10/08/2026
KESUGA KEBANGSAAN 2026 MELABUHKAN TIRAI
Alhamdulillah, Kejohanan KESUGA Kebangsaan 2026 telah melabuhkan tirainya pada Ahad, 9 Ogos 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Kontinjen SRITI Negeri Pahang yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sepanjang kejohanan, antaranya bola sepak, bola jaring, balapan, lontar peluru dan memanah. πͺπ»ππ»ββοΈβ½πΉ
Buat Delisha Hayfa dan Arissa Sumayyah yang mewakili SRITI Al-Fateh Temerloh dalam acara memanah, tahniah atas usaha, komitmen dan keberanian yang terbaik sepanjang pertandingan. πΉβ€οΈ
Walaupun belum ada rezeki untuk membawa pulang kemenangan pada tahun ini, setiap penyertaan tetap merupakan satu pengalaman berharga dan menjadi langkah untuk kita terus memperbaiki diri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, kepercayaan, ruang dan peluang kepada anak-anak untuk menyertai latihan serta kejohanan.
Tidak dilupakan juga guru-guru SRITI Al-Fateh Temerloh yang memberikan kerjasama dan ruang kepada murid-murid untuk menjalani sesi latihan serta menyertai aktiviti sukan tanpa mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Segala masa, tenaga, sokongan dan komitmen yang diberikan amat kami hargai. β€οΈ
Insha Allah, tahun hadapan kita kembali dengan semangat yang lebih membara, penyertaan yang lebih ramai dan usaha yang lebih mantap.
Tahun depan kita kembali, kita berjuang dan kita buru kejayaan! ππͺπ»