31/08/2024
Hakikat Merdeka Buat Anak Melayu
Jantung Alam Melayu terletak di Tanah Melayu. Itulah dia Semenanjung Melayu. Tempatnya sembilan raja Melayu masih berdaulat lantas bersekutu. Dipaterikan p**a pada jata: Bersekutu Bertambah Mutu.
Zaman dahulu raja-raja Melayu tidak bersekutu. Sudahlah semakin lemah tidak bermutu malah diancam oleh orang asing yang bersatu-padu. Sudahlah bersatu-padu, penjajah p**a punya senjata canggih lengkap teknologi yang teramat padu.
Maka akhirnya raja-raja Melayu belajar sesuatu. Alangkah baiknya kita semua bersatu-padu. Bersekutu bertambah mutu. Itulah kata keramat yang sangat jitu. Namun hanya bersekutu namun mundur dan lesu juga tidaklah menentu. Rakyat Melayu mesti belajar dan belajar untuk maju.
Hikmat bersekutu maka tanahair mampu dipastikan dalam genggamanmu. Jika orang terdahulu degil melulu, kamu hari ini mungkin duduk di bawah perintah orang asing yang berhati batu. Kamu semua diberi makan, namun tidak boleh mengurus dirimu selalu. Mesti sentiasa mengikut telunjuk mereka itu.
Merdekakah itu?
Orang Melayu tersebar merata-rata di selat di muara, di hilir dan hulu. Di semenanjung, Sumatera, Borneo sampai Maluku. Budaya berdagang membawa mereka ke sana ke situ. Namun jantung Alam Melayu itu tetaplah Tanah Melayu.
Kerana jika hilang Tanah Melayu, maka mahu ke mana wahai kamu anak Melayu?
Sejarah Tidak Pernah Melupakanmu
Perkongsian daripada Srikandi