Quranic Circle Academy

Quranic Circle Academy Platform untuk mereka yang ingin belajar asas segala ilmu berkaitan al-Quran. Talaqqi / Iqra' / Ta

✨PROGRAM KELAS TAJWID DAN ULUM AL-QURAN✨1. Program anjuran kelas bersiri selama 6 bulan bermula Jun - Disember 2022.2. M...
21/05/2022

✨PROGRAM KELAS TAJWID DAN ULUM AL-QURAN✨

1. Program anjuran kelas bersiri selama 6 bulan bermula Jun - Disember 2022.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya dalam mempelajari Ulum Al-Quran.

3. Menerapkan konsep Tajwid dan praktikal bacaan al-Quran dalam kelas pada kali ini sekaligus.

Apa yang kalian dapat bila join kelas kali ini?🤔

✅ Modul disediakan
✅ Secara atas talian
✅ Sijil Penyertaan Disediakan
✅ Terbuka untuk semua peringkat umur
✅ E-Book Tajwid Percuma
✅ Rakaman Video Kelas Disediakan

*Terhad kepada 50 orang terawal sahaja.

Berminat? Boleh terus mendaftar pada pautan dibawah:
www.wasap.my/601114010457/TajwidQuran

Business Account

HUKUM IDGHAM✨"Idgham" bermaksud Memasukkan. Apa yang memasukkan? Kita kena masukkan bacaan Huruf pertama ke dalam Huruf ...
03/02/2022

HUKUM IDGHAM✨

"Idgham" bermaksud Memasukkan.

Apa yang memasukkan? Kita kena masukkan bacaan Huruf pertama ke dalam Huruf Kedua.

Syarat Idgham:
- Huruf pertama mesti sukun dan huruf kedua mesti berbaris.

Contoh:

Mim bertemu mim (أَنَّهُم مُلَاقُوه)

Bahagian Idgham:
1- Mutamasilain
2- Mutajanisain
3- Mutaqaribain

Jelas? Insha Allah nak lagi faham berkenaan Idgham ini. Stay tune ok. Kami akan share dalam bentuk video p**a lepas ini.

QURANIC CIRCLE ACADEMY

Surah Ar-Ra'd : Ayat 11
26/01/2022

Surah Ar-Ra'd : Ayat 11

IZHAR SYAFAWI  Assalamualaikum sahabat-sahabat yang kami kasihi sekalian. Lama kami tak berkongsi tentang tajwid kan? Ok...
14/12/2021

IZHAR SYAFAWI

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang kami kasihi sekalian. Lama kami tak berkongsi tentang tajwid kan? Okay jadi hari ini jom kita sambung semula perkongsian tentang ilmu Tajwid.

Baik, kalau sebelum ini kami telah berkongsi dua hukum Tajwid yang WAJIB dibaca secara Jelas. Iaitu hukum “Izhar Mutlaq dan Izhar Halqi” Buat yang tak baca lagi, boleh tengok balik posting kami yang sebelum ini.

Jadi, hari ini kami akan berkongsi kepada kalian satu lagi hukum Tajwid yang kita perlu baca secara Jelas. Hukum tersebut adalah “Izhar Syafawi”. Hukum ini agak berbeza dengan dua hukum izhar sebelum ini. Kerana hukum “Izhar Syafawi” dibaca dengan Jelas pada huruf (Mim Sakinah/Mim Sukun/Mim Mati).

Cara untuk kita kenal hukum “Izhar Syafawi” ini dalam al-Quran adalah seperti berikut:

1. Huruf مْ akan bertemu dengan semua Huruf Hijayah kecuali huruf (ب & م) sahaja.

2. Cara bacaan Mim Sakinah/Mim Sukun tersebut bila dibaca perlu secara jelas (tutup dua bibir dengan rapat) tanpa didengungkan.

3. Diatas huruf mim tersebut perlulah ada tanda sukun.

4. Kami sediakan sekali contoh dibawah:
- أَمْوَالَهُمْ
- فَقَالَ لَهُمْ رَسُول

Mudahkan? Baik.

Untuk lebih nampak bunyi dan bacaan dengan lebih tepat. Boleh tanya pada guru atau boleh menonton video di Youtube mengenai
cara bacaan hukum “Izhar Syafawi” ini.

Semoga bermanfaat! Sekian, terima kasih.


