20/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dipertemukan dengan bulan Syawal yang penuh keberkatan ini.
Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia, saya selaku Pengetua Sekolah Menengah Agama Darun Naim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga SMADN, para guru, staf, pelajar serta ibu bapa.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita terus istiqamah dalam meningkatkan iman dan taqwa. Jadikanlah kemenangan ini sebagai titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, mengeratkan ukhuwah, serta memperkukuhkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Akhir kata, berhati-hatilah di jalan raya, semoga semua selamat pergi dan kembali. Raikan Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.
Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu ‘am wa antum bikhair.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.