Kolej Vokasional Puteri

Kolej Vokasional Puteri Page ini adalah halaman rasmi KV Puteri. Aktiviti dan info berkaitan KV Puteri akan dikemaskini di sini dari semasa ke semasa

🌙 MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI PEMASANGAN PENDINGIN HAWA DAN PENDAWAIAN ELEKRTIK🌙Sempena keberkatan Hari Jumaat, marila...
12/06/2026

🌙 MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI PEMASANGAN PENDINGIN HAWA DAN PENDAWAIAN ELEKRTIK🌙

Sempena keberkatan Hari Jumaat, marilah kita bersama-sama merebut peluang beramal dengan menyumbang bagi menaik taraf kemudahan surau pelajar yang lebih selesa, bersih dan selamat.

Antara kerja-kerja yang akan dilaksanakan:
✅ Pemasangan Pendingin Hawa Dingin
✅ Pendawaian Elektrik

💰 Anggaran dana diperlukan: RM37,000

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada hari yang mulia."

Setiap sumbangan tuan/puan, walau sedikit, amat bermakna dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat para penyumbang.

📌 Salurkan sumbangan melalui:

🏦 Bank Rakyat
Nama Akaun:
SURAU AN NUR KV PUTERI,
No. Akaun:
1102301239

📞 Pertanyaan:
☎️ 09-2961246
📱 011-17992656 (Ustaz Ikmal)
📧 [email protected]

📲 Atau imbas QR DuitNow pada poster yang dilampirkan.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita khususnya pada hari yang penuh kemuliaan ini.

🤲 “Infaq Anda, Amanah Kita, Pahala Berterusan”
🤲 Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berkekalan.

*IINOSAS2026* 2ND INTERNATIONAL INNOVATION COMPETITION IN SOCIAL SCIENCES ON EDUCATION (IINOSAS) 2026📅 Tarikh: 10 Jun 20...
11/06/2026

*IINOSAS2026*

2ND INTERNATIONAL INNOVATION COMPETITION IN SOCIAL SCIENCES ON EDUCATION (IINOSAS) 2026

📅 Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
📍Tempat: Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, Tanjung Malim, Perak

KV Puteri telah meraih 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua peserta. Semoga kejayaan ini terus memberikan inspirasi kepada para pelajar dan pensyarah untuk terus mencipta produk inovasi yang menarik dan kreatif.

A) Pertandingan Fizikal
1 Pingat Emas 🥇
Kategori : Anugerah Khas Potensi Komersial
Peserta : Pn Nur Akmar

2 Pingat Perak 🥈
Peserta :
Pn Nur Akmar
En Muhammad Helmi, En Muhammad Ikmal dan En Syafiq Rabbani

3 Pingat Gangsa 🥉
Peserta :
En Mohd Badri
En Muhammad Riyadh
Pn Norli, Pn Nur Hilmiah, En Azman & Cik Sharifah Fatimah

B) Pertandingan Online
2 Pingat Gangsa 🥉
Peserta :
En Abdul Rahman
Pn Rosni

Tahniah! dan Syabas 👏👏👏








Tahniah dan Syabas kepada Jabatan Hospitaliti, Unit Seni Kulinari KV Puteri kerana telah meraih kejayan dalam World Chef...
11/06/2026

Tahniah dan Syabas kepada Jabatan Hospitaliti, Unit Seni Kulinari KV Puteri kerana telah meraih kejayan dalam World Chefs Championship 2026

📅 21 - 23 Mei 2026
📍Persada Johor Convention Centre, Johor

Alhamdulillah, berkat sokongan semua warga KV Puteri dan usaha keras pelajar serta pensyarah, KV Puteri telah meraih kejayaan dengan mendapat :

1 Gold Medal 🏅
Kategori : Theme Table Setting (Team Of 2 Persons)
Peserta :
Cik Nurul Akmal Ainie
Pn Suryati

1 Silver Medal 🥈
Kategori : Lemak Laksa
Peserta : Siti Nahdatul Umrah

1 Bronze Medal 🥉
Kategori : Chicken Rendang
Peserta : Wan Liyana Safura

Tahniah & Syabas!!
🎉🎉🎉🥳🥳🥳🥳🥳








26/05/2026

Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.

Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin




HARI HOL NEGERI PAHANG 2026Al-Fatihah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Bil...
22/05/2026

HARI HOL NEGERI PAHANG 2026

Al-Fatihah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, Sultan Pahang Ke-5. Sultan Ahmad Shah of Pahang

Sesungguhnya jasa, kepimpinan serta kasih sayang baginda terhadap rakyat dan dunia pendidikan Negeri Pahang akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Sempena Hari Hol Negeri Pahang 2026, marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa hormat serta mendoakan agar roh Al-Marhum dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

“Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh baginda.”

