SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11

SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11 SMKDUA K11 terletak di Kampung Chennah, Jelebu NS merupakan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 pertama di Negeri Sembilan bermula tahun 2026.

Anggaran murid seramai 277 orang terdiri daripada murid Prasekolah, PPKI, SR, & SM (Ting.1-Ting 4).

Terima kasih YB Wong Kah Woh!
01/08/2026

Terima kasih YB Wong Kah Woh!

01/08/2026
JUMAAT, 31 JULAI 2026 - MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH MODEL KHAS KOMPREHENSIF 11 (K11) DI SMK Datuk Undang Abdullah K...
01/08/2026

JUMAAT, 31 JULAI 2026 - MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH MODEL KHAS KOMPREHENSIF 11 (K11) DI SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah, Negeri Sembilan.

SMK Datuk Undang Abdullah secara rasminya ditingkatkan status daripada Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) kepada Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun 2026.

"DUAS: Doa, Usaha, Akhlak, Sejahtera"
"DUAS Sekolah Hebat"

Kementerian Pendidikan Malaysia

Majlis Perasmian Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 akan diadakan pada hari Jumaat, 31 Julai 2026 yang akan dise...
30/07/2026

Majlis Perasmian Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 akan diadakan pada hari Jumaat, 31 Julai 2026 yang akan disempurnakan oleh YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

Semua ibu bapa dan penjaga dijemput bersama- sama menghadiri Majlis Perasmian Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) SMK Datuk Undang Abdullah K11 pada jam 9.00 pagi.

"Datuk Undang Abdullah School"
"Disiplin Unggul Akademik Sukses"

Selamat datang kepada Pengetua Baharu SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11 , Tuan Bilezan Bin Baghdadi.Semoga kehad...
27/07/2026

Selamat datang kepada Pengetua Baharu SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11 , Tuan Bilezan Bin Baghdadi.

Semoga kehadiran tuan membawa inspirasi, kecemerlangan dan kegemilangan buat seluruh warga sekolah.

Selamat datang! 💫

"Datuk Undang Abdullah School"
"Disiplin Unggul Akademik Sukses"

JUMAAT, 24 JULAI 2026 - Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung. Majlis perpisahan Guru Besar SMK Datuk Undang Abdullah...
26/07/2026

JUMAAT, 24 JULAI 2026 - Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung. Majlis perpisahan Guru Besar SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11, Puan Norasmah Binti Sahak yang akan berkhidmat di SK Kampai p**a.

Beliau akan sering dikenang oleh warga sekolah dan komuniti setempat atas kepimpinan dan keprihatinan beliau terhadap pelajar dan warga kerja sekolah.

Semoga beliau meneruskan sinar bintang di sekolah baharu.💫 Terima kasih, Cikgu Norasmah Sahak atas setiap sumbang bakti kepada sekolah.

Kami warga DUAS mendoakan kesejahteraan cikgu ❤️

"Datuk Undang Abdullah School"
"Disiplin Unggul Akademik Sukses"

KHAMIS, 23 JULAI 2026 - Program Pendidikan Kerjaya, Hari 3 Penjuru dan Penyerahan Bantuan KWAPM  Peringkat SMK Datuk Und...
23/07/2026

KHAMIS, 23 JULAI 2026 - Program Pendidikan Kerjaya, Hari 3 Penjuru dan Penyerahan Bantuan KWAPM Peringkat SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11 Tahun 2026.

Terima kasih kepada penceramah Program Pendidikan Kerjaya iaitu Kolej Komuniti Jelebu, Giatmara Jelebu dan Kolej Vokasional Kuala Klawang atas perkongsian kepada pelajar dan ibu bapa.

"Datuk Undang Abdullah School"
"Disiplin Unggul Akademik Sukses"

SELASA, 14 JULAI 2026 - KEJOHANAN TENPIN BOLING B12 MSSD JELEBU 2026.KEPUTUSAN RASMI MSSDBerpasukanL12 Johan 🥇Individu H...
14/07/2026

SELASA, 14 JULAI 2026 - KEJOHANAN TENPIN BOLING B12 MSSD JELEBU 2026.

KEPUTUSAN RASMI MSSD

Berpasukan
L12 Johan 🥇

Individu
Huzaifah Johan🥇
Sheikh Rayyan Tempat Ke-3🥉
Aulia Tempat Ke-3 🥉

JOHAN KESELURUHAN B12 MSSD Jelebu 🏆

Tahniah kepada semua pemain tenpin boling! Setinggi terima kasih kepada jurulatih- jurulatih atas pengorbanan masa dan tenaga membimbing pemain- pemain.

Syabas dan tahniah!

"Datuk Undang Abdullah School"
"Disiplin Unggul Akademik Sukses"

ISNIN , 13 JULAI 2026 - Kejohanan Tenpin Boling SM Peringkat MSSD Jelebu 2026.Keputusan MSSD Tenpin Bowling 🎳 Berkump**a...
13/07/2026

ISNIN , 13 JULAI 2026 - Kejohanan Tenpin Boling SM Peringkat MSSD Jelebu 2026.

Keputusan MSSD Tenpin Bowling 🎳

Berkump**an✨️
🥈Naib Johan L15
🥉Ke-3 P15
🥉Ke-3 P18
🥉Ke-3 L18

Individu ✨️
👏 L15 Hairil ke-3, Akmal ke-5
👏 L18 Firas ke-5

Syabas dan tahniah kepada semua pemain dan jurulatih pasukan!

"Datuk Undang Abdullah School"
"Disiplin Unggul Akademik Sukses"

Address

SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11
T**i
71650

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6066112305

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Datuk Undang Abdullah Komprehensif 11:

Shortcuts

Share