22/08/2026
22 Ogos 2026 | PERJUMPAAN BERSAMA CALON SPM 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung perjumpaan Puan Roslina binti Abd. Aziz, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dan Kepimpinan BPSBP, bersama calon SPM 2026 SBPI Temerloh.
Turut hadir bersama, Encik Mohd Fazly bin Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Unit Kepimpinan, Bantuan Disiplin dan Kaunseling BPSBP serta Encik Mohamad Ridzwan bin Ali, Penolong Pengarah unit yang sama.
Antara amanat yang disampaikan adalah agar calon SPM 2026 sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental, memperkukuh hubungan dengan Allah, ibu bapa dan guru, serta terus berusaha memperbaiki prestasi akademik. Beliau turut menitipkan pesanan agar ukhuwah sesama rakan seangkatan terus dipelihara dengan saling membantu dan cakna.
Semoga segala nasihat dan amanat yang disampaikan menjadi pembakar semangat buat anak-anak SPM 2026 untuk terus melangkah dengan yakin, istiqamah dan penuh tawakal.
Semoga SBPI Temerloh terus melakar kecemerlangan dan mencapai sasaran GPS 1.75 dalam SPM 2026.
Usaha • Doa • Tawakal