14/10/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Kem Rihlah & Literasi Al-Quran Siri 2 Murid Tahun 6 Daerah Bera bagi Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh pengisian. ๐ธ
๐ Butiran Program
๐
Hari : Rabu
๐๏ธ Tarikh : 14 Oktober 2026
โฐ Masa : 8.30 pagi โ 12.30 tengah hari
๐ฅ Penglibatan: 31 orang murid Tahun 6 dan 17 orang fasilitator
๐ข Anjuran: Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Bera
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bacaan Al-Quran di samping menyemai kecintaan terhadap kitab suci Al-Quran dalam kehidupan seharian. Dengan bimbingan yang dijalankan diharapkan dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta meningkatkan keyakinan murid dalam membaca dan menghayati Al-Quran.
Selaku tuan rumah pada tahun ini, kami warga sekolah SK Bohor Baharu mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Bera, barisan fasilitator, guru-guru pengiring serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha murni ini menjadi asbab lahirnya generasi yang celik Al-Quran, berakhlak mulia dan sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Insya-Allah. ๐คฒ๐
Al-Quran Dihayati, Generasi Rabbani Dibentuk! ๐๐