Kolej Komuniti Bera

Kolej Komuniti Bera Kolej Komuniti Bera adalah sebuah IPTA di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Untuk Sebarang Pertanyaan
Sila Hubungi : 09-2502530
No.Faks : 09-2502531

FB: KOLEJ KOMUNITI BERA (Like Page)

PENAFIAN: Pihak Kolej Komuniti Bera tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat yang terdapat pada mana-mana laman facebook lain yang menggunakan nama jabatan ini selain daripada facebook rasmi seperti senarai diatas, kerana ia bukan dibawah pengawasan dan tanggungjawab pihak Kolej Komuniti Bera. KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎMERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! βœŠπŸ‡²πŸ‡Ύ69 tahun kemerdekaan bukan sekadar angka, teta...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! βœŠπŸ‡²πŸ‡Ύ

69 tahun kemerdekaan bukan sekadar angka, tetapi hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang menghadiahkan kita sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

Walau berbeza bangsa dan latar belakang, kita tetap berdiri megah di bawah Jalur Gemilang yang sama. Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, maju dan sejahtera. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Bera

πŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUK...
28/08/2026

πŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUKA! πŸš€

Nak sambung pengajian dalam bidang TVET? Inilah peluang untuk anda melangkah lebih jauh dan membina masa depan bersama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)! πŸ’™

✨ Permohonan terbuka kepada:
πŸ”Ή Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
πŸ”Ή Lulusan Sijil Politeknik
πŸ”Ή Lulusan Sijil Kolej Komuniti
πŸ”Ή Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3
πŸ”Ή Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA
πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)
πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia
πŸ”Ή Lepasan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), KPM

πŸ“… Tarikh Permohonan: 28 Ogos 2026 (Jumaat) ⏰ Mulai jam 5.00 petang
🌐 Mohon secara dalam talian melalui: πŸ‘‰ link di bahagian comment

πŸ“Œ Jangan tunggu lagi! Kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian.
πŸ”₯ Pilih laluan TVET. Pilih POLYCC. Bina masa depan anda!





🌾🐟   𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”    🐟🌾28 OGOS 2026   I   SERDANG, SELANGORTelah berlangsung Lawatan Akademik ke Pamera...
28/08/2026

🌾🐟 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” 🐟🌾

28 OGOS 2026 I SERDANG, SELANGOR

Telah berlangsung Lawatan Akademik ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang dianjurkan oleh Unit Akuakultur, Kolej Komuniti Bera di bawah kendalian Encik Mohd Hafizi bin Johan, Ketua Program Akuakultur.

Lawatan kali ini memberi fokus kepada Laman Perikanan, selaras dengan bidang pengajian Sijil Teknologi Akuakultur. Para peserta berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai teknologi, inovasi, spesies hidupan akuatik serta perkembangan terkini dalam industri perikanan dan akuakultur.

Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan, menambah pengetahuan serta membuka perspektif baharu kepada para peserta mengenai perkembangan industri akuakultur sebenar, di samping menghubungkan pembelajaran di dalam kelas dengan aplikasi serta teknologi yang digunakan dalam industri. 🌱🐠








🐠 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πˆπŠπ€π π‡πˆπ€π’π€π π“π„π‹π”πŠ πŠπ„πŒπ€ππ† 🌊27 OGOS 2026   I   PORT DICKSON, NEGERI SEMBILANTelah berlangsung ...
28/08/2026

🐠 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πˆπŠπ€π π‡πˆπ€π’π€π π“π„π‹π”πŠ πŠπ„πŒπ€ππ† 🌊

27 OGOS 2026 I PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Telah berlangsung Lawatan Akademik ke Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang anjuran Unit Akuakultur, Kolej Komuniti Bera yang disertai oleh para pelajar Kolej Komuniti Bera. Turut bersama dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah, Dr. Maziidah binti Ab Rahman.

Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pendedahan secara lebih dekat berkaitan pelbagai spesies ikan hiasan dan hidupan marin, di samping menambah pengetahuan serta pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah. 🐟πŸͺΈ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang atas sambutan, perkongsian ilmu serta layanan yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dan membuka lebih banyak peluang perkongsian ilmu serta kolaborasi pada masa akan datang. 🀝✨








🐟 TAHUKAH ANDA?Cara memegang ikan yang betul sangat penting untuk mengurangkan stres, kecederaan dan risiko kematian ika...
27/08/2026

🐟 TAHUKAH ANDA?

Cara memegang ikan yang betul sangat penting untuk mengurangkan stres, kecederaan dan risiko kematian ikan. Pegang dengan lembut, ikan sihat, hasil pun meningkat! πŸ’ͺ🐟✨

Jom tambah ilmu bersama Kolej Komuniti Bera.








πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π€π‡π‹πˆ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐀26 OGOS 2026   I   BERA, ...
26/08/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π€π‡π‹πˆ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐀

26 OGOS 2026 I BERA, PAHANG

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Faizal bin Mohamad Mokhtar, PMW, SAP, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera.

Sebelum mesyuarat dimulakan, barisan Ahli Jawatankuasa Penasihat telah dibawa melawat sekitar kolej bagi melihat dengan lebih dekat fasiliti, kemudahan serta ruang pembelajaran yang terdapat di Kolej Komuniti Bera.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah maklum balas terhadap aktiviti dan inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini, selain perkongsian pandangan serta perbincangan mengenai hala tuju dan perancangan seterusnya bagi mengoptimumkan fungsi serta peranan Kolej Komuniti Bera, khususnya dalam memberi manfaat dan impak yang lebih besar kepada komuniti setempat.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan penyerahan surat lantikan kepada Ahli Jawatankuasa Penasihat baharu Kolej Komuniti Bera, sebagai simbol komitmen dan kerjasama dalam memperkukuh pembangunan serta kecemerlangan kolej.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera atas kesudian, komitmen, pandangan serta kepakaran yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada kolej serta komuniti setempat.








πŸ‡²πŸ‡Ύ KK BERA SAYANG MALAYSIA | TRIVIA  #08/31 πŸ‡²πŸ‡ΎTahukah anda? πŸ€”14 jalur merah putih pada Jalur Gemilang melambangkan 13 ne...
26/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ KK BERA SAYANG MALAYSIA | TRIVIA #08/31 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahukah anda? πŸ€”
14 jalur merah putih pada Jalur Gemilang melambangkan 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan, yang membawa semangat perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia. ❀️🀍

Kenali sejarah, hayati maknanya dan semarakkan rasa cinta kepada negara. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Perpaduan kita, kekuatan negara. Malaysia sejahtera!

πŸ€–βœ¨ πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π‚π„π‘πƒπ€π’π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (π€π‘π“πˆπ…πˆπ‚πˆπ€π‹ πˆππ“π„π‹π‹πˆπ†π„ππ‚π„ - π€πˆ)26 OGOS 2026   |   BERA, PAHANGβ€œKolej Komuniti Untuk Komuniti”...
26/08/2026

πŸ€–βœ¨ πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π‚π„π‘πƒπ€π’π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (π€π‘π“πˆπ…πˆπ‚πˆπ€π‹ πˆππ“π„π‹π‹πˆπ†π„ππ‚π„ - π€πˆ)

26 OGOS 2026 | BERA, PAHANG

β€œKolej Komuniti Untuk Komuniti”

Telah berlangsung Kursus Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) yang melibatkan seramai 18 orang peserta daripada SWCorp Pahang.

Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) serta bagaimana aplikasi AI boleh dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan kreativiti, produktiviti dan kecekapan dalam tugasan seharian.

Kursus telah dikendalikan oleh Puan Siti Nurafeza binti Abdullah dan Puan Wan Zufarhati binti Wan Ahmad sebagai tenaga pengajar.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam tugasan serta menjadi langkah ke arah penggunaan teknologi digital yang lebih kreatif, cekap dan berkesan. πŸ’»βœ¨









🐟 KENAPA IKAN TAK MAKAN?Ikan hilang selera makan mungkin petanda awal ada masalah pada kualiti air, suhu, oksigen, penya...
26/08/2026

🐟 KENAPA IKAN TAK MAKAN?

Ikan hilang selera makan mungkin petanda awal ada masalah pada kualiti air, suhu, oksigen, penyakit, stres atau makanan.

Jangan tunggu sampai terlambat! Pantau perubahan tingkah laku ikan dan ambil tindakan awal bagi memastikan ikan kekal sihat. πŸ’§πŸŸ

πŸ’™ Kolej Komuniti Untuk Komuniti








πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ KK BERA SAYANG MALAYSIA | TRIVIA MALAYSIATahukah anda siapa yang mencipta reka bentuk asal Bendera Persekutuan Tana...
25/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ KK BERA SAYANG MALAYSIA | TRIVIA MALAYSIA

Tahukah anda siapa yang mencipta reka bentuk asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu? πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jawapannya ialah Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor (JKR). Reka bentuk beliau menjadi sebahagian penting dalam sejarah negara dan asas kepada Jalur Gemilang yang kita kenali hari ini.

Sempena Bulan Kebangsaan, jom kita kenali sejarah, hargai perjuangan dan semarakkan rasa cinta kepada Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Kenali Sejarah, Cintai Malaysia!








Address

No 1, Jalan Bera Jaya 2, Taman Bera Jaya
Triang
28300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092502530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Bera:

Shortcuts

Share

Category