01/05/2026
πΉ KEJOHANAN MEMANAH MSS DAERAH MUALLIM 2026 πΉ
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Trolak Timur atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Memanah MSS Daerah Muallim 2026 yang telah berlangsung pada 29 April 2026.
Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi, tiada yang mustahil untuk digapai.
Keputusan bagi kategori Recurve Lelaki & Perempuan Bawah 12 Tahun adalah seperti berikut:
π₯ Tempat Ke-2
Mohd Azmir Afiq bin Azman
π₯ Tempat Ke-3
Nur Afina Zulaikha binti Muhd Takapi
π
Tempat Ke-4
Mohd Firas bin Zulkifly
π
Tempat Ke-5
Mohd Hilman bin Mohd Hafiz
Syabas diucapkan kepada semua atlet cilik yang telah menunjukkan komitmen, ketekunan dan keberanian dalam setiap panahan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah atas sokongan, dorongan serta kepercayaan yang berterusan dalam memperkasa bakat murid.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada guru pembimbing serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.
βBidik dengan yakin, panah dengan penuh harapan, kejayaan pasti milik kita.β π―β¨
SK Trolak Timur Gemilang!