USTP PPD Temerloh

Call Directions Website Contact the school

USTP PPD Temerloh Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
| Sektor Pembelajaran
| Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh

πŸ“šβœ¨ BENGKEL u-PUSTAKA: GERBANG ILMU DIGITAL GPM MASA KINI βœ¨πŸ“š30 September 2026 | Rabu | SJK (Tamil) MentakabPerbadanan Per...
30/09/2026

πŸ“šβœ¨ BENGKEL u-PUSTAKA: GERBANG ILMU DIGITAL GPM MASA KINI βœ¨πŸ“š
30 September 2026 | Rabu | SJK (Tamil) Mentakab

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) meneruskan usaha memperkasa literasi digital dan budaya ilmu dalam kalangan warga pendidikan menerusi Bengkel u-Pustaka: Gerbang Ilmu Digital GPM Masa Kini.

Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini melibatkan seramai 88 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Temerloh, terdiri daripada:
πŸ“˜ 66 orang GPM Sekolah Rendah
πŸ“— 22 orang GPM Sekolah Menengah

Foto:
https://photos.app.goo.gl/rqVtTLbTLivUypjN7

Bengkel dimulakan dengan sesi Pengenalan u-Pustaka, diikuti perkongsian berkaitan Ookbee Buffet dan pelbagai pangkalan data u-Pustaka yang menyediakan akses kepada sumber bacaan, rujukan dan maklumat digital.

πŸ’» Slot 1: MyGuru
Peserta didedahkan kepada platform dan sumber digital yang boleh dimanfaatkan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkayakan bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

πŸ“° Slot 2: BLIS – Bernama Library Infolink Service
Peserta diperkenalkan kepada sumber maklumat dan pangkalan data yang dapat membantu GPM mendapatkan bahan berita, informasi serta rujukan yang relevan dan terkini.

🌐 u-Pustaka sebagai Gerbang Ilmu Digital
Dalam landskap pendidikan yang semakin berkembang secara digital, GPM mempunyai peranan penting dalam memastikan PSS bukan sekadar ruang penyimpanan bahan bacaan, tetapi menjadi pusat akses ilmu, maklumat dan pembelajaran digital yang dinamik.

Melalui pendedahan seperti ini, GPM dapat meneroka lebih banyak sumber digital yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasa PSS, literasi maklumat, budaya membaca serta pembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) atas perkongsian ilmu dan kolaborasi yang sangat bermakna buat GPM Daerah Temerloh.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dibawa pulang dan diterjemahkan dalam pengurusan serta pengoperasian PSS di sekolah masing-masing.

24/09/2026
PAHANG DELIMa HOUR 2026 Siri 2 - TEMERLOHTarikh : 23/09/2026Masa  : 8:30 am - 12:00 pmTempat : Dewan Warisan, SMK Abu Ba...
24/09/2026

PAHANG DELIMa HOUR 2026 Siri 2 - TEMERLOH

Tarikh : 23/09/2026
Masa : 8:30 am - 12:00 pm
Tempat : Dewan Warisan, SMK Abu Bakar

21/09/2026

πŸš€βœ¨ PAHANG DELIMa HOURS 2026 βœ¨πŸš€

πŸ“£ JOM SERTAI!
Transformasi digital pendidikan bermula dengan ANDA! πŸ’™πŸ’œ

🌟 BELAJAR. TEROKAI AI. BERINOVASI.
Bersama DELIMa, kita melangkah ke masa depan pendidikan digital yang lebih kreatif, interaktif dan inovatif! πŸ€–πŸ’‘

πŸ“ KUANTAN
πŸ—“οΈ 21 September 2026

πŸ“ TEMERLOH
πŸ—“οΈ 23 September 2026

πŸ“ BENTONG
πŸ—“οΈ 24 September 2026

πŸ’» Penyertaan secara HYBRID!
πŸ§‘β€πŸ’» Sertai secara fizikal atau dalam talian melalui LIVE STREAMING.

✨ Ayuh manfaatkan DELIMa untuk: πŸ“š Mengakses kandungan digital berkualiti
🀝 Membina kolaborasi & komuniti
🎬 Meneroka multimedia interaktif
☁️ Menyimpan dan mengurus bahan dengan selamat
πŸ” Menikmati ekosistem pembelajaran yang selamat & dipercayai

πŸ”₯ DELIMa β€” DI MANA SAHAJA, BILA-BILA MASA!

πŸ’™ Bersama DELIMa, melangkah ke masa depan pendidikan digital.








Program Xcel 4 FutureTarikh : 18 Sept 2026Masa : 8:00 a.m. - 12:00 p.m.Tempat : SMK Seri Tualang
20/09/2026

Program Xcel 4 Future

Tarikh : 18 Sept 2026
Masa : 8:00 a.m. - 12:00 p.m.
Tempat : SMK Seri Tualang

Bengkel Penyediaan Skop Kerja : Ladap MadaniTarikh : 17-18 Sept 2026Masa : 2:00 p.m. - 5:00 p.m.Tempat : PKG Bandar Ment...
20/09/2026

Bengkel Penyediaan Skop Kerja : Ladap Madani

Tarikh : 17-18 Sept 2026
Masa : 2:00 p.m. - 5:00 p.m.
Tempat : PKG Bandar Mentakab
Peserta : Taskforce Pendidikan Digital PPD Temerloh

Syabas & Tahniah diucapkan kepada SMJK Hwa Lian kerana berjaya berada dalam kelompok 10 terbaik dan layak ke peringkat a...
17/09/2026

Syabas & Tahniah diucapkan kepada SMJK Hwa Lian kerana berjaya berada dalam kelompok 10 terbaik dan layak ke peringkat akhir pertandingan AI Ready Asean : AI Comiccraft 2026

15/09/2026
Pertandingan Akhir AI-IoT Robotic Challenge Peringkat Kebangsaan Tahun 2026Tarikh : 11-13 Sep 2026Tempat : Multimedia Un...
14/09/2026

Pertandingan Akhir AI-IoT Robotic Challenge Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

Tarikh : 11-13 Sep 2026
Tempat : Multimedia University (MMU)

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pasukan dari SK Kuala Krau dan SK Paya Pulai yang mewakili negeri Pahang.

Address

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH
Temerloh
28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USTP PPD Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to USTP PPD Temerloh:

Shortcuts

Share