Sekretariat Rukun Negara UTP

Sekretariat Rukun Negara UTP kenegaraan Rukun Negara telah diishtiharkan pada tahun 1970 berikutan peristwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Pembentukan Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum/etnik untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Rukun Negara perlu menjadi pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan ketaatan dan kecintaan kepada negara dan bangsa. Rakyat Malaysia p

erlu memahami sedalam-dalamnya lima prinsip Rukun Negara tersebut dan bukan sekadar melafazkannya. Penubuhan Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi PETRONAS (SRNUTP) menjadi β€˜platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa. Selain itu, SRNUTP juga berperanan bagi meningkatkan kesedaran untuk mempraktikkan lima prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

Happy Chinese New Year from us!
15/02/2018

Happy Chinese New Year from us!

Good day everyone 😁🀩Do you like to involve in CSR program and engaging with people outside UTP?SEKRETARIAT RUKUN NEGARA ...
31/01/2018

Good day everyone 😁🀩

Do you like to involve in CSR program and engaging with people outside UTP?
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UTP (SRNUTP) is currently open for online recruitment!

What is SRNUTP? πŸ€”
⚜ SRNUTP is a club under Leadership and Development cluster, focusing on CSR programs and student engagement with the public. We aim to serve and expose UTP to the public through our CSR programs.

There are a lot of events in plan for 2018! So what are you waiting for, come and join our family! It is OPEN FOR ALL so EVERYONE is welcomed to join our club. 😚

Registration opens from 30th January until 5th February 2018. You wouldn't want to miss it. πŸƒπŸ»β€β™‚πŸƒπŸ»β€β™€

Link: https://goo.gl/forms/WlpamLFapqsnA4So2

18/08/2016

Hai semua

10/11/2015

Assalamualaikum WBK dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengarah Kebudayaan Negeri akan memberikan satu ceramah bertajuk "Budi".

Objektif ceramah ialah memberi erti sebenar sifat budi dari konteks yang lebih luas dari sudut agama, budaya, kaum dan negara.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Negeri Perak.

Butir-butir adalah seperti berikut:-

Nama program: Ceramah Budi

Tarikh: 11hb November

Masa: 2:00 petang - 4:00 petang

Tempat: Seminar Room 2, Undercroft, Kompleks Canselori

Penyertaan adalah PERCUMA, makan-minum disediakan dan sijil akan diberikan kepada yang hadir.

Oleh yang demikian, saya mempelawa warga pelajar UTP yang mahukan dan sentiasa dahagakan ILMU, adalah digalakkan untuk datang beramai-ramai ke ceramah ini.

Semoga kita semua akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ameen.

Sekian, terima kasih.

Pada 22/10/2015 (Khamis) yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknol...
28/10/2015

Pada 22/10/2015 (Khamis) yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Rukun Negara Universiti Teknologi Petronas (SRNUTP). Beberapa agenda telah dilaksanakan termasuk pembentangan aktiviti dan aliran kewangan kelab pada sesi 2014/15, pembubaran ahli jawatan kuasa dan pemilihan ahli jawatan kuasa baru SRNUTP.

Berikut merupakan carta organisasi SRNUTP bagi sesi 2015/16 hasil persetujuan ahli mesyuarat:

1. Presiden: Noranaty Athirah bt Amran
2. Timbalan Presiden 1: Zulhilmi Danial B Razali
3. Timbalan Presiden 2: Nur Atiqrah bt Aziz
4. Setiausaha: Syeera Amelia
5. Timbalan Setiausaha: Muhammad Afif Mirza Bin Rosli
6. Bendahari: Nur Illyana binti Norazam

EXCO:
1. Ahmad Syahir bin Ahmad Zahiri
2. Ahmad Najib b Abu Hassan
3. Farid Bin Halimi
4. Muhamad Zulfikri Bin Sahari
5. Noraima Wardah

Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan kepimpinan baru SRNUTP. :)

[2 Okt-4 Okt 2015]SRNUTP telah menghantar seramai 23 pelajar termasuk pelajar2 program pertukaran bersama tiga pegawai p...
06/10/2015

[2 Okt-4 Okt 2015]

SRNUTP telah menghantar seramai 23 pelajar termasuk pelajar2 program pertukaran bersama tiga pegawai pengiring untuk menyertai Program Jalinan Kasih Perpaduan di Taman Negara Pahang yg telah dianjurkan oleh SRN Uitm Pahang.

Pelajar2 berpeluang menetap di rumah keluarga angkat dan merasai pengalaman duduk di kampung selama tiga hari.

[2 hari lagi]Jangan lupa datang ke booth SRNUTP dan Gerakan Pengguna Siswa hari ini dan esok. Boleh main congkak, semban...
27/05/2015

[2 hari lagi]
Jangan lupa datang ke booth SRNUTP dan Gerakan Pengguna Siswa hari ini dan esok. Boleh main congkak, sembang2 dll. Jangan lupa ajak kawan2 datang πŸ˜€

23/05/2015

Happy birthday to our beloved supervisor, Abg Saiful @ Aziz M Osman. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki oleh-Nya, dan jangan bertambah isteri. Hahahahahaha

[9 April 2015]Seramai 32 orang pelajar dan dua orang pegawai pengiring telah menyertai lawatan ke Parlimen Malaysia, Kua...
14/04/2015

[9 April 2015]

Seramai 32 orang pelajar dan dua orang pegawai pengiring telah menyertai lawatan ke Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur yang dianjurkan pihak Sekretariat Rukun Negara UTP (SRNUTP).

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana sidang parlimen di Malaysia dijalankan.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Assalamualaikum dan Hai[3 April 2015 - 5 April 2015 ]SRNUTP telah menghantar seramai 7 orang peserta untuk menyertai Ben...
06/04/2015

Assalamualaikum dan Hai

[3 April 2015 - 5 April 2015 ]

SRNUTP telah menghantar seramai 7 orang peserta untuk menyertai Bengkel Sukarelawan Pengasih dan peserta telah diiktiraf secara rasmi sebagai Rangkaian Sahabat Pengasih (RSP) Malaysia.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pengasih Malaysia dan diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi :)

SRNUTP ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada lagi seorang orang kuat SRNUTP, Fanla yang telah bertolak ...
03/04/2015

SRNUTP ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada lagi seorang orang kuat SRNUTP, Fanla yang telah bertolak ke German malam semalam untuk menjalani program pertukaran pelajar.

Doa kami sentiasa mengiringi anda.
Jaga diri dan jangan lupe kami di sini

Address

Universiti Teknologi PETRONAS
Tronoh Mines
31750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Rukun Negara UTP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category