QURANIC CIRCLE ACADEMY
14 Disember 2021

Pengorbanan yang perlu kita hargai.❤️
25/11/2021

Pengorbanan yang perlu kita hargai.❤️

24/11/2021

Melentur buluh biarlah daru rambungnya. Biar lambat, asalkan betul dan tepat. 😊👍

Jom belajar ngaji bersama kami:
www.quraniccircleacademy.com

IZHAR HALQICerita tentang hukum Izhar Halqi, pasti semua tahu hukum yang satu ini WAJIB dibaca secara JELAS pada bunyi H...
22/11/2021

IZHAR HALQI

Cerita tentang hukum Izhar Halqi, pasti semua tahu hukum yang satu ini WAJIB dibaca secara JELAS pada bunyi Huruf Nun Sakinah (Nun Mati/Nun bertanda Sukun) dan baris tanwin (Dua baris).

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi semula kepada kalian, cara mengenali hukum ini:

1. Huruf Nun Sakinah (Nun mati) itu mesti bertanda sukun.

2. Jika baris Tanwin, (Dua baris) tersebut mestilah selari.

3. Huruf Nun Sakinah dan baris Tanwin tersebut mesti bertemu dengan 6 huruf yang keluar daripada Makhraj Halqum (Halqi).

4. Hukum tersebut boleh berlaku dalam satu atau dua kalimah.

Okay dibawah ini, kami tunjuk contoh-contohnya sekali untuk kalian lebih nampak:

1. Nun Sakinah (Dalam satu kalimah) : يَنْحِتُونَ

2. Nun Sakinah (Dalam dua kalimah) : مَنْ ءَامَنَ

3. Tanwin : عَزِيزًا حَكِيمًا

Sekadar peringatan, untuk dapat bunyi dan bacaan yangb tepat. Boleh berjumpa dengan guru-guru al-Quran yang mu’tabar dan berpengalaman.

Sekian, terima kasih.

QURANIC CIRCLE ACADEMY
22 November 2021

Jagalah al-Quran seperti mana kalian menjaga diri sendiri.
18/11/2021

Jagalah al-Quran seperti mana kalian menjaga diri sendiri.

IZHAR MUTLAQ   “Izhar Mutlaq” merupakan hukum kecil yang sama contoh bacaannya iaitu JELAS seperti hukum “Izhar Halqi”. ...
17/11/2021

IZHAR MUTLAQ

“Izhar Mutlaq” merupakan hukum kecil yang sama contoh bacaannya iaitu JELAS seperti hukum “Izhar Halqi”. Namun kebanyakan masyarakat pada hari ini hanya mengetahui keberadaan hukum “Izhar Halqi” sahaja dalam pembacaan al-Quran.

Disebabkan itu, kami akan cuba berkongsi ilmu kepada kalian mengenai cara mengenali hukum “Izhar Mutlaq” di dalam al-Quran:

1. Nun Sakinah (نْ) akan bertemu dengan Dua Huruf Hijaiyah iaitu (ي, و) berbaris dalam satu kalimah.

2. Contoh kalimah hukum ini yang ada di dalam al-Quran hanya ada empat sahaja. Iaitu (الدُنْيَا, قِنْوَان, صِنْوَان, بُنْيَان).

3. Cara bacaan hukum ini adalah JELAS, maksudnya tidak perlu didengungkan atau dipanjangkan.

Untuk lagi mudah difahami dan nampak cara bacaan yang tepat, boleh belajar dengan Guru yang Mahir dalam ilmu al-Quran secara berhadapan. Jadi kami harap, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam mempelajari ilmu tajwid secara tidak langsung di media sosial.


QURANIC CIRCLE ACADEMY
17 Disember 2021

Jangan biar hari mu berlalu tanpa membaca al-Quran📖.
16/11/2021

Jangan biar hari mu berlalu tanpa membaca al-Quran📖.

Kelas Mengaji Al-Quran Online sesi November 2021 bersama Ustaz Husain.
12/11/2021

Kelas Mengaji Al-Quran Online sesi November 2021 bersama Ustaz Husain.

Alhamdulillah, QCA sudah mempunyai website sendiri untuk masyarakat mencari dan memlih kelas mengaji al-Quran yang mudah...
01/11/2021

Alhamdulillah, QCA sudah mempunyai website sendiri untuk masyarakat mencari dan memlih kelas mengaji al-Quran yang mudah untuk mereka.

Kalian nak belajar al-Quran? Tapi malu belajar beramai-ramai atas faktor umur dan tiada privasi. Jangan risau, jom belajar dengan kami.☺️

Tunggu apa lagi, tekan terus link kami dibawah sekarang:

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
https://quraniccircleacademy.com/
https://quraniccircleacademy.com/
https://quraniccircleacademy.com/

Address

Temoh
35350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Quranic Circle Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Quranic Circle Academy:

Shortcuts

Share

Category