12/08/2026
π²πΎ PERHIMPUNAN MINGGUAN & MAJLIS PEMBUKAAN BULAN KEMERDEKAAN π²πΎ
Isnin | 10 Ogos 2026
Perhimpunan mingguan SK Seri Tanjong pada minggu ini berlangsung lebih meriah dengan Majlis Pembukaan Bulan Kemerdekaan sebagai tanda bermulanya penghayatan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah. π²πΎ
Antara pengisian sepanjang perhimpunan ialah:
π€ Ucapan guru bertugas
π
Penyampaian sijil penyertaan dan pencapaian kepada murid yang menyertai Karnival Tautan Ukhuwah PPIM Peringkat Zon Parit Sulong
π Penyampaian hadiah hari lahir kepada murid yang diraikan
πΆ Persembahan nyanyian oleh murid Tahun 3 yang memeriahkan suasana dengan semangat kemerdekaan
π Persembahan sajak oleh adik Rayyan Ahnaf, Tahun 2
Majlis turut diserikan dengan ucapan Guru Besar yang menyampaikan amanat kepada seluruh warga sekolah berkaitan penghayatan nilai kemerdekaan, semangat cintakan negara dan rasa syukur atas keamanan yang dinikmati.
Kemuncak majlis ialah ucapan seterusnya perasmian Bulan Kemerdekaan oleh Guru Besar SK Seri Tanjong. π²πΎβ¨
Semoga sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dapat menyemai rasa cinta akan negara serta membentuk generasi yang menghargai sejarah, perpaduan dan keharmonian.
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan! π²πΎ