18/04/2026
PART 1
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
KELAS TAKMIR MASJID AR RAHMAN,
PEKAN TENOM
18hb. April. 2026 (Sabtu)
8.30am-11.30am
Kelas Takmir, Masjid Ar-Rahman Pekan Tenom
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar aktiviti kita pada minggu ini, iaitu Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelas Takmir, sebagai penutup bulan Syawal pada tahun ini..
Terima kasih kepada Guru Pembimbing Ustazah Rosmani Jamar dan Ustazah Salamah Dullah , semua sahabat sepengajian dan ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana Sambutan Hari Raya. Terima kasih juga rakan-rakan lain yang sudi meluangkan masa untuk hadir bersama. Sesungguhnya kehadiran kalian amatlah dihargai🫶
Tidak lupa, terima kasih atas pelbagai juadah lauk pauk, kuih muih serta minuman yang dibawa secara potluck..
Alhamdulillah, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut semua senang hati❤️
InshaaAllah mudah-mudahan di tahun yang akan datang kita dipanjangkan umur dan masih diberikan peluang meneruskan aktiviti tahunan Sambutan Hari Raya seperti tahun ini dan tahun sebelumnya..
Warna warni si lampu solar
penambah seri di Aidilfitri
Jangan lupa tangkaplah gambar
ditatap selalu, semat di hati 🥰
30 Syawal sudah berlalu,
Zulkaedah p**a datang bertamu,
belajar Al Quran tak perlu malu,
semoga hidup diberkati selalu❤️
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
30 Syawal 1447H.
/2026