Sekolah Komprehensif 9 SK Menanam Telupid Offіcial

Sekolah Komprehensif 9 SK Menanam Telupid Offіcial Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) Sekolah Kebangsaan Menanam, Telupid/Tongod, Sabah

✨ 🇲🇾 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗, 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 🇲🇾✨As...
11/08/2026

✨ 🇲🇾 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗, 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 🇲🇾✨

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Malaysia MADANI! ✋🏻

🇲🇾 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭𝐢𝐬𝐦𝐞 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧, 𝐣𝐢𝐰𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐨𝐛𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧! 🇲🇾

Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 Tahun 2026 Peringkat Menengah SK Menanam K9 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik.

📅 Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 3.30 petang – 5.50 petang
📍 Tempat: Tapak Perhimpunan Sekolah, SK Menanam K9

🇲🇾 𝐓𝐄𝐌𝐀:
“𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢” 🇲🇾

Majlis pelancaran berlangsung dalam suasana ceria, meriah dan penuh semangat kebangsaan, dengan warga sekolah bersama-sama menghayati semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air. 🇲🇾❤️

Semoga sambutan pada tahun ini terus menyemarakkan jiwa merdeka, semangat perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 🌺✨

🔥 𝐀𝐘𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀! 🔥
🇲🇾 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈, 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈! 🇲🇾





10/08/2026
✨ 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐏𝐃 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌉🏆Assalamualaikum, Salam Sejahtera &...
09/08/2026

✨ 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐏𝐃 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌉🏆

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Malaysia MADANI ✋🏻

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Menanam K9 yang telah menyertai Karnival STEM Peringkat PPD Telupid/Tongod 2026 dalam acara Bridge Building.

Penyertaan ini bukan sahaja menguji kreativiti dan inovasi murid, malah turut mengasah kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah serta bekerjasama dalam satu pasukan.

🏆 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐑𝐈𝐃𝐆𝐄 𝐁𝐔𝐈𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏆

🥇 Sekolah Rendah – JOHAN
👩🏻‍🏫 Guru Pembimbing: Cikgu Anna Jane Alexius

👨🏻‍🎓 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀:
• Ken Ozilhiguain Jairin
• Lionel McKay Yong Tian Long
• Randy Ren Rani

🥈 Sekolah Menengah – NAIB JOHAN
👨🏻‍🏫 Guru Pembimbing: Cikgu Thurvind Raj Ghanison

𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 Kumpulan A
• Yvevva Petrus
• Mas Oliannah Masilin
• Shilpa Zefanya Paisel

🥉 Sekolah Menengah – TEMPAT KETIGA
👨🏻‍🏫 Guru Pembimbing: Cikgu Thurvind Raj Ghanison

𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 Kumpulan B
• Natalia El Lianah Pendek
• Reaikah Absalom
• Muhammad Ashraf bin Ahmad

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, usaha dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh warga SK Menanam K9.

Ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada guru-guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan sehingga kejayaan ini berjaya direalisasikan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid SK Menanam K9 untuk terus berusaha, berinovasi dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang STEM serta pertandingan-pertandingan lain pada masa hadapan.

“𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐧𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐂𝐮𝐫𝐢𝐨𝐬𝐢𝐭𝐲.” 🌉✨





✨ 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐓𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔 ♟️🏆Salam Sejahter...
25/07/2026

✨ 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐓𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔 ♟️🏆

Salam Sejahtera & Salam Malaysia MADANI ✋🏻

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid asrama yang telah menyertai Kejohanan Catur Asrama Harian Peringkat Daerah Telupid/Tongod 2026.

Program kejohanan telah berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut:

📅 TARIKH: 25 Julai 2026 (Sabtu)
📍 TEMPAT: Dewan SMK Telupid

Seramai 10 orang murid telah mewakili SK Menanam K9, terdiri daripada:
👦 6 peserta lelaki
👧 4 peserta perempuan

🏆 Keputusan:
♟️ 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝟏𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 (𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢) – 𝐇𝐞𝐫𝐫𝐲 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 𝐆𝐮𝐬𝐥𝐢𝐚𝐧

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik. Ucapan penghargaan juga kepada guru pembimbing Cikgu Farah Afiqah Joanes dan Cikgu Nur Fisya Medina, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid SK Menanam K9 untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

“We Trust The Process” ♟️✨





✨ 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐄𝐌𝐎𝐒𝐈, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 & 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 – 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗, 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 ✨...
16/07/2026

✨ 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐄𝐌𝐎𝐒𝐈, 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 & 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 – 𝐒𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌 𝐊𝟗, 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐏𝐈𝐃/𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 ✨

Salam Sejahtera & Salam Malaysia MADANI ✋🏻

Ceramah Mengurus Emosi, Membina Ketahanan Diri dan Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di SK Menanam K9 bagi meningkatkan kesejahteraan emosi, membina daya tahan diri serta memupuk kesedaran murid terhadap bahaya penyalahgunaan dadah.

