SK LAGUD TENOM

SK LAGUD TENOM SK LAGUD OFFICIAL FB
Io Noyo Ginio

25 April 2026Naib Johan tilawah AlQuran Naib Johan tulisan KhatPEMANIS 2026Alhamdulilah 🤲Tahniah kepada ustaz dan ustaza...
26/04/2026

25 April 2026

Naib Johan tilawah AlQuran
Naib Johan tulisan Khat

PEMANIS 2026

Alhamdulilah 🤲
Tahniah kepada ustaz dan ustazah atas tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan kepada murid kita.

22 April - 23 April 2026Sukan Mss Zon 2 melabuhkan tirainya, SK Lagud mengakhiri saingan dengan kutipan 1 Perak 1 Gangsa...
26/04/2026

22 April - 23 April 2026

Sukan Mss Zon 2 melabuhkan tirainya, SK Lagud mengakhiri saingan dengan kutipan 1 Perak 1 Gangsa dan mendapat Naib Johan dalam acara Perbarisan.

Syabas dan tahniah kepada para jurulatih sukan, jurulatih perbarisan, semua atlit/peserta yang terlibat dan warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen sepanjang persiapan dan kejohanan ini berlangsung.


Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dalam pertandingan catur! Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha, disipl...
17/04/2026

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dalam pertandingan catur! Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha, disiplin dan kesungguhan yang tinggi sepanjang latihan dan pertandingan. Anda semua telah mengharumkan nama sekolah dengan prestasi yang membanggakan. ♟️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar serta barisan pentadbir atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam membangunkan potensi murid.

Tahniah juga kepada guru-guru jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih dan membimbing murid sehingga mencapai kejayaan ini. Jasa dan dedikasi anda amat dihargai.

Kepada semua murid, teruskan semangat juang, jangan mudah berputus asa dan jangan berhenti berlatih. Setiap langkah kecil yang diambil hari ini akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Teruskan melangkah dan capai impian anda!

18/01/2026

Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan sepanjang minggu pertama persekolahan berlangsung. Aktiviti ini bertujuan untuk membina semangat dan keseronokkan murid datang kesekolah dalam menuntut ilmu.
Marilah sama2 kita membimbing anak kita untuk rajin hadir kesekolah sepanjang 2026 ini💪🏻😁

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami warga Sekolah Kebangsaan Lagud, Tenom mengucapkan Selamat Datang kepada guru...
16/01/2026

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami warga Sekolah Kebangsaan Lagud, Tenom mengucapkan Selamat Datang kepada guru-guru baharu yang melangkah masuk ke sekolah kecil kami yang penuh makna ini.

Kehadiran cikgu bukan sekadar menambah bilangan tenaga pengajar, tetapi membawa bersama semangat baharu, idea segar dan harapan besar untuk anak-anak Lagud. Di sinilah kita sama-sama membina manusia, bukan hanya mengajar silibus. Di sinilah kesabaran diuji, kasih sayang ditanam, dan kejayaan dirai secara kolektif.

SK Lagud mungkin sederhana dari segi kemudahan, namun kaya dengan nilai kekeluargaan, kerjasama dan jiwa pendidik. Kami percaya cikgu akan segera menyesuaikan diri, kerana di sini, kita tidak berjalan sendiri tapi kita bergerak sebagai satu pasukan.

Semoga kehadiran cikgu menjadi asbab kepada lebih banyak senyuman murid, lebih banyak pencapaian, dan lebih banyak kenangan bermakna dalam dunia pendidikan.

Selamat menjalankan tugas, selamat berbakti, dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga SK Lagud, Tenom.
Bersama kita melangkah, bersama kita mencorak masa depan.

HASA 2025 | Melabuhkan Tirai, Mengukir Kenangan.Alhamdulillah, majlis Hari Anugerah Sesi Akademik (HASA) selaku penutup ...
18/12/2025

HASA 2025 | Melabuhkan Tirai, Mengukir Kenangan.

Alhamdulillah, majlis Hari Anugerah Sesi Akademik (HASA) selaku penutup tirai program tahun ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khasnya kepada YB Tuan Riduan Rubin Ahli Parlimen P.181 Tenom selaku penyumbang utama program kali ini. Thank you YB! ✨👍

Sekalung terima kasih juga buat En Hailme Jumatdin selaku YDP PIBG, AJKT PIBG, barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan, persiapan dan pelaksanaan program ini.

