajar daripada zero to hero?
Nak fasih baca al-quran dari rumah?

📌Kanak-kanak&Dewasa
📌Kelas secara online / MEET
📌Masa atas perbincangan bersama
📌Kelas 3 kali seminggu

📍12 sesi Sebulan
✅RM 50 sebulan

📍PENGAMBILAN HANYA
*10 ORANG* SAHAJA ‼️

Berminat?
Jika berminat boleh hubungi @ whatapp di
📱Wasap.my/601111993674/KelasMengajiOnline

BismillahAlhamdulillah sudah stable sedikit lepas berpindah kerja ke tempat baru.Kita mulakan semula kelasUntuk kawasan ...
02/04/2023

Bismillah
Alhamdulillah sudah stable sedikit lepas berpindah kerja ke tempat baru.
Kita mulakan semula kelas
Untuk kawasan Seri Iskandar dan sekitar boleh buat kelas bersemuka.
Yang jauh sedikit Insha Allah kuota untuk kelas ONLINE masih ada.

Yang berminat boleh contact
www.wasap.my/60125499364/TuisyenMissMid

24/12/2022

I will always be here when you need me - Teacher Mid

Thanks Kak Shikin for always have faith in me to teach your kids ❤️❤️❤️

Sebenarnya lama tak buat kelas bermusim untuk Tuisyen Miss Mid disebabkan tuntutan sebagai budak Master dan tuntutan tugas sebagai guru peribadi.
Bila tiap-tiap hari ajar kanak-kanak rindu juga nak ajak pelajar yang sudah remaja.
Jadi, bila tugasan Master pun sudah hampir 70% selesai dan kebetulan ada parents yang mesej minta buat kelas Online (tak sampai hati nak menidakkan bila anak murid Ummi yang minta)
Insha Allah, Miss Mid cuba dan sampaikan yang terbaik buat awak.

Semoga ini jadi asbab untuk ladang akhirat Miss Mid nanti ❤️❤️❤️

P/S : Slot untuk bulan Disember dah penuh ya. Insha Allah, kita cuba buka untuk slot Januari 2023 dan seterusnya.

14.07.2022Bangkok TripAllahumma yassir wala tuassir
14/07/2022

14.07.2022

Bangkok Trip

Allahumma yassir wala tuassir


Address

Lakeville 11, Bandar Universiti
Tronoh

Telephone

+601111419364

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tuisyen Miss Mid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category