Program telah berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 14 Julai 2026 (Selasa)
⏰ 12.30 tengah hari – 5.50 petang
📍 Tapak Perhimpunan Sekolah, SK Menanam K9

💗 SLOT 1: Ceramah “Mengurus Emosi, Membina Ketahanan Diri”
🎤 Puan Jiniline Johnny
Pegawai Psikologi (Kaunseling) S9, Klinik Kesihatan Telupid

Ceramah ini memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan mengurus emosi dengan bijak, membina keyakinan diri serta meningkatkan ketahanan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

💊 SLOT 2: Ceramah “Pendidikan Pencegahan Dadah”
🎤 Encik Mohd Mansur bin Mohd Yusuf
Ketua Unit Pencegahan dan Publisiti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan

Melalui ceramah ini, murid diberi pendedahan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat, serta kepentingan membuat pilihan yang bijak demi masa depan yang cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna. Ucapan penghargaan juga kepada AADK Daerah Sandakan, Klinik Kesihatan Telupid serta semua warga SK Menanam K9 yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat melahirkan murid yang bijak mengurus emosi, berdaya tahan, berakhlak mulia dan sentiasa menjauhi gejala dadah demi kesejahteraan diri, keluarga dan negara. 🌿✨

AADK Daerah Sandakan
Klinik Kesihatan Telupid








📢 MAKLUMAN CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM Selamat petang dan Salam sejahtera kepada ibu bapa/penjaga murid/pelajar Sk.Menana...
17/06/2026

📢 MAKLUMAN CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM

Selamat petang dan Salam sejahtera kepada ibu bapa/penjaga murid/pelajar Sk.Menanam K9.

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena sambutan Awal Muharram 1448H pada:

📅 17 Jun 2026 (Rabu)

🕌 Selamat menyambut Awal Muharram 1448H kepada semua warga sekolah yang meraikannya.

📚 Sekolah akan beroperasi seperti biasa pada 18 Jun 2026 (Khamis).

Kerjasama dan perhatian ibu bapa/penjaga amat dihargai.

Unit HEM
SK Menanam K9 (Telupid/Tongod)
16/6/2026

𝒜 𝒩𝑒𝓌 𝒫𝓁𝒶𝒸𝑒 𝒜𝓌𝒶𝒾𝓉𝓈, 𝒞𝒽𝑒𝓇𝒾𝓈𝒽𝑒𝒹 𝑀𝑒𝓂𝑜𝓇𝒾𝑒𝓈 𝑅𝑒𝓂𝒶𝒾𝓃 ✨Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Alber...
11/06/2026

𝒜 𝒩𝑒𝓌 𝒫𝓁𝒶𝒸𝑒 𝒜𝓌𝒶𝒾𝓉𝓈, 𝒞𝒽𝑒𝓇𝒾𝓈𝒽𝑒𝒹 𝑀𝑒𝓂𝑜𝓇𝒾𝑒𝓈 𝑅𝑒𝓂𝒶𝒾𝓃 ✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Albert Pius atas segala jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di SK Menanam K9 (4 November 2019 – 11 Jun 2026).

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan komitmen tinggi, dedikasi luar biasa dan semangat kerja yang konsisten,khususnya dalam bidang pembangunan sekolah, STEM, sukan dan akademik yang banyak memberi impak kepada sekolah serta menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan.

Tahniah dan selamat kembali ke daerah kelahiran. Semoga terus cemerlang di tempat baharu serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan.

Semoga persahabatan kekal utuh dalam keluarga besar SK Menanam K9.

