16/04/2023
Fiqh Iktikaf.
Maksud-Tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu.
Dalil-
1) Dalil 01
{ وَإِذۡ جَعَلۡنَا ٱلۡبَيۡتَ مَثَابَةٗ لِّلنَّاسِ وَأَمۡنٗا وَٱتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبۡرَٰهِـۧمَ مُصَلّٗىۖ وَعَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيۡتِيَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلۡعَٰكِفِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ }
[Surah Al-Baqarah: 125]
"Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud"."
Dalil 02-
{ وَلَا تُبَـٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمۡ عَـٰكِفُونَ فِی ٱلۡمَسَـٰجِدِ }
[Surah Al-Baqarah: 187]
{dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid }
Hukum- Sunat yang dituntut pada bila bila masa.Afdhal Iktikaf pada 10 hari terakhir kerana Nabi Shallallahu alaihi wasallam melakukannya.
Rukun-
1)Niat
2)Tinggal Dalam Masjid
3)Minimum tempoh masa - sekadar tumakninah/ruku'/sujud
Syarat Org yg Iktikaf
1)Islam
2)Berakal
3)Mumayyiz (7 tahun ke atas)
4)Suci daripada Haid,Nifas & Junub
"semoga Allah mempermudahkan & menerima amalan Iktikaf kita semua"