Kenangan indah, usaha yang dibalas, pengiktirafan dan penghargaan yang bermakna serta senyuman kegembiraan yang tak ternilai harganya terukir, tersemat lalu menetap di dalam jiwa menjadi ingatan yang tak terpadam selamanya.


1 Disember 2025 ( ISNIN ) - Kejohanan sukan tahunan Sekolah peringkat SK Lagud Tenom telah berlangsung dengan jayanya......
03/12/2025

1 Disember 2025 ( ISNIN ) - Kejohanan sukan tahunan Sekolah peringkat SK Lagud Tenom telah berlangsung dengan jayanya...sederhana tapi meriah, terima kasih atas sokongan guru besar, barisan penolong kanan yang sporting, guru2, akp, staf pembersihan, ibu bapa serta murid2 yang komited dalam membantu menjayakan dan memeriahkan sukan tahunan ini. Salam "io noyo ginio"... 🫰🏻🫰🏻💪🏻💪🏻💪🏻

02/12/2025
“Terima kasih dari bumi pedalaman Sabah, Dr Maszlee Malik.”Hari ini, SK Lagud Tenom menerima satu hadiah yang tidak pern...
02/12/2025

“Terima kasih dari bumi pedalaman Sabah, Dr Maszlee Malik.”

Hari ini, SK Lagud Tenom menerima satu hadiah yang tidak pernah kami jangka iaitu kehadiran sosok seorang tokoh yang amat kami hormati dalam dunia pendidikan Malaysia — Dr. Maszlee Malik.

Di sebuah sekolah kecil jauh dari kota, di celah kampung yang sunyi,
nama SK Lagud mungkin tidak pernah muncul di radar sesiapa.
Namun hari ini, seorang insan berhati besar sanggup turun sendiri ke pedalaman
untuk melihat anak-anak kami, mendengar cerita mereka,
dan menghulurkan sumbangan yang begitu bermakna.

Sumbangan ini bukan kecil bagi kami.
Sebelum ini, tidak semua murid dapat mengikuti lawatan sambil belajar ke Kota Kinabalu.
Ada yang terpaksa mengundur diri walau hati mereka mahu kerana memahami kesempitan kewangan keluarga.
Ada yang hanya diam, memendam keinginan kerana tahu ibu bapa sedang berjuang melawan kerasnya kehidupan.

Tetapi dengan bantuan ikhlas Dr. Maszlee,
semua murid akhirnya dapat melangkah bersama.
Tiada lagi yang tertinggal.
Tiada lagi yang muram melihat rakan lain naik bas tanpa mereka.
Tiada lagi jurang kemampuan yang memisahkan mereka.

Satu sumbangan…
tetapi impaknya membuka pintu harapan yang begitu besar.
Lawatan ini bukan sekadar perjalanan tetapi ia menjadi pengalaman yang mungkin anak-anak kami akan ingat sepanjang hidup.

"Kami tidak sabar mau pigi KK cikgu! Tidak sabar oh mau tingu wayang! Tidak sabar mau pijak pantai! Mau naik tangga bergerak!" - antara luahan mereka.

Bagi kami di SK Lagud, kunjungan ini lebih daripada lawatan.
Ini adalah pengiktirafan.
Ini adalah perhatian yang tidak kami sangka.
Dan ini adalah bukti bahawa perjuangan kecil kami di pedalaman juga dilihat dan dihargai.

Daripada seluruh warga SK Lagud,
Terima kasih dari tulus hati, Dr. Maszlee.

Moga setiap kebaikan Tuan ini dibalas lebih baik dan berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Amin..





Photo Credit : Dr. Mazlee Malik.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sk Lagud iaitu Pn. Ester Subin atas anugerah yang diperolehi sepanjang berkhidmat disini....
06/11/2025

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sk Lagud iaitu Pn. Ester Subin atas anugerah yang diperolehi sepanjang berkhidmat disini.
Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen tinggi beliau dalam melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan integriti disekolah.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga SK LAGUD untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid kita.

19/10/2025

Lambaian Kasih, Sanjungan Budi,
Video Perpisahan Cikgu Nazahiah Apli
Terima Kasih Sudah Mendidik Anak2 Sk Lagud

Address

Jalan Keningau/Tenom
Tenom
89908

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK LAGUD TENOM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK LAGUD TENOM:

Shortcuts

Share

Category