𝑱𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈, 𝒃𝒖𝒅𝒊 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈, 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒊𝒏𝒔𝒑𝒊𝒓𝒂𝒔𝒊.✨

🌾 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑷𝑬𝑺𝑻𝑨 𝑲𝑨𝑨𝑴𝑨𝑻𝑨𝑵 2026 🌾Warga SK Menanam K9, Telupid/Tongod mengucapkan 𝑲𝒐𝒕𝒐𝒃𝒊𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒅𝒂𝒖 𝑻𝒂𝒈𝒂𝒛𝒐 𝒅𝒐 𝑲𝒂𝒂𝒎𝒂𝒕...
30/05/2026

🌾 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑷𝑬𝑺𝑻𝑨 𝑲𝑨𝑨𝑴𝑨𝑻𝑨𝑵 2026 🌾

Warga SK Menanam K9, Telupid/Tongod mengucapkan 𝑲𝒐𝒕𝒐𝒃𝒊𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒅𝒂𝒖 𝑻𝒂𝒈𝒂𝒛𝒐 𝒅𝒐 𝑲𝒂𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 kepada seluruh masyarakat Sabah.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan kita. Marilah kita bersama-sama menghargai warisan budaya serta mensyukuri hasil tuaian dan rezeki yang dikurniakan.

"𝑲𝒂𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏: 𝑴𝒆𝒏𝒖𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒑𝒂𝒅𝒖𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒓𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒓𝒎𝒐𝒏𝒊𝒂𝒏"

🌈✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 2026 ✨🌈Warga SK Menanam K9 Terbaik mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid...
22/05/2026

🌈✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 2026 ✨🌈

Warga SK Menanam K9 Terbaik mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, guru serta ibu bapa/penjaga. 🥰

📅 𝙏𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝 𝘾𝙪𝙩𝙞 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝:
23 Mei 2026 (Sabtu) hingga 7 Jun 2026 (Ahad)

🏫 𝙏𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝 𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙠𝙚 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝:
8 Jun 2026 (Isnin)

Gunakan masa cuti dengan baik, luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang serta sentiasa menjaga keselamatan walau di mana berada. 💖

Semoga anak-anak kembali ke sekolah nanti dengan semangat yang lebih ceria dan bersedia untuk terus berjaya! 🎒✨




✨ 𝙈𝙀𝙉𝙅𝙐𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙀𝙂𝙀𝙈𝙄𝙇𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉, 𝙈𝙀𝙉𝘾𝙄𝙋𝙏𝘼 𝙆𝙀𝙅𝘼𝙔𝘼𝘼𝙉✨Tahniah diucapkan kepada para pelajar SK Menanam K9 atas kejayaan yang memba...
21/05/2026

✨ 𝙈𝙀𝙉𝙅𝙐𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙀𝙂𝙀𝙈𝙄𝙇𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉, 𝙈𝙀𝙉𝘾𝙄𝙋𝙏𝘼 𝙆𝙀𝙅𝘼𝙔𝘼𝘼𝙉✨

Tahniah diucapkan kepada para pelajar SK Menanam K9 atas kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan peringkat daerah yang telah disertai baru-baru ini. 🌸🕊️

🌸 𝙋𝙀𝙍𝙏𝘼𝙉𝘿𝙄𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙂𝙀𝙈𝘼 𝙋𝘼𝙉𝙏𝙐𝙉 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙏𝙀𝙇𝙐𝙋𝙄𝘿/𝙏𝙊𝙉𝙂𝙊𝘿
📅 19 Mei 2026

SK Menanam K9 berjaya memperoleh Tempat Ke-5.

Pemantun Terbaik Pusingan Awal 1 :
🌟 Mas Olianah Masilin (1 Ophuavang)

🎤 𝙋𝙀𝙍𝙏𝘼𝙉𝘿𝙄𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙋𝙄𝘿𝘼𝙏𝙊 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙀𝙍𝘼𝙃 𝙏𝙀𝙇𝙐𝙋𝙄𝘿/𝙏𝙊𝙉𝙂𝙊𝘿
📅 21 Mei 2026

SK Menanam K9 turut mencatat kejayaan cemerlang dengan meraih:

🥈 Naib Johan
✨ Shafira Aldin (2 Ophuavang)

🥉 Tempat Ke-3
✨ Ezra Vanessa (2 Ophuavang)

👏 Tahniah atas kejayaan yang diraih dengan penuh usaha dan ketekunan. Semoga pencapaian ini menjadi sinar permulaan untuk menganyam lebih banyak pengalaman manis, mencipta kenangan berharga dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang 🌷🕊️

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru serta ibu bapa atas sokongan dan bimbingan yang tidak pernah putus.

𝙈𝙚𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙖𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙙𝙚𝙢𝙞 𝙠𝙚𝙘𝙚𝙢𝙚𝙧𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣. 🌿✨

Address

Kampung Mananam
Tongod
89320

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Komprehensif 9 SK Menanam Telupid Offіcial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Komprehensif 9 SK Menanam Telupid Offіcial:

Shortcuts

Share

Category