Ikhlas daripada
Shamsiah Ahmad
Pengarah Kolej Vokasional Puteri
dan seluruh warga
Kolej Vokasional Puteri

Titisan Keringat & Kreativiti Tanpa Batas: Syabas Kontinjen KV Puteri!Alhamdulillah, selesai sudah cabaran sengit dalam ...
19/05/2026

Titisan Keringat & Kreativiti Tanpa Batas: Syabas Kontinjen KV Puteri!

Alhamdulillah, selesai sudah cabaran sengit dalam Pertandingan KV Skills Zon Pahang 2026 bagi bidang Cooking & Fashion Technology yang telah berlangsung dengan jayanya hari ini! Hari ini menjadi saksi kepada kejituan fokus dan kemahiran tinggi para pelatih kita dalam dua bidang utama:

🍽️ Bidang Cooking
Beraksi tangkas di dapur panas dengan menterjemah resipi kepada hidangan bertaraf premium, menepati standard dan kriteria penilaian juri profesional.

👗 Bidang Fashion Technology
Memerah keringat dan idea di meja kerja bagi menyiapkan busana rekaan yang kemas, mengikut spesifikasi pola, serta mempamerkan estetika rekaan yang tinggi.

🗓️Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)
📍Tempat : Kolej Vokasional Puteri
⏰ Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Pihak pengurusan dan seluruh warga KV Puteri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada semua peserta serta guru-guru penasihat yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan rapi demi membawa nama kolej kita ke puncak.

Sama ada menang atau kalah, pengalaman, ilmu, dan daya tahan yang dikutip hari ini adalah trofi paling berharga buat masa depan TVET anda!

"Kemahiran Ditangan, Kejayaan Di hadapan" 🏆








Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Kolej Vokasional Puteri ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam.Satu usaha murn...
18/05/2026

Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Kolej Vokasional Puteri ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam.
Satu usaha murni pihak pusat sumber dalam menimba ilmu, meneliti amalan terbaik, serta meluaskan horizon pengurusan perpustakaan moden.

🗓️Tarikh : 18 Mei 2026 (Isnin)
📍Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam
⏰ Masa : 10.30 Pagi - 2.00 Petang

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam atas perkongsian ilmu dan layanan yang amat luar biasa sepanjang lawatan ini.








Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Nur Akmar binti Ahmad yang merupakan pensyarah Jabatan Seni Reka atas kejayaan ...
18/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Nur Akmar binti Ahmad yang merupakan pensyarah Jabatan Seni Reka atas kejayaan merangkul Naib Johan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri Pahang (Kategori Individu Sekolah Menengah) sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2026!

Seluruh warga Kolej Vokasional Puteri amat berbangga dengan pengiktirafan ini. Kejayaan ini membuktikan kebitaraan warga pendidik KV dalam melahirkan inovasi pendidikan yang berimpak tinggi demi kecemerlangan modal insan TVET. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada semua warga kolej untuk terus memacu kecemerlangan. Selamat Hari Guru, Cikgu! 🚀










🌷 SELAMAT HARI GURU 2026 🌷Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Sempena sambutan Hari Guru 2026...
15/05/2026

🌷 SELAMAT HARI GURU 2026 🌷

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sempena sambutan Hari Guru 2026, seluruh Kumpulan Pengurusan Kolej Vokasional Puteri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan warga pendidik atas dedikasi, komitmen serta pengorbanan dalam mendidik dan membimbing pelajar.

Tema “Guru Bitara, Nadi Negara” mencerminkan peranan besar seorang guru dalam membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan berakhlak mulia. Setiap usaha dan pengorbanan guru menjadi asas penting kepada kecemerlangan pendidikan serta pembangunan negara.

Terima kasih atas segala jasa, kesabaran dan keikhlasan yang dicurahkan dalam memastikan pelajar Kolej Vokasional Puteri terus mencapai kejayaan dalam bidang akademik, kemahiran dan sahsiah.

Semoga seluruh warga pendidik terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk meneruskan amanah mulia ini dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

✨ Selamat Hari Guru 2026 ✨



Ikhlas daripada
🌟 Kumpulan Pengurusan
Kolej Vokasional Puteri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Sempena sambutan Hari Guru 2026, saya ingin merakamkan se...
15/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sempena sambutan Hari Guru 2026, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik Kolej Vokasional Puteri atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.

Tema “Guru Bitara, Nadi Negara” amat bertepatan dalam menggambarkan peranan guru sebagai tunjang utama dalam membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi pembimbing, inspirasi dan pencetus masa depan negara.

Saya amat menghargai dedikasi semua pensyarah dan guru yang sentiasa berusaha memberikan pendidikan terbaik demi kecemerlangan pelajar serta pembangunan TVET negara.

Semoga seluruh warga pendidik terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk meneruskan amanah mendidik dengan penuh ikhlas dan profesionalisme.

✨ Selamat Hari Guru 2026 ✨



Shamsiah Ahmad
Pengarah
Kolej Vokasional Puteri

Address

KM 5 Jalan Mentakab
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6092961246

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share