SMK BUKIT DAMAR

SMK BUKIT DAMAR megah di puncak

JEMPUT DATANG BERAMAI2 PARA IBU BAPA PENJAGA .....jangan lupa janji temu kiteSABTU, 11 APRIL 2026, SURAU SUMAYYAH SMK BU...
06/04/2026

JEMPUT DATANG BERAMAI2 PARA IBU BAPA PENJAGA .....

jangan lupa janji temu kite
SABTU, 11 APRIL 2026, SURAU SUMAYYAH SMK BUKIT DAMAR

Kita Sayang, Kita Cakna, Kita SeDamar!!!

PAJSKPentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KokurikulumUntuk makluman semua, murid mesti memiliki dan merekodkan penyer...
19/02/2026

PAJSK

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Untuk makluman semua, murid mesti memiliki dan merekodkan penyertaan, pelibatan dan pencapaian masing-masing ke dalam buku PAJSK.

Komponen PAJSK ini termasuklah ;

SEGAK
UNIT BERUNIFORM
KELAB PERSATUAN
SUKAN PERMAINAN
EKSTRA KOKURIKULUM

Buku ini boleh didapati dengan harga RM7.00 di Koperasi dan digunakan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Rekod ini penting supaya guru kelas dapat memasukkan data ini ke dalam IDME untuk tujuan pemarkahan 10 peratus permohonan ke Sekolah Khusus/KV/SMT semasa tingkatan 3 dan ke IPTA selepas SPM.

Sama-sama kita ambil berat PAJSK anak Sedamar supaya mereka tidak tercicir markah yang selayaknya.


Program Penetapan Target Calon SPM 2026Program Penetapan Target merupakan inisiatif sekolah untuk membantu murid menetap...
16/02/2026

Program Penetapan Target Calon SPM 2026

Program Penetapan Target merupakan inisiatif sekolah untuk membantu murid menetapkan matlamat akademik yang spesifik, terutamanya bagi calon SPM.

Program ini melibatkan amanat pengetua yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadburan, ikrar aku janji oleh murid, dan penetapan sasaran keputusan peperiksaan bagi meningkatkan fokus dan komitmen murid ke arah kecemerlangan.

Program ini bertujuan memastikan pelajar lebih bersedia dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam menghadapi peperiksaan, serta melibatkan kerjasama guru dan ibu bapa.

Pada akhir majlis, ibubapa dan murid menandatangani profil masing-masing disaksikan oleh guru kelas. Semoga usaha ini membantu anak Sedamar mencapai kejayaan gemilang dalam SPM 2026.

T-SHAPE
API-G
SPM 2026


Momen-momen sekitar prasukantara dan sukantara sekolah. 9 dan 10 Februari 2026. Cuaca yang baik dan hari yang indah. Alh...
16/02/2026

Momen-momen sekitar prasukantara dan sukantara sekolah.
9 dan 10 Februari 2026.

Cuaca yang baik dan hari yang indah.

Alhamdulillah.

Selesailah sudah salah satu program wajib kepada semua murid KPM khususnya anak Sedamar.Tahniah kepada yang berjaya mena...
16/02/2026

Selesailah sudah salah satu program wajib kepada semua murid KPM khususnya anak Sedamar.

Tahniah kepada yang berjaya menamatkan larian dalam keadaa berlari, berlari dan berjalan, berjalan, berhenti berjalan, berjalan-jalan lenggang kangkung.

Terima kasih kepada semua pihak termasuk geng PIBG yang menjayakan kejohanan kali ini. Ibubapa penjaga yang menyua air kepada anak Sedamar sepanjang laluan larian.

Semoga penganjuran akan lebih baik dimasa akan datang.

Oh ya, jangan lupa masukkan aktiviti ini dalam buku PAJSK masing masing. Tuliskan pencapaian anda dan dapatkan markah yang betul.


30/01/2026

Larian Sedamar 2026. Nanti sambung lagi. Penat penat.

Selamat memulakan persekolahan buat semua guru dan murid Sedamar.First day at school bersama Pegawai Perhubungan Sekolah...
13/01/2026

Selamat memulakan persekolahan buat semua guru dan murid Sedamar.

First day at school bersama Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Azman, dari IPD Temerloh. Majlis juga turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Nazrul.

Program ini juga merupakan kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan harapan agar kerjasama ini dapat membantu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam salah laku, penglibatan dalam gejala yang tidak sihat dan penglibatan jenayah sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Selain itu, program ini bertujuan bagi meraikan kehadiran murid sekolah bersama-sama disamping menunjukkan tanggungjawab polis dalam pencegahan jenayah di kalangan murid sekolah.

Selamat kembali ke sekolah buat semua!


Selamat datang guru-guru baharu ke sekolah kami!Cikgu IbnorUstaz JohanUstazah AliyaSemoga kehadiran anda membawa semanga...
13/01/2026

Selamat datang guru-guru baharu ke sekolah kami!

Cikgu Ibnor
Ustaz Johan
Ustazah Aliya

Semoga kehadiran anda membawa semangat dan inspirasi kepada warga Sedamar.

Kami mengucapkan selamat bertugas, semoga dipermudah segala urusan dan dapat bersama-sama sederap membentuk generasi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Semoga kehadiran anda menambah kekuatan warga sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak Sedamar. Inshallah.


Selamat bersara Puan Hajah Siti Fatimah!Terima kasih cikgu atas segala kerjasama, nasihat, dan gelak tawa yang mewarnai ...
13/01/2026

Selamat bersara Puan Hajah Siti Fatimah!

Terima kasih cikgu atas segala kerjasama, nasihat, dan gelak tawa yang mewarnai hari-hari kami.

Pasti suasana tidak akan sama tanpa cikgu.

Semoga masa persaraan ini dipenuhi detik indah dan peluang menikmati hidup sepenuhnya.

Semoga Allah membalas segala jasa baik cikgu dan dipermudahkan segala urusan

Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian t**i;
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

PANDUAN PEMAKAIAN MURID SEDAMAR 2026Berikut adalah panduan pemakaian murid Sedamar mengikut hari sepanjang tahun 2026.Se...
11/01/2026

PANDUAN PEMAKAIAN MURID SEDAMAR 2026

Berikut adalah panduan pemakaian murid Sedamar mengikut hari sepanjang tahun 2026.

Sebarang masalah boleh berhubung dengan pihak sekolah.

Harap maklum semua dan terima kasih.

Selamat bersara Ustaz Ibrahim!Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan dedikas...
11/01/2026

Selamat bersara Ustaz Ibrahim!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan.

Ustaz yang amat disayangi murid dan disenangi rakan sekerja.

Selamat Bersara kami ucapkan dan semoga diberikan kesihatan yang baik, ceria dan sihat-sihat selalu serta sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang.

Berdayung sampan ke tanah semenanjung
Hendak berbeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Ikhlas dari kami, warga SEDAMAR.


Address

Lanchang
Temerloh
28500

Telephone

+6092805113

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK BUKIT DAMAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK BUKIT DAMAR:

Shortcuts

Share

Category