22/04/2026
🌙✨ SAMBUTAN HARI RAYA PASTI AL-FURQAN ✨🌙
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, majlis Sambutan Hari Raya PASTI Al-Furqan telah berlangsung dengan penuh meriah, ukhuwah dan keberkatan.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa, guru-guru, para jemputan serta anak-anak PASTI yang hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran dan sokongan anda semua amat bermakna dalam mengeratkan silaturrahim serta menceriakan suasana. 🤍
Semoga kemeriahan ini menjadi kenangan indah buat anak-anak serta mengukuhkan lagi hubungan antara warga PASTI Al-Furqan.
Maaf zahir dan batin daripada kami semua